RAMAH MESRA

salam.

gua sedar bahawa gua dah lama meninggalkan persada blogging tanah air. ini berikutan kerosakkan minor yang dialami oleh netbook gua, maka hari ini gua telah melakukan sesi blogging ini menggunakan PC yang juga gua baru repair akibat kerosakkan network kad.

network kad ini penting demi menjamin kelestarian hubungan antara komputer anda dan network ethernet dan macam macam lagi hubungan yang nyata ataupun sulit.

damn, gua dapati semenjak gua malas berblogging nie skill gua dah kurang kick dan duit nuffnang gua macam tahi cicak.

gua sedar bahawa ini adalah akibat kerana mengabaikan penjagaan blog dan memperlekeh nafkah nafkah pembaca blog gua yang kegersangan diseksa batin yang meronta. dek kerana kelapangan berikutan cuti yang dianugerahkan kerajaan bersempena tahun baru cina. maka gua ambil kelapagan ini untuk beraamah mesra bersama pembaca sekalian.

anda semua tahu mesir kan?. takkan gua nak cerita lagi, pasal government revo yang cuba diperjuangkan Egyptian and bla bla bla. so korang doakanlah kesejahteraan rakyat rakyatnya. gua harap hosni mubarak akan melepaskan teraju pemerintahannya, sebab kerajaan diorang gua baca sikit sikit nampak macam lagi bedebah dari gohmen kita.

gua malas nak ulas panjang isu mesir. lu orang pergi baca dekat mana mana site janji bukan site tv3 ke atau kosmo la. kalau lu orang ada internet tapi lu orang bukak berita tempatan yang sarat dengan auta jugak, memang sia sia la mak lu orang bayarkan yuran bulanan langganan streamyx lu orang. baik mak lu orang bagi lu orang not RM1 beli kosmo kat kedai kedai.

eh gua ingat gua tidur dulu la. esok pagi ada hal, harap harap cuaca okay. sekarang nie hujan aktif semacam jer.

foto : fb fahmi reza


3 ulasan:

echa rierie berkata...

pc pon pc la yg pnting on9..hehe..=P

rhazes mohamad berkata...

yup...betul2...

Jemmyl berkata...

HAHAAHA
AKU SUKA KAU MENULIS
TRIMA KASIH GENG