OBSES

salam...
aku dah ingat balik dah.....entry yang sepatutnya aku taip tadi.....berkenaan dengan ketaksuban....atau dalam bahasa bombasticnya obsessive.....

n 1. (state of being preoccupied), (keadaan) terlalu memikirkan [sst]; (haunted, harrassed) keadaan [sso] yg dihantui [sst]: he has, by his ~ with detail, ignored the wider implications of the act, krn terlalu memikirkan perkara-perkara kecil, dia tdk menghiraukan implikasi akta itu yg lebih luas; 2. (st that preoccuppies) terlalu memikirkan [sst]; (st that haunts, harrasses) dihantui [sst]: the fear of premature ageing became an ~ with her, dia dihantui rasa takut menjadi tua sebelum masanya; 3. (phychiatry) obsesi.
aku saja bubuh takrifan dia.....nampak macam intelektual pula bila buat macam ini.....selain sebagai bukti yang tulisan ini aku tak tulis bodoh bodoh macam itu saja......ada juga aku buat research sikit....tapi tak sampai membanci sekeliling kampung......

dewasa kini kita sering terdedah dengan pelbagai masalah sosial tidak mengira peringkat umur,  jawatan dan sebagainya......benda pun aku tulis kita.....jadi memang kita lah kan.....

jadi yang aku cuba nak sampaikan di sini ialah punca terjebaknya kepada masalah yang kian runcing macam ini......

ada orang kata media masa memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat dan menjadi punca utama terjebaknya orang awam dengan masalah masalah sosial......tapi tak semua kan?.....ingat sikit.....mereka pun cari makan juga......tapi kepada mereka yang kerja kat stesen TV ke radio ke.....ingat sikit juga.....tuhan tengok apa yang korang sampaikan......kalau tipu...kalau fitnah.....memang penyebaran fitnah lah yang korang buat......

macam sekarang.....cuba buka salah satu stesen TV yang ada saji berita dari jam pukul 8 hingga 9 malam..... tengok sari berita dia.......tak habis habis mengipas.....macam yang dikipasnya itu malaikat......menyirap juga aku tengok......hoho......chop!.....korang jangan label aku apa apa lagi.....aku siku dada talu talu nanti......

aku bukan anti atau pro mana mana......jadi...apa yang perlu anda lakukan.....terus baca......kalau tak puas hati.....mari kita berentap di ruangan komen yang ada kat bawah ini......

memang tengok berita sekarang ini boleh buat orang sakit hati macam tengok gusti WWE......penuh dengan hipokrasi.....lagi lagi bila pilihan raya......juta juta disalur untuk itu.....juta juta disalur untuk ini......konon sumbangan ikhlas,,,,perihatin.....ambil berat.....jaga rakyat.....padahal................................[ruangan ini dibiar kosong kerana penulis sedang mencarut].....

eh...politik pula.....silap silap.....bukan itu yang aku nak tulis.....

ini berkaitan hiburan sebenarnya......kita boleh tengok di kaca TV.....banyak sangat pengaruh liberal dan kolonialis minda yang dipaparkan......program realiti TV misalnya......semakin banyak bertaburan di sana sini macam cendawan tumbuh selepas hujan......

bebal......semua yang barat buat.....nak ditiru bulat bulat.....rambut mereka memang semula jadi karat......sanggup orang melayu pergi kedai beli dye nak kasi karat juga......mangkuk tandas duduk ada di mana mana........cilaka......ini yang aku paling tak puas hati bila mangkuk tandas cangkung dah makin kurang di sekitar kuala lumpur.....


dari melabur sampai bergaya......semua nak tiru barat......makan nak guna sudu dan garfu.......padahal dekat tangan manusia dah ada enzim yang membantu pencernaan......ikut sunnah lagi......

yang bebal sangat nak tiru barat sampai sampai tak guna otak buat apa......nampak elegan konon......mewah la konon....up to date la konon.....ah!....ikut lah....itu bukan hal aku.....
*****

yang kita nak bincang ini sebenarnya siri realiti TV.....tapi dari tadi asyik melalut jea......owh ya....kita kembali kepada topik......

siri realiti TV ini sebenarnya dan kononnya bertujuan untuk mencungkil bakat bakat baru dalam bidang seni.....konon konon la......tapi tanpa mengetengahkan kepentingan disiplin dan mengaplikasikan syariat yang telah ditetapkan......program itu nampaknya sedikit sebanyak telah menjerumuskan penonton kepada satu tahap di mana kebebasan untuk melakukan sesuatu itu seolah olah halal dari segala aspek.....

contohnya......seni tari menari yang berpegangan tangan yang bukan mahram......dihalalkan atas objektif hiburan dan seni......ini biasanya diamalkan secara meluas di negara negara barat.....di mana masyarakat yang belum mendapat hidayah dan pendedahan tentang pentingnya menjaga hubungan dangan batas batas yang telah ditetapkan.......

malangnya apabila ia tiba pada orang orang yang duduk di malaysia di mana majoriti rakyatnya beragama islam dan tahu takrifan mahram dan bukan mahram.......ia seolah olah dilanggar secara sengaja di sini......

nampakkan impak yang sedang dihadapi kita bila perkara sekecil ini dibiarkan berleluasa.....kanak kanak lebih menghafal nama pelajar pelajar dalam program tersebut daripada menghafal nama 25 rasul......

ketaksuban ini berpunca daripada semua orang.....bermula dari perancang....pelaksana....penerbit...si bodoh yang mengundi....dan akhir sekali kita......kenapa aku sebut kita di sini?.....sebab kita memberi ruang untuk mereka bernafas......bukan bertujuan untuk memboikot mereka sepenuhnya.......cuma sekadar....tak payah la jadi bebal beratur panjang panjang untuk menyertai sesi ujibakat......kalau boleh tak payah pergi......biar kosong sesi itu tanpa sambutan......

jika benar anda berbakat.....anda hanya perlu menyanyi di rumah.....merakam dan upload di mana mana laman sosial......insyaallah.....bakat anda akan lebih dihargai pendengar yang menyukai suara anda......kerana ia semulajadi....unik.....tidak meniru orang....tidak tipikal.....dan menampakkan keikhlasan anda dalam seni......usaha yang ikhlas pasti akan membuahkan hasil yang berkat

anda tidak perlu memakai sendat sendat.....menampakkan lurah lurah dendam dan bergelek di atas pentas.....atas nama seni......anda jangan ingat anda sedang memaparkan seni jika seni yang anda pamerkan ada unsur unsur sebegini.......ia lebih kepada pornografi di mata lelaki......

Tiada ulasan: