FOLKLORE

Salam,

dulu masa aku kecil, aku kerap menonton berita dunia jam 10 di RTM1, ini kerana bapa aku minat sangat menonton berita tersebut. waktu itu aku belum sekolah lagi. jadi sistem curfew yang diasaskan oleh mama belum berkuatkuasa pada aku. tapi abang aku dah kena tidur awal.

aku yang tak payah tidur awal dibolehkan untuk stay up menemani bapa aku menonton berita dunia walaupun sepatah haram aku tak tahu apa yang Fared Ismet Emir cakap. aku cuma sekadar tengok dan blur sambil membuang masa.

lagi pula pada usia 5 tahun apa sangat lah yang aku boleh buat untuk mengisi masa lapang. hobi aku ketika itu pun masih belum ditetapkan. hidup pada waktu itu memang heaven. aku tak tahu apa makna strata dan kekayaan harta duniawi. yang aku ingat cuma rasa curious macam mana pakcik aku boleh ada kereta tapi ayah aku tak ada kereta.

tak pernah pula aku tanya, yang aku ingat waktu itu aku memang nak sangat masuk dalam kereta pakcik aku itu. aku ingat lagi. dia pakai kereta proton iswara warna coklat, masa itu masih iswara belum ditukar ke saga lagi.

kira dalam family aku dia orang pertama yang ada kereta. tapi aku tak ingat sangat lah. either parents aku tak bagi naik, risau aku buat hal dalam kereta itu. atau dia yang sombong pandang family aku sebelah mata. tapi aku tak peduli sangat lah sekarang ini. cuma dulu je lah batak sikit.

bila waktu itu aku cuma ingat semua orang dewasa mesti ada kereta. sebab tengok jiran aku ada kereta mazda warna putih model lama. aku tak ingat lah model apa. tapi bila aku tengok bapak aku jadi hairan juga lah kenapa dia tak ada kereta. yang ada cuma motor yamaha cup warna biru. yang kami anak beranak kadang kadang naik triple atau quadruple bila mama nak ikut sekali.

tapi ayah still bawa kami jalan jalan kalau dia free dan bermood OK. biasanya kami mengelilingi kawasan kejiranan kami setiap petang dengan motor yamaha cup biru yang aku tak tahu apa nasibnya sekarang.

bila waktu free aku selalu main dengan abang aku, tapi aku mula bengang bila aku tak dapat nak pergi sekolah sama sama dengan abang aku, bila abang aku pergi sekolah aku sorang sorang dekat rumah. bosan gila tak ada member. jadi aku suruh mak aku hantar aku pergi sekolah juga. mak aku dah siap belikan baju dengan kasut sekolah waktu itu.

aku rasa sebab aku jeles dengan abang aku, dia dapat baju dengan kasut sekolah baru sebab dah masuk sekolah. aku pula yang tak masuk masuk nie nak juga baju dan pergi sekolah macam abang aku. jadi mak aku pun belikan kelengkapan untuk ke sekolah, aku pun gembira semangat nak masuk sekolah tadika,

tapi sayang. kegembiraan aku tidak berpanjangan, bila hari pertama mendaftar ke tadika aku di suruh pulang. kerana masih lima tahun. children below five was prohibited to join the class during that time. gila hampa menangis nangis aku waktu itu. seriusly aku memang nangis. dan scene itu memang aku tak lupa sampai hari ini. sebab tak boleh pergi sekolah macam kanak kanak lain.

so i have to kill another one year untuk masuk tadika. jadi aku pun bermain seorang seorang di rumah, adik perempuan aku masih kecil, memang tak market la main dengan budak kecil, tapi sekarang ini aku bukan nak cerita sangat sosial life aku masa kecil, saja je aku nak korang bayangkan ambient yang macam mana i grow up in.

jadi sementara menunggu setahun lagi untuk join tadika, aku pun lepak dekat rumah. tonton berita dunia jam 10 bersama ayah. and the story start when they flash the news about Bosnia Herzegovina war. Im not sure and even remember  what kind of war is that.

i just watching the montage about the war consequences. blood everywhere, dude holding a bazooka, explosion, a death body without a head, and the most worse and i still remember till now is. a men gasping for a life after his neck being partially cut. and yeah the head is still hanging there. it is so so so terrible for a green toddler as i am.

meanwhile. there is a construction dekat taman belakang, my mom always warn me not to go there. it was a dangerous place to play. and until one time. the builder came with the piling machine. during the piling process. mesti bunyi bising gila babi kan. and i asked my mom.

"mom, whats the noisy sound is all about?"

"ouh dont go there. it is Bosnia war, they will cut you head off "

mak aku kencing aku dengan folklore yang aku fobia waktu itu. memang terbaik dari dapur mak aku. entah macam mana dia boleh tahu betapa terkesannya aku dengan montage perang dari RTM tersebut.

serius aku tak jejak pun taman belakang. but right after the construction end, i realize that my mom just served me a folklore, and i eat it up.

and the next after that, another incident happened, where there is a kids from im not remember, fall into the big size drain in my neighborhood. and again my moms said. dont go there. sana ada hantu air, tarik orang masuk longkang.


for the record :

its still legend, but RTM seems turn to unsung hero these day. semua salah astro. haha


3 ulasan:

akufes berkata...

cra hg tulis cm nk xnk ja tulis..haha

Tanpa Nama berkata...

cara hg tulis cm nk xnk ja tulis..haha

rhazes mohamad berkata...

apa plak nak tak nak....telah ku curahkan sepenuh jiwa dan raga dalam menghasilkan tulisan ini