20.1%BERBAKI BELUM PASTI

dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.....
selimut yang aku tarik tadi bukan basah...
cuma hangat yang kunjung dari entah...
ilham yang datang dari minda berhujah...

bikin aku fikir previuos audio video lillahita'ala...
bikin aku bangkit rasa berhutang besar sama falsafah...

aku ada ratus juta MB audio video yang mampu bikin semua caci ludah murka muka aku...
aku tiada dan belum ada walau satu MB stereomono audio yang bisa jamin masa bawah nisan aku...

hampir 21% aku buang untuk patut aku hidup dalam isim bertauliah....
aku terus hirup sampai aku belum buka mata aku dalam kayap kusta berdarah nanah....

aku ada ratus juta MB audio video yang mampu tarik aku dalam neraka ke tujuh....
aku tiada dan belum ada walau satu MB stereomono audio yang mampu stabilkan aku berkonkrit kukuh....

gerimis emosi berpelangi warna warni nafsu kerap goncang aku dalam jasad gergasi....
buat aku kerap tercondong dalam corong yang patut aku tahu tak bersimpang sangsi....

alhamdulillah....
audio stereo mono video masih dalam proses pemindahan berbaki tak pasti....
aku tak mahu bila sangkakala kata "CUT!"...aku masih terkial gelabah dan mati....
wahai Tuhan...
selamatkan aku ya rabbi....
selamatkan kami ya rabbi...
selamatkan semua ya rabbi....



Tiada ulasan: