FANTASY SI USELESS

serak gema techno melonjak..
mahu saja aku simbah satu tempayan cecair keladak...
mahu saja aku tutup dua muka dengan satu telapak..
susur sendiri masuk lorong lorong naik tongkang..
tak mahu pengayuh tak mahu pelampung..
cerita orang kecil yang mungkin dah besar..
aku senyum terus bila seni sumbang disombongkan..
dalam hati aku teriak "teruskan!!"..
sampai sampai pun aku taip samapai...

sebab cuba mahu cepat...
cuba mahu semua ini habis cepat...
sebab aku bukan lahir dari satu tempat..
satu selendang semenanjung aku dah merempat...
bukan satu makhluk aku selalu berborak..
tapi kali ini beda yang singgah menginjak injak..
aku angkat rantai berbiji itu untuk elak..
dengan itu mereka anugerahkan aku..
pelakon hebat teraju utama layar perak..
ahahaha...aku senyum lagi...
tapi kali ini dengan smiley...
agar rawan aku tak bengkak tangis bernyanyi..
sedih aku batas ini tak runtuh lagi..
empangan ini masih kukuh berdiri..
diskriminasi terpampang dari reaksi sinis bersaksi...
sakit aku bukan untuk diubati...
kanser aku bukan bereliksir kemoterapi

aku tahu ada Al-Basir sedang meneliti...
kadang aku malu walau berbaju...
selempang aku sarung tak membantu...
sepatu aku bertumit nafsu..
sepantasnya aku lempar baju.selempang,dan sepatu..
fikir fungsi aku sendiri...
fikir hutang aku meninggi..
harapkan sempat...
belum pernah berkhidmat...
harapkan selamat...
 belum mahu diangkat...
aku mahu lencong pada orbit mana aku bisa berkhidmat selamat siap berangkat..