JENGKEL

*entry ini membutuhkan koneksi internet yang ngecus

Salam..

secara rawak saya bagi markah untuk hari ini 7/10. sebab saya penat dan seronok. macam mana entah saya tiba tiba nak guna "saya". jadi takkan saya nak cakap "apa aku kisah?", ayat tersebut menjengkelkan dan nampak macam pondan sangat. macam pondan pondan gosip. jadi untuk versi si kacak saya tukar "peduli apa?!".

nampak sangat tak ada point kan. bila tak ada point nie mari kita kupas benda benda yang menjengkelkan tentang saya. mari..mari kupas sama sama. masing masing bawa pisau sendiri untuk mengupas [contoh lawak jengkel bedebah dan tak kelakar].

menurut Kay. beliau tak suka saya bubuh tanda noktah banyak banyak dalam entry. macam tahi katanya [contoh jengkel dalam bentuk exaggeration]. maka saya pun memberi sedikit perubahan dalam penulisan untuk keselesaan Kay. jadi saya tak bubuh tanda noktah banyak banyak lagi. Kay pun tak jengkel dan happily ever after.

kay juga saran saya letak perenggan. [Shal la kay banyak demand. haha.........amek kau], saya pun bubuh perenggan.

selain itu saya juga agak jengkel seperti mana bila saya ada masalah saya tak akan layan telefon. tak kisah lah penting atau tidak, saya akan ketepikan untuk beberapa tempoh masa yang panjang.

dan saya juga akan layan nak tak nak kepada orang yang menjengkelkan saya. kamu semua pun akan layan nak tak nak juga kan?.

saya menjengkelkan bila kadang kadang emo tak tentu pasal, kadang kadang saya sarkastik dalam serius, ia juga menjengkelkan orang lain, walaupun orang lain tengah main main, tapi saya kena serius sebab bila saya main main saya akan jadi lebih jengkel, sedangkan serius pun saya jengkel, inikan pula bila bergurau.

saya juga seorang yang jengkel bila saya menolak pelawaan orang lain, misalnya bila diacu pinggan berisi buah buahan dan saya tolak. mereka akan kata saya lelaki jengkel sombong walaupun saya tolak sebab saya memang tak nak makan buah waktu tersebut.

saya juga seorang yang jengkel bila lepak dengan kawan kawan saya seorang je yang tak makan. masing masing depan mata ada pinggan, saya cuma ada gelas je. hakikatnya saya memang tak lapar dan tak mahu makan dan tak selera.

maka saya kena jadi jengkel bila orang lain makan dan saya tak makan. saya pilih jengkel sebab saya jenis yang susah nak lapar. saya juga boleh jadi kenyang tiba tiba walaupun dah rancang nak makan time lepak pada mula mula tapi tiba tiba tak jadi. boleh panggil saya lidah biawak jengkel ya.

saya juga seorang yang jengkel bila kadang orang hantar mesej yang tak penting saya tak balas. macam mesej wish selamat hari raya, atau mesej yang tak pernah masuk inbox saya berbulan bulan tiba tiba datang sebab nak minta tolong, atau mesej "ape cer?.." ,jadi saya juga akan abaikan mesej sedemikian.

saya ni jengkel juga bila kadang kadang bergurau tak kena tempat sebab hakikatnya saya insan lemah dan tak tahu bila masa yang perlu untuk bergurau, saya pernah menjadi serius untuk satu hari dan bermuka ketat 24 jam, tapi tiba tiba saya rasa macam bangang sebab cuba menjadi orang lain. lebih jengkel dari maharaja jengkel.

saya juga jengkel macam bila ada orang nak minta barang saya dan saya bagi dengan muka yang flat. saya sebenarnya tak reti nak buat muka macam mana biar orang yang meminta tersebut puas hati dengan pemberian saya dengan ucapan terima kasih. tapi diorang biasanya akan cakap "macam tak ikhlas je.."..cilaka. akhirnya saya yang kena merayu pada mereka supaya terima bantuan saya.

saya juga jengkel bila memutuskan sesuatu dengan menggunakan masa yang panjang. umpama bila tak tahu nak lepak mana saya akan lambat membuat keputusan untuk lepak mana. akhirnya saya juga yang bersalah sebab saya yang paling jengkel di antara yang jengkel.

diantara kejengkelan yang paling jengkel dalam diri saya adalah. saya jarang berkongsi minat yang sama dengan komuniti di sekeliling saya. bukan tak ada. cuma yang common cuma sikit je. contohnya bila orang tengok bola dengan spirit saya tengok bola dengan mood flat. bila orang main dota. saya main prince of persia sand of time dengan the two throne.

banyak lagi yang jengkel pasal saya. saya juga pemalas dan pandai cakap tapi tak reti nak buat. umpamanya memberi nasihat. saya memang cukup hebat memberi nasihat, tapi sebenarnya saya paling lemah mendengar nasihat dan aplikasikannya dalam daily basis.

saya juga jengkel sekali bila saya tak tahu dalam sesuatu hal tapi bila diajar dengan cara yang terlampau spoon feed atau ikut protokol, saya jadi menyampah. padahal saya tak ada ilmu sebenarnya. tapi bila diajar sedemikian rupa saya rasa nak halakan jari tengah kepada pengajar tersebut.

sambil cakap dalam hati "macam lah aku bodoh sangat ko ajar aku macam nie.." sifat ini lazimnya untuk pengajar pengajar yang poyo macam tahi. untuk cikgu cikgu di unversiti atau tempat belajar saya tak ada masalah ini.

saya jengkel dan bodoh sebenarnya.

cuba teka siapa saya?.

for the record :
dont be bothered too much about others. they will surely tell you exactly everything when the right time came.

4 ulasan:

K berkata...

shial, apa aku pulak kena? haha

rhazes mohamad berkata...

aku tak ada point doh...haha...silap r...ari nie aku jengkel sangat...

K berkata...

ekk? kalau mcm tu off handphone sekarang dol!
ahahahaha

rhazes mohamad berkata...

aha..jengkel part tue tak termasuk hari nie punya jengkel