RASIONALISME

assalamualaikum....
ini versi entry aku sedang selesema.....selepas menyemak beberapa entry yang sebelum ini.....aku sedar aku lebih menulis kepada sekitar aku dan rasa diri sendiri......mungkin dari kalangan yang enggan ambil tahu akan jadi bosan dengan entry entry yang aku taip.....but no matter what....that's make this is my my blog.....

jadi untuk mula menulis perihal moraliti dan juga alam sekitar.....aku perlu membuat sedikit pemerhatian dari sudut yang macam macam......untuk membuatkan aku keluar dari tulisan ini bukan mudah......sebab aku sedang berada dalam badan aku sendiri.......merasa sakit hati aku sendiri.....merasa gementar diri sendiri....dan gembira milik sendiri......semua hadir dan turut berkerjasama menghasilkan seorang aku dengan kolaborasi yang menjadi......

tak pernah di sini aku ceritakan jawapan teka teki yang sepatutnya jadi privasi.....sebab yang privasi memang tersimpan rapi antara aku dan rabbi.......boleh jadi mungkin satu hari nanti aku padam saja tulisan tulisan ini sebab sudah menyedari tulisan tidak lagi menjadi perantara aku dan rasa tenang......

tapi itu aku simpan dahulu.....aku semat kemas sebab ini aku labelkan sebagai ujian dan tindak balas yang aku dapat sebagai orang yang cuba belajar jadi rasional.......berbalik kepada alam sekitar dan moraliti........mungkin ada yang setuju bahawa keselesaan menjadi titik tolak penting dalam kelancaran menuju harmoni dan bahagia bagi seseorang.......jadi aku harapkan keselesaan sebelum semua aku hancurkan......sekali dua kali aku masih anggap tak bagi kesan........tapi kalau hari hari macam menusuk juga pada pertimbangan aku membuat keputusan songsang........

sekeping hati yang remuk mungkin boleh mengundang kepincangan dalam menentukan jalan yang terbaik......
sekujur tubuh yang tidak selesa juga menaikkan tahap kemarahan apabila situasi jengkel mula mengelilingi dalam beberapa radius.......jadi aku perlu antibodi atau perisai untuk itu.....seiring dengan virus selesema yang telah menembusi barisan pertahanan badan aku.......

jadi aku mahu berhenti sebentar kerana kurang selesa.....mungkin akan disambung di entry yang lain atau mungkin jika rasa ini berpanjangan aku akan terus berhenti.......

entry ini tiada kata ganti diri dia, kamu. mereka, kau, awak, anda, enta, lu, you, dan yang selayaknya.....jadi bukan berkisar pada sesiapa......andai ada yang terjumpa diri dalam entry ini......boleh simpan rasa hati di mana mana tapi bukan di sini......

2 ulasan:

As Ahmad berkata...

get well soon, bro! :)

rhazes mohamad berkata...

thanks sist!