salam
kejap lagi 2010 akan melabuhkan tirainya dan dengan demikian maka 2011 pun menjelma, apa yang boleh disimpulkan adalah peningkatan usia dan masa yang semakin meninggalkan kita kerana masa memang tak tunggu kita. jadi kita kena kejar masa. walaupun kita mengejar masa, tapi sebenarnya kita takkan berjaya memotong masa.
kerana semakin kita mengejar masa semakin laju masa bergerak, bagi aku masa adalah sesuatu yang terus bergerak, manakala kita, manusia yang lemah kadang kadang perlu berhenti berehat dan tidur sekejap, jadi kita dan masa sebenarnya tidak setanding. maka apa yang sebenarnya kita perlu adalah teknik. teknik pengurusan masa yang mengikuti kehendak dan keperluan semasa.
apa kejadahnya tiba tiba aku nak tulis macam nie?. kejadahnya ialah, aku terpaksa meninggalkan blog nie dalam masa yang lama hari tue, sebab aku nak uruskan masa dengan lebih efektif dan komprehensif bagi menjulang aspirasi dan azam yang aku tanam untuk menjadi manusia yang lebih berguna dan berdaya saing.
sebut pasal daya saing, aku rasa aku dah tak boleh nak saing sangat dengan pesaing pesaing yang nampak hebat dan mantap dewasa kini. jadi apa yang aku perlu sekarang ini adalah teknik. teknik untuk menjadi licik bijak dan smart. tapi bukan itu yang aku kena peduli sangat, aku cuma risau atas kerapuhan diri ini bila berurusan dengan ujian dari Allah subhanahu wa taala. aku akui kerapuhan ini berada pada stage yang tertinggi.
jadi aku perlu belajar mengawal keadaan agar nasi tak menjadi bubur, pisang tak berbuah dua kali dan pelanduk dua serupa<---[ini bukan]. sehubungan dengan itu aku cuba faham bahawa proses belajar memerlukan kegagalan untuk diluluskan dan mendapat ijazah penuh sebagai manusia berkehidupan.
maka kesedihan kesedihan yang sebelum ini hinggap di kamar hati yang mempunyai perkebunanan strawberry dan taman rama rama serta sawah padi 11 relung yang lengkap dengan pakej pelangi selepas gerimis ini.<---[panjang shial description], aku cuba telus dan ikhlas dalam menghadami ranjau dan liku liku kehidupan ini, walau tercungap cungap, aku yakin 100% inna maal usri yusra.
aku harap pada apa yang aku dah lalui ini jadi kifarah untuk dosa dosa aku yang hari hari mesti aku buat, macam perkara dalam to do list aku.
dari hal pencapaian dalam hidup aku cuma berani kata yang 2010 adalah tahun yang banyak menduga aku, banyak mencabar aku untuk senyum, tapi pada hujung hujung ini aku rasa semuanya dan semua sekali aku tak kisah.
teringat aku macam mana mengisi borang banci yang berjuta juta tan beban kesusahannya, menawan puncak gunung datuk dengan kawan kawan yang disayangi sampai mati, keluar masuk unversiti. berkerja, hey, baru aku sedar yang itu semua kehebatan dalam tempoh satu tahun. dan tahu tak bila dah jatuh dari sebegini tinggi kita akan jadi lali dengan ujian ujian yang kecil. untuk itu aku bersyukur sangat sangat pada Allah subahanahu wa taala yang menghadirkan rasa lali ini dalam diri aku.
poyo?.peduli apa. paling tidak. aku hargai hidup aku walaupun susah walaupun banyak yang buat aku jatuh, walaupun aku dah banyak hampakan orang orang yang aku sayang. tapi aku yakin. hidup ini perlukan pembelajaran dan setiap pembelajaran perlukan kegagalan.
inna maal usri yusra.
Selamat Tahun Baru
terima kasih 2010.
selamat datang 2011, apa pulak kali ni?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan