ATM

aku baru pulang dari satu bank atm dengan perasaan hampa...cis...banyak gila warga asaing berspesifikasi bangla...mereka cucuk duit secara berjemaah...aku tak tahu ada berapa kad kat tangan mereka...yang aku tahu mereka membentuk satu formasi seperti human sheild yang memenuhi kiosk atm tersebut...tiba tiba ingatan aku flashback kepada nostalgia aku dan seorang rakan bernama Gun...


lokasi : bank simpanan nasional cawangan kuala ketil , kedah...


kami kumpul kad atm milik kawan kami yang lain...semua sekali ada 6 kad atm...waktu itu...kami dalam program percutian underground yang di sertai oleh kami yang tegar untuk teruskan percutian itu walaupun di minta untuk di postpone ke tarikh lain...aku tahu jika dituruti permohonan postpone itu...nescaya plan percutian itu akan terus jadi air liur bersemburan ke dalam makanan makanan orang yang akan berbual tentang plan yang tak jadi itu ketika waktu makan tengahari mereka atau makan malam...so aku ,Gun dan 4 yang lain terus tegar dengan plan itu...berbalik ke atm bank simpanan nasional cawangan kuala ketil kedah...kami pergi ke situ dua orang saja....kami cucuk satu persatu 6 kad yang kami bawa berdasarkan jumlah yang di request untuk di withdraw dan number pin yang di bekalkan...sampai la kad yang ke berapa aku tak ingat...tiba tiba datang seorang brother ini....beratur belakang kami...dengan muka yang ketat....ketat sangat padat sendat lagi ketat...Gun menoleh ke belakang sambil senyum....

"hehe...sat no...banyak kad ini..."dengan dialek kedah beliau yang mustahil dapat di ubah ke dialek K.L.

tiba tiba brother ketat itu cakap...

"hampa main game ka??...awat lama no..." dengan dialek kedah dan reaksi sinis di sertai dengan muka ketat yang tak mahu senyum

ketika itu Gun yang memang jenis kepala api dan panas baran terus melenting....banyak yang beliau rancangkan untuk belasah brother itu...untuk tumbuk perut brother itu untuk panggil rakan rakan kampung dia belasah brother "mesra" itu secara berjamaah atau bergilir gilir...

tapi sayang lentingan Gun hanya di lepaskan di dalam kereta secara zahir saat kami siap cucuk semua kad itu dan saat itu kami pun sudah jauh meninggalkan brother itu dan kad atm beliau berserta muka ketat yang tak mahu longgar lagi...

Gun masih tak berpuas hati apabila senyuman mahal beliau yang jarang jarang orang dapat diperlekehkan sebegitu sahaja oleh brother ketat...aah...Gun memang kedekut senyuman...haha...

tetiba aku tersentak oleh warga asing spesifikasi bangla yang menakluk kiosk atm itu...dengan wajah hampa...mereka mengeluarkan body langguage mahu beredar dari situ...

aku dapati atm yang letih itu mengeluarkan frasa mengguris hati setiap insan yang berkeadaan macam aku....
aku mahu cucuk RM10 je....tapi tuhan maha memberi rezeki kan...ATM tu tulis..."OUT OF SERVICE"...dan itu lah satu satu nya ATM yang ada not RM10....takkan lah nak cucuk RM50 kalau baki tinggal RM20...
last last aku balik rumah... dan semua rancangan perbelanjaan aku terpaksa di tangguhkan...

terima kasih ATM...terima kasih warga asing...jadi guru subjek kesabaran aku hari ini....TRIMAS!!...

ps: senyum itu sedekah...

Tiada ulasan: