HAVE A BREAK...GIVE IT A REST



asalamualaikum...aku tak tahu apa nak tulis....tapi jari ini rasa nak menaip....so aku terus taip...terus taip...terus taip sampai aku dapat idea untuk mulakan sesuatu yang aku nak cerita...dalam seminggu ada tujuh hari kan...ya...memang...seminggu ada tujuh hari langsung tiada kaitan dengan cerita aku nak ceritakan....cuma aku nak pastikan aku duduk sekali dalam satu dunia normal setiap insan yang seminggu mereka ada tujuh hari....aku ada banyak cerita nak cerita....tapi tak jadi sebab aku tak nak taip panjang panjang sangat...selain hari sabtu aku yang dipenuhi dengan aktiviti mengkakukan diri....aku akui memang hari sabtu aku tiada life....lainlah kalau aku punyai rakan serumah yang bisa di ajak beronggeng di mana mana titik dalam bumi yang kami rasakan mendamaikan.....dulu sewaktu di kolej....saat saat boring aku pasti di isi di kedai makan untuk bersembang sembang kosong sambil berkongsi rasa butterfly in a stomach yang buat aku kadang terfikir macam mana seekor butterfly boleh hidup dalam perut manusia.... dengan peperiksaan yang hampir menjengah yang mat saleh selalu cakap arround the corner.... tapi aku tak pernah nampak ikut corner mana peperiksaan itu datang....ah!...kalau mahu difikirkan asal penciptaan frasa frasa yang menipu terlampau itu sudah pasti gugur satu satu rambut yang aku jaga dengan conditioner straight and sleek sunsilk ini... membazir akhirnya aku keluarkan perbelanjaan untuk sesuatu yang sia sia.... jadi aku putuskan untuk terima saja apa yang telah di terima umum dari fikirkan kenapa umum menerima sesuatu yang bagi aku mengarut.... jadi untuk itu aku teruskan juga berkongsi sekeping gundah yang jengah bila aku buka buku thermodynamic yang memberikan satu soalan yang aku mampu bagi seribu jawapan tapi seribu seribu itu pasti akan di tanda pangkah dengan kejam tanpa budi bicara..... jadi aku telah berjaya peruntukkan sehingga lima minit yang pertama untuk mendalami ilmu thermodynamic yang aku rasa sepantasnya aku sudahi semester lepas lagi tapi maklumlah thermodynamic terlalu menyenangi aku dan berasa keberatan yang amat untuk berpisah dengan aku.... aku bagi peluang lagi pada thermodynamic untuk bermanja manja dengan aku lagi semester ini.... dalam hal yang sebegini macam aku jadi di belengu penasaran... kenapa aku terima bidang yang aku baru rasa bukan bidang aku...sedangkan aku tengok orang lain sudah gembira dengan apa yang mereka belajar... aku masih selamba senyum terus walau aku tahu jika ini adalah terbaik...kenapa tidak?...kenapa tidak aku redah je....cis!...aku tahu memang sangat hujung tanduk dan terkontang kanting nya aku ini...tapi aku tetap teruskan dengan melarang sebarang rama rama pelik yang mampu masuk dalam perut manusia masuk ke dalam perut aku... serius aku tak pernah risaukan masa depan aku.... sampai masa aku jahil time di matrikulasi dulu....aku pernah fikir macam ini....apa guna aku belajar tinggi tinggi... cuba bayangkan kalau dah graduasi nanti tiba tiba sangkakala di tiup....cis!...bodoh betul corak pemikiran minda bawah sedar aku....dan akhirnya aku pernah dengar bila mati anak adam mereka tinggalkan semua benda kecuali amal jariah yang di lakukan....doa anak yang soleh...dengan ilmu yang bermanfaat....owh....aku jadi bersemangat semula aku buat come back yang menjadi suatu masa dahulu....jadi bila skill lama yang aku gunakan sudah expired aku tak boleh guna lagi skill yang sama... hari ini aku baru mahu mulakan sesuatu yang aku rasakan belum terlambat rasanya....kalau pun lambat adalah kerana aku mungkin takkan dapat taipkan A yang berkelanjutan dalam transkrip peperiksaan aku buat semester ini...owh ya...dek kecewa dengan transkrip semester lepas aku terus abaikan dia di pejabat pentadbiran yang akhirnya di pos secara terjah ke rumah aku....buat aku pasang azam untuk semester depan sebelum transkrip sampai ke pejabat pentadbiran aku mahu tunggu disitu dan ambil dengan megah....kadang rasa melampau tapi tak salah rasanya...walaupun aku rasa memang dah tiada masa depan dalam bidang yang ini...tapi setiap kali pergi kelas aku cuba murnikan hati niatkan untuk suatu entiti yang maha satu....andai aku mati kemalangan dalam perjalanan pergi kelas pun orang kata mati syahid...tapi mati syahid orang tak mandikan tak kafankan...tapi dulu arwah kawan aku yang meninggal balik dari sekolah di mandikan dan dikafankan je....entah la...aku pun tak tahu....rasanya dah cukup dah berehat aku....mari belek buku pula...asalamualaikum....