PUBLISHING FINALLY

1..2..3 bismillah..

salam
hari ini aku cuba blogging sebab dah lama rasanya aku tak blogging, maksud aku tak tekan publish. sebab usai aku taip taip, kebiasaannya aku akan buka paparan pra-tonton, dan bila aku rasa entry macam tahi aku terus tekan pangkah dan alih pada facebook.

tak kiralah berapa juta patah kata aku dah taip kalau tak suka aku selamba pangkah. mudah sekali selera aku berubah kebelakangan ini. macam hilang arah. ah!..tak apa lah, mungkin lain kali boleh update lagi. aku lengah lengah sengaja.

aku bukan nak kisahkan cerita cerita hebat jadi kalau ada yang harap di sini ada cerita cerita hebat. dari awal aku khabar ke kalian aku bukan profilik yang jutawan anekdot.

sebab mungkin atas alasan keadaan sibuk aku jadi jarang membaca sampai aku jumpa cerkas. itu pun aku pinjam dari hafiz seorang kawan baru yang boleh kata gila sastera dan sanskrit.


beliau berani berdiri dihadapan ratusan kawan kawan di pekan frinjan. macam tak percaya aku. tapi kagumlah aku pada dia sebab beliau mampu kawal gemuruh dan beraksi kukuh menghibur pendahaga hiburan.

tak kisah lah ceritanya macam mana aku dapat cerkas. itu aku saja cerita mungkin tak ramai yang minat sebab macam biasa aku tak punyai minat yang sama macam komuniti sekeliling.

tapi kalau sesiapa yang cuba mahu tiru minat aku. silakan klik saja sini boleh dibeli di situ. beli dua, untuk satu dikirim ke aku. haha.

tapi lagi, jangan cari di toko toko buku hebat yang ada mesin moden berscaner di kaunter. sebab sini aku tunjuk kenapa



takkan aku nak cerita betapa kalis scanner nya naskah ini - lihat pada barcode yang jatuh, mahu cepat barangkali sampai lupa membetulkan barcode harga. atau mahu unik. atau mahu ringkas. atau apa saja yang kamu suka untuk di-atau-kan.

*****

dari topik cerita yang bosan aku cuba dekorasikan entry ini sebagai denda pada diri yang tak ada spirit menaip entry ilmiah. percaya atau tidak aku nyaris tekan pangkah tadi untuk draftkan lagi entry ini. nasib baik aku ke ruang tamu lihat di kaca tv dan tercetus idea.

ok mari kita fikir sama sama, tapi sebelum apa apa jua, topik ini khas untuk pemilik tabiat aneh yang mahu mandi atau berak sambil bawa telefon bimbit untuk dengar lagu.

ok kita lihat trend zaman kini, ramai yang menyimpan bacaan ayat Quran dalam telefon sebagai medium untuk menenangkan jiwa, tak kurang juga yang guna sebagai senjata kalau kalau terjumpa hantu bangkit dari kubur saat pulang ke rumah dinihari. tak kisah lah.

cuba bayangkan sewaktu di dalam toilet atau bathroom, sedang lagu lagu tersebut shuffle up themselves. tiba tiba ayat Quran masuk dalam list dan terplay dengan taranum indah alunan sheikh saad alghamidi. serentak pula pada ketika itu anda sedang berusaha meneran serat serat keras keluar dari lubang perkumuhan anda.

cuba kira kebarangkalian untuk anda hold the poo poo hanging position dan pause ayat quran tadi. yang mana satu anda akan lakukan dulu.

adakah anda akan kurang ajar membiarkan suara sheikh saad alghamidi berkumandang di teritori syaitan?. atau anda akan memberhentikan alunan tersebut?. atau mungkin sewajarnya anda cuma play playlist kesukaan anda yang tiada ayat Quran di dalam list tersebut.

ok lets get crystal. sebenarnya bagi aku perkara ini nampak macam janggal dan tak sepatutnya berlaku, jadi kepada yang kepingin sekali didodoi muzik sewaktu berkumuh. makanya sila sediakan playlist "berak" di pemain mp3 telefon anda. pastikan juga ianya tidak mengandungi album album nasyid ketuhanan atau melodi sheikh saad alghamidi dan artis artis Hafiz quran yang lain.

kalau mawi macam mana?.

"haha..shal"

oh ya!..jangan malu nak mengaku atau menafikannya ya. aku juga suka mendengar muzik sewaktu berkumuh. bagi aku ia adalah semacam terapi. berhibur sambil bersuci. yeah!..alasan konkrit untuk hari hari yang penuh dengan kesibukkan kita tidak perlu ke spa untuk terapi. kini di rumah sendiri pun ada terapi yang kita jarang sedari. manfaatkannya.

selain itu. sewaktu maghrib ketika azan di TV. aku rasa bagi lah azan habis dulu sebelum matikan ia. atau paling koman. bagi muazzin di TV itu habiskan phrase azan tersebut sampai waqaf. bagi makna dia lengkap.

pada bacaan ayat quran juga begitu ya. bagi Qari/ah habiskan ayat dulu baru tukar stesen radio ke. matikan ke. apa ke. ikutlah selera si fobia ayat Quran tersebut. walau apa pun. untuk nampak bersopan. bagi sampai Waqaf dulu untuk sempurnakan makna ayat tersebut.

ok. aku tak cakap pun itu tak boleh ini tak boleh ya. aku cuma saran sila bersopan dan memberi peluang pada ayat ayat suci berkumandang untuk beberapa saat. tak luak mana lah masa kita untuk berhibur.

sekian.

for the record :
Tuhan..aku lah hambaMu yang selalu berdosa. ampunkan aku selalu selama lamanya 

2 ulasan:

ADLIL RAJIAH berkata...

eh ok je belog kau. aku gelak2 gak bila baca! keep it up! :D

rhazes mohamad berkata...

@jue aziz

terima kasih jue aziz....kau sepatutnya pakai nickname jue aziz la...baru komersial....