CAPSLOCK> BOLD> ITALIC> DOUBLEQUOTE> HUJAH

saat aku rasa mahu tulis marah marah....
tiba tiba aku macam sudah intim dengan takdir terpaksa mengalah....
aku gubah corak yang aku canang untuk selitkan getir yang sedang bersaing nanti giliran untuk berdamping.....
gampang bukan main......
compang camping pun boleh jadi penting.....
lepas dihebah bukan mengurang atau bersusut......
jadi macam orang lain mungkin bakal dibanding.......
bukan nasib aku mungkin dapat pendamping yang boleh jadi pelita.....
boleh diajak makan dan boleh bercerita......
aku dengar ini sikap angkuh pada nikmat....
sesekali cuba kau balik ke pangkal sebab kita bukan siapa siapa....
kalau kita bersaudara pun bukan atas kita punya suka.....
itu ikut corak kau mahu lihat aku dari mana......
itu ikut corak aku mahu terima suasana sebagai apa.....
kita bukan punya butang kawalan pada semua......
sebab yang sial jika terbiar terus menerus sial.....
sebab yang tuah jika tak berjaga serta merta sial.....
aku bukan marah.....
mungkin jiwa aku yang berdarah.....
pertimbangan aku buat segelintir jadi gusar macam luka parah.....
keputusan aku buat yang suka gembira buat yang benci berduka.....
jadi mahu aku macam mana.....
aku bagi soalan mudah.....
aku harap juga jawapan mudah......
sebab aku malas berhujah.....
bimbang kau kalah.....

1 ulasan:

As Ahmad berkata...

huhu.. walau entri kali ni mesejnya tak berapa sampai dekat ak yg agak dungu ni.. tapi nak tinggalkan komen gak.. ak rasa ak da mengalah dgn hidup.. wuu T.T tak tau mcm mana nak hidup semula :'(