PHENOMINAH!

asalamualaikum...
aku mahu menaip perihal diskriminasi pemakaian... zaman sekarang nampak sangat orang orang sekarang ini dah lebih membesar besarkan pemakaian dan fesyen barat....aku dah lama rasa macam ini... cuba kalian lihat lah penaklukkan yang sedang berlaku...pernah tak kena marah dengan orang melayu sendiri bila pergi kelas tak pakai tali leher... kalau bangsa lain aku masih tak kisah lagi... tapi bila bangsa sendiri aku rasa macam... "ish...apsal orang ini nak marah sangat bila aku tak pakai fesyen pengaruh britain"...pada aku mereka telah menjadikan memakai ala ala barat ini satu peraturan yang harus di patuhi...wajib...tiada kompromi....aku tak tahu apa alasan yang boleh menaikkan kemarahan mereka macam lah aku ini sedang buat kesalahan membunuh kejam dan mencampakkan mayat ke dalam gaung...tak pun macam lah aku ini telah meletupkan seorang wanita monggolia menggunakan bom yang hanya kerajaan sahaja yang boleh luluskan pelepasannya....ah...jika di lihat di sini aku sudah sopan berpakaian mengenakan kemeja dan seluar jeans yang menutup aurat...kalau aku nak sembahyang dhuha pun dah cukup syarat....perlu kah aksesori tali leher seperti yang selalu orang orang besar pakai dijadikan syarat dalam formaliti orang melayu...mana identiti melayu yang konon di canang canang punya budi bahasa yang tinggi dan keunikkan tersendiri....bagi aku imej ini telah dirojakbuahkan oleh sesetengah pihak.....aku jadi fikir sehabis akal apa sebenarnya kekemasan yang dapat di lihat dari pemakaian tali leher selain menyusahkan orang dengan kepanasan....jika di lihat di sini dari benda se asas ini aku dapat nukilkan bahawa pemakaian tali leher ini sedikit sebanyak dapat menyumbangkan masalah terhadap bumi dari segi fenomena pemanasan global....memang sangat pasti jika si pemakai tali leher yang kononnya segak bergaya jadi idaman wanita satu tanah malaya merupakan individu yang berkerja di bawah sektor sektor yang memerlukan pejabat mereka di lengkapi dengan penghawa dingin....jangan tipu aku yang penghawa dingin merupakan satu gajet teknologi yang mesra alam dan kondusif...sebab aku pun ada buka buku pasal ini.....malas aku nak cakap cakap pasal heat exchanger...chlorofluorocarbon...working medium R134-a...condenser....bilik "aku hanya untukmu" [AHU] dan thermodynamic device yang lain dekat sini....

selain itu bagi aku...pemakai tali leher zaman sekarang yang mempunyai kerja gaji besar besar....kereta besar besar...kalau pergi kedai makan order air gelas besar besar...sedikit sebanyak dari pandangan aku mereka ada rasa tinggi sedikit....aku tak kisah pasal itu...tapi bila membabitkan aku untuk berurusan dengan mereka....majoritinya mereka akan "terlebih dahulu memberikan salam dan senyuman serta layanan mesra"....dari situ aku maafkan mereka sebab mungkin badan mereka tengah panas bahana dari tali leher dan emosi mereka jadi tak stabil...sampai nenek tua pun kadang mereka lenting lenting....ah...itu bergantung pada pertimbangan akal mereka.....selain mengundang rasa takbur pada diri sendiri pemakai tali leher juga mampu untuk menipu gadis gadis dengan menyamar sebagai pekerja dengan gaji besar besar dan menjadi kegilaan ramai gadis gadis....aku mungkin kolot bila mempertikaikan perkara dan isu lapuk macam ini....tapi bagi aku kalau lah nak up to date sangat kenapa tak tiru saja semua pemakaian orang orang barat??...mungkin ada yang jawab kita harus ikut adat dan agama......baju mereka itu keterlaluan....ya....aku sokong....memang kita kena ikut adat dan batas agama...cuma dari apa yang aku kurang bersetuju apabila pemakaian tali leher merupakan satu kewajipan dan mengundang kemarahan tanpa motif jika tidak di patuhi..... perlu kah fesyen di peraturankan....politik apa yang sedang berlegar pun aku tak faham....kenapa tidak baju sopan di peraturankan....kenapa tidak menutup aurat di peraturankan....


ini yang aku dapat lihat kucar kacir yang sedang terjadi bila hukum tuhan di tolak ke tepi....hukum sivil di agungkan.....konon tidak fleksibel....dulu suruh pergi mengaji ponteng menyorok dekat dusun durian....suruh belajar syariah subtopik hukum hudud ....tak mahu....pergi hisap rokok dekat belakang surau sekolah....bila dah besar jadi beruang...korupsi jangan tanya lah....dari sini aku dapat lihat aku sedang menjadi mangsa [sepasang atau sehelai atau seurat?] tali leher....tapi aku memang selalu memberontak....jangan harap lah kalau aku tak suka aku nak buat...tengoklah nanti kalau aku jadi menteri pendidikan....manifesto pertama aku.... "pemakaian tali leher bukan satu kewajipan"....aku bukan nak cakap buruk buruk tentang orang yang pakai tali leher....aku tak kisah kalau kalian mahu pakai tali leher sekali dua atau tiga atau empat pasang sekali pun....cuma aku tak suka bila benda wajib ditinggalkan dan benda tak wajib di fokuskan....cuba pergi metrojaya mid valley...dekat situ mereka jual tali leher sama dengan harga kambing yang boleh di buat kambing golek untuk di makan beramai ramai....sekian

*AMARAN:
tak perlu bawa pendapat aku ke mesyuarat parlimen kalau tak nak kena halau dengan yang dipertua apa entah nama dia.... 




*BERFIKIR
kenapa orang melayu sibuk sibuk nak dressing macam dress up mat salleh yang dah mati
tapi mat salleh tak ada pula sibuk sibuk nak dressing kain kapan.....siapa pernah tengok mat salleh dress up kain kapan??....

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yeah...aku sokong penyataan ko..kalau masuk p/raye aku sokong 200%..hidupkan gaye kite sendiri...

Unknown berkata...

rimas sgt ke pkai tali leher?hehe....nasib ak pmpn...xde kene pkai...hehe
ak pon sokong ko....org zman skg memg pelik2...sume nk tiru barat...lpas ni pkai bju melayu yer...hehe

rhazes mohamad berkata...

xrimas...cuma marah bila kena marah sebab benda remeh...huhu