F


gua rasa gua makin pemalas dalam blogging ni. sepatutnya gua kena tidur sebab esok gua kerja. ini semua sebab budak dadah jahanam pergi curi kabel telepon kat tiang belakang rumah gua. 

gua pun tak tahu apa yang gua nak kena qadha' online setelah sepuluh hari plus plus gua tak online. nasib gua lately masih terkawal. semua smooth. tinggal tunggu result exam hari tu. dengar cerita 17 ni. tapi macam biasa. 21 baru server stabil. tipikal sangat lah.

gua dah bayar hutang telekom separuh. cilaka entah bila masa tunggakkan baru seratus lebih depa suspend akaun.

buat malu je gua marah marah kat brader operator telekom hari tu. tapi tak ada hal, gua bukan 3g ke webcam ke dengan brader tue. gua cakap dengan telepon haram jadah gua. 

telepon bimbit gua pula kena bugs, bila play music je dia restart. gua rasa inilah waktunya ayah gua belikan Iphone4 macam dalam mimpi gua tempoh hari. gua kena inform beliau segera.

macam kena rogol dengan gajet elektronik rasanya. satu satu nak rosak. tapi gua tak ada hal sangat pun actually. setakat belas belas hari tak layan twitter dengan facebook, tak memberi kemudharatan pada diri gua.

gua dah penat la, gua tidur dulu la. esok gua kerja. shift apa entah. gua ingat nak masuk pukul 8. ah ikut lah nak masuk pukul berapa pun esok. bukan lu orang punya hal pun. ok chow