SARKASTIK ITU SENI

salam

aku cuti esok sebab memang dalam jadual aku jumaat off, memang awesome la kalau cuti jumaat nie sebab tak ada la berkejar kejaran untuk ke masjid. plus aku tak menggemari untuk sembahyang kat shah alam sebab kesesakkan yang bakal dialami adakala di luar jangkaan.

jadi demi memanfaatkan peluang yang ada ini aku ingat nak buat review pasal novel interlok, tapi memandangkan aku tak habis baca lagi so aku batalkan novel kontroversi masakini tersebut. dalam situasi yang sedang tegang ini aku tengok semangat 1Malaysia kita kurang dan malap.

macam ada sesetengah pihak yang berkepentingan tertentu sengaja memarakkan api perkauman antara masyarakat malaysia yang majmuk dan muhibbah ini. Pemimpin pemimpin kita telah sedaya upaya mencurah bakti dan mengerah tenaga demi memastikan keharmonian dapat berlangsung terus dengan aman dan terjamin.

aku salut kepada pucuk pimpinan kita kerana berjaya mencetuskan satu paradigma yang teranjak dalam menghadapi arus revolusi dan transformasi negara. aku dapat tonton di kaca TV melalui siaran selingan betapa bahagianya negara Malaysia yang mempunyai kestabilan politik dan ekonomi yang tak terganggu gugat. variasi kaum di Malaysia ini tidak boleh kita jumpai di mana mana.

kita seharusnya bersyukur jika dibandingkan negara lain yang rakyatnya hidup dalam keadaan tertekan akibat dari pelbagai masalah dan ekonomi mereka yang tidak menentu, rasuah dari kalangan pemimpin mereka, perebutan kuasa, pembunuhan, rogol, dan macam macam masalah lagi yang rata rata pemimpin mereka pun terlibat sama. cilaka kan?, tapi itu semua takkan berlaku di Malaysia, kita kena bersyukur.

tapi jangan risau sebab kita di Malaysia kita ada undang undang. dan kita ada Internal Security Act, yang aku yakin mampu dimanfaatkan untuk keberlangsungan keamanan di negara ini. Peguam peguam, hakim dan pengamal undang  undang kita juga tidak kurang hebatnya. telus dan kalis rasuah. sehinggakan kesalahan yang kecil pun tidak akan terlepas dari muka pengadilan. ini kan pula inkues kematian yang berakhir dengan keputusan macam cilaka. itu semua takkan berlaku di Malaysia, kita kena bersyukur.

dah lah. penat sarkastik.

ini sarkis dari dhaka-charlie angel!!
they have their own community in here, they even owned groceries shop 100% hak milik bangladesh, sooner or later, we will so pwned!


Tiada ulasan: