MASA DEPAN POLIS TRAFIK

assalamaualaikum..

firstly aku nak cakap contest aku bubuh tepi dulu, banyak kerja nak kena setel. Aku dalam proses memajukan diri, Alhamdulillah semua berjalan lancar macam yang aku rancang.

sebenarnya aku ada je masa nak edit mp3 untuk contest tu. tapi sebab malas plus aku nak rehat rehat sebab sudah letih memperjuangkan kemerdekaan dari penjajahan,

semalam aku naik motor, sampai traffic light ada awek polis trafik. Awek polis trafik nampak tegas dalam melakukan tugasan yang diperintahkan.

aku tenung lama juga awek tersebut dari belakang. dengan menggunakan sedikit ilmu di dada aku pasti awek polis trafik masih bujang. sekali dia toleh untuk suruh aku jalan pulak. OK, awek polis trafik memang cun walaupun dicemari selebet peluh sedikit. tapi masih anggun menyelitkan pistol di pinggang dan bersarung tangan putih gagah beradu sama silau refleks sinaran suria dari cermin tinted kereta caldina milik pemuda cina.



Tiba tiba lepas beberapa tiang aku tinggalkan simpang aku terfikir ;apasal awek tu nak jadi polis trafik?..
memang cita cita dia ke nak jadi polis trafik?. dah lah orang pandang serong dekat polis trafik.

Lepas tu aku flash back pulak awek tu masa kecik kecik, main polis polis dengan kawan kawan, ada pistol mainan, acah acah kawad kaki bagai. ouh..cute.

Lepas tu terus flash back lagi dari saat awek tue keluar dari rahim ibu dia. doktor yang deliver dia passing dia kat dakapan ayah dia. Ayah dia pun azankan  iqamatkan dia dan berharap dia jadi seorang yang berguna.

Dia pun membesar pergi belajar, mengaji, sembahyang tak tinggal, tutup aurat, semua kewajipan dia buat. sampai dia akhirnya berkerja sebagai polis trafik yang berakidah, rasuah tak layan. berkerja keras demi membalas jasa kedua ibu bapa yang melahirkan.

Mencari rezeki halal dengan berkerja dibawah terik mentari sore, bermandikan tetes tetes peluh. hujung bulan dapat gaji, withdraw duit dari ATM, bagi kat mak ayah sikit, masuk tabung masjid sikit, belanja kawan kawan makan, pergi shoping complex beli hand bag. (gaya halaqah : sentuhan kalbu TV9 dekat di hatiku)


******
malam tu aku buka cerita polis trafik sekarang dah ramai yang meronda semenjak IPD baru bukak kat klang selatan ni.

ada suara yang mencelah ; "hah!..nak cari makan la tu, lepas raya ni dah habis duit gaji kan"


kalau benda macam ni nak salahkan siapa ni?....

for the record :
dari start aku tahu naik motor sampai sekarang, aku rasa dah lebih sepuluh kali kena tahan dengan polis/JPJ . dari sebanyak itu sekali je yang aku kena saman. yang lain semua lepaskan aku dengan budi bicara tanpa rasuah.
tak semua polis trafik macam cilaka. [tegas tanpa unsur bodek]

gua ada hutang saman RM 200 nie...amacam makwe makwe PDRM?...boleh kawtim tak lepas baca entry nie?...haha

6 ulasan:

y3op berkata...

"ouh..cute."
haha...

I*K*T*I*R*A*F berkata...

10 kali?? banyak tuuuuuuu~


kena saman sebab ape? haha XD

rhazes mohamad berkata...

haha...kena saman sebab tak mematuhi protokol menunggang motosikal...

Kay berkata...

yo mafaka! :D
bapak dia iqamat la kalau baby girl. azan utk baby jantan.

for the record - MPH ada call? haha

rhazes mohamad berkata...

hey nikka...ahaha...sorry la ini bukan entry feqah...hahaha

ini aku dah start kerja dah lah....
tq for jacking me up...

balik doe....aku akan pastikan aku pulak yang drive bila ko balik...

"legally"....hahaha

Kay berkata...

hoho
bagus2. ko jangan keje 8jam je sudah..

ok ok, orite orite.
camry tau, yg lain tak layan..
haha