surat



asalamualaikum gadis...
bukan tujuan aku menonjolkan diri menulis perihal kamu...
hari ini aku di hujani sesuatu yang tak dapat dihindar qalbu...
sesuatu yang sudah pasti semua lelaki seperti aku melabelkan kamu...
bukan aku mahu mengabadikan nama kamu selayak abadinya syurga...
tapi dari dalam diari yang selalu berbunyi sendiri...
selalu inginkan kamu jadi seperti yang aku mahu...
bukan mahu menguasai kamu dan jasadmu...
bukan mahu kamu menyayangi aku lebih dari sayangnya yang mahu satu...
bukan mahu kamu ikut bulat acuan aku petak arahan aku...
aku mahu kamu jadi kamu....
pergi jauh mana kamu mampu...
lari laju mana kamu tuju....
asal kamu tahu batas yang bukan aku ciptakan...
tembok yang bukan aku dirikan...
akhlak yang bukan aku didikkan...
pegangan yang bukan aku asaskan...
kamu turutkan dan jadikan beban....
aku mahu kamu tahu...
kamu bukan seperti yang aku mahu..
selagi bukan aku jadi penulis perihal kamu...
dan aku mahu kamu tahu...
aku mahu tulis cereka yang indah tentang kamu...
aku mahu kamu bantu aku menulis yang indah perihal kamu...
aku mahu kamu jadi watak teraju untuk pentomen aku...
aku mahu kamu jadi GPS termaju untuk aku menuju tuhanku...
aku mahu kamu jadi pendamping aku saat rawanku pilu...
aku mahu 30 tahun dari sekarang kamu masih 30 tahun yang dahulu....
wahai gadis...
aku tulis ini juga untuk aku renungkan...
aku tak punya mukjizat hebat untuk kamu aku tatangkan...
aku punya seratus kelemahan yang perlu seribu pembetulan
aku tak punya hamparan emas untuk kamu aku baringkan...
aku punya sebatang pena sehelai kertas untuk kamu aku abadikan...
wahai gadis...
sedarkan aku yang dalam lalai...
aku mahu andai aku milik kamu....
andai kamu milik aku...
aku mahu apa yang punya kamu punya aku...
aku mahu andai aku berangkat dahulu...
jangan pernah kamu meratap aku...
jangan pernah kamu cari penggantiku...
kerana aku tetap aku...
dan aku tunggu kamu di hari itu...
dalam janji temu yang pasti dengan sejuta pasti tak diganggu...
wahai gadis...
jaga diri kamu...
ya allah...andai dia milik aku...simpan dia untuk aku...

Tiada ulasan: