HEYDAY

Semua berlaku macam biasa , macam 5 tahun yang lepas. Kami tunggu di tempat biasa, macam tak ada arah tuju. Bosan  macam jahanam bila berjanji dengan orang, nak tak nak memang kena bersedia dengan sebarang kemungkiran atau cancel last minit.

Tapi apa ada hal, kami nak pergi berseronok chill out bersama. Buat apa nak marah marah, so kami lepak di stesen bas macam biasa. Bezanya cuma ramai antara kami yang puasa hari itu. Itu plan shoping raya bersama untuk kali yang ke berapa entah, aku tak ingat.

Yang pasti destinasi kami hari itu adalah sunway pyramid. Kenapa entah sunway pyramid, jangan tanya, bukan aku yang kawal event tersebut. Aku cuma ikut saja, memang sekarang ini pun bila disuruh rancang aku jadi kelu. Bukan senang nak bagi semua orang puas hati, jadi ada  baiknya aku diam tak payah nak ajak orang buat itu buat ini.

Sudah ramai juga yang tiba di stesen itu tapi dek kerana ada lagi seorang dua yang berperangai celaka tak sampai lagi kami tabah menanti sambil bergurau gurau yahudi. Celaka, ada lagi yang tak puasa hari ini, sedut rokok suria. Tapi aku harus tabah kuatkan iman, bodoh sangat rasanya jika ponteng puasa hari ini padahal esok nak raya.

Matahari makin meninggi, setinggi emosi yang sedang hangat sumpah seranah orang yang ditunggu tak kunjung tiba. Aku ambil kesempatan untuk ronda ronda sekitar stesen, maklumlah.. dah berapa tahun tak datang sini, dah banyak sangat urbanisasi. Eh.. tiba tiba ada kandang babi dekat sini, siapa punya?..

Tapi keberadaan kandang babi di stesen bas langsung tak ganggu rasa ingin tahu aku, dalam minda aku kosong hari itu. Tak tahu kenapa tapi memang tak diisi apa apa, lawak lawak bodoh diorang aku setakat senyum ala kadar.

Mungkin kandang babi tersebut tak memberi kesan besar dalam hidup aku, kerana babi di kandang itu telah tiada entah ke mana. Shoping raya juga barangkali- sibuk je. Yang tinggal cuma papan tanda yang menunjukkan kandang itu hak mutlak babi dan rakan rakan.

**maaflah kepada yang tak biasa cakap babi...kisah ini memang ada unsur babi..tapi halal lagi**

Yang ponteng sekolah ambil kesempatan untuk tukar baju sekolah di kadang haram tersebut. Kelakar aku tengok bila mereka berhati hati untuk mengelakkan kulit mereka contacted dengan dinding kandang. Kalau tuan kandang balik waktu itu nahas mereka.

Kenapa hari itu sekolah?, padahal keesokkannya Hari Raya Aidilfitri. Jangan tanya aku sebab keadaan hari itu jauh keluar dari kawalan dan kebolehan berfikir secara logik dan relevan nampak tak berfungsi. Jadi mereka tetap kena bersekolah, untuk yang memberontak maka tukarlah baju anda di kandang babi.

Haram jadah betul janji melayu, aku tengok budak budak tue siap dah buat sesi fotografi underground dekat stesen tersebut. Bahana bosan kronik, semua buat style beruk masuk bandar, nasib baik hari itu aku sudah matang.

Sudah tiga empat bas kami lepaskan untuk memberi peluang pada rakan rakan yang berperangai jahanam. Aku mula rasa bengang dan mahu pulang saja ke rumah, tapi mengenangkan bukan senang nak berkumpul dengan kawan kawan macam nie. Aku tumpulkan nawaitu dan terus menunggu.

Tiba tiba cuaca makin redup dan makin gelap, akhirnya semuanya hilang dan bila aku sedar jam di telefon tunjuk pukul 0940, bangun mandi dan bersiap untuk meneruskan hari.



Sekian.

for the record :
Bila nak shopping ni weh!!



3 ulasan:

y3op berkata...

pe yg kndang babi nye?...x phm..huhu~~

rhazes mohamad berkata...

xpayah paham pun tak pe

y3op berkata...

:-#