ada satu masa nanti tak ada siapa lagi akan kisah pasal kita, jadi untuk itu semua orang kena sedia. kena tahu macam mana nak survive bila terkontang kanting. so tak salah rasanya kadang kadang kita kena pentingkan diri.
sebab itu kadang kadang aku malas nak get too attached dengan apa apa yang aku rasa sementara. aku dapat apa?. kau dapat apa?. tiada siapa dapat apa apa kecuali pengalaman.
so tak kisah lah kan. sebab aku yakin tak ramai yang get too attached dengan apa yang selalu aku tulis kat sini, maka tak ada alasan untuk siapa siapa nak marah sebab dah lama tak baca apa yang aku tulis. furthermore aku ada twitter.
kalau sangap sangat nak baca nukilan aku baca je twitter yang aku public kan untuk semua orang, zaman sekarang kalau tak ada twitter macam tak up to date. tapi sebenarnya ada twitter dengan tak ada twitter sama je.
macam aku cakap kat atas tadi. suatu hari nanti tak ada siapa yang akan kisah lagi pasal kita. jadi tak perlu la get too attached sangat, better let the flow slip in between the remaining space. kamu faham tak?.
tak apa lah. bila kamu dewasa nanti kamu faham lah apa yang aku cuba sampaikan.
hari ini banyak sangat masalah dalam lingkungan kita. dari pergeseran budaya dan agama. politik dan kepartian. manusia makin berpecah dan berpuak.
tak kira kamu pergi masjid ke tidak. yang penting even kamu duduk satu saf pun kamu sebenarnya belum cukup sehaluan bila dalam hati masing masing semua nak menang semua nak betul.
hal hal kecil bila masuk dalam arena politik terus jadi besar. kamu kena tahu dan maklum bahawasanya politik itu adalah najis mutlak. kamu boleh ambil buat baja. tapi kamu kena cuci tangan kamu selepas berurusan dengan politik.
aku harap kamu dapat lihat analoginya, aku menulis dalam gelap ni, sedangkan aku yang dalam gelap ni pun nampak analoginya. takkan kamu yang baca dalam keadaan terang tak nampak.
aku rasa aku makin pemalas. ghairah aku pada blogspot kian manapos. tapi tak kisah lah,sekali sekala aku akan menulis sedikit kat sini. itu pun kalau aku rajin.
aku tak dapat nak nafi sejak berhenti rokok kerajinan aku nak menulis pun tumpul.
sesungguhnya aku dan semua orang mempunyai keinginan menjadi yang terbaik dan menyinari jagat raya ini dengan sinaran moraliti yang hakiki. tapi bukan mudah menjadi manusia. kenalah berurusan dengan godaan.
tak kisah, paling tidak kita dah cuba dan pernah putus asa dan juga pernah bangkit. itu semua yang buat siapa kita hari ini. itu juga yang buat kita lebih hargai apa yang kita kecapi hari ini.
adakala kita kena mengalah untuk jadi pemenang. kamu faham tak?, kalah menang itu adat permainan. tapi tak mesti kamu kalah di mataku kamu kalah di pandangan Tuhan. tak semestinya. yang menilai itu cuma Dia.
jadi kalau kamu kalah jangan nangis dulu. tenang dulu. sit back and relax. muhasabah dan nescaya kamu ketemu hikmahnya. mungkin untuk penambahbaikkan diri kamu di masa hadapan.
aku bosan betul ni sebenarnya. aku blah dulu la, esok saja aku sambung kalau ada cerita. happy fasting.
Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan