BAHASA TULISAN

assalamualaikum....


pada mula aku dah taip panjang panjang....tapi aku rasa tajuk dan isi tak kena dengan isu semasa....jadi aku padam....dah panjang dah...serius panjang....ada kawan tanya....

"kau tak tulis apa apa yang baru ke kat blog??..."



aku diam....fikir nak tulis apa??...entah...


"aku tak boleh tulis lah....tak ada ilham...menulis bukan kerja senang...."...


ya...menulis memang bukan kerja senang....bergantung pada nawaitu dan mesej yang cuba disampaikan penulis....ada sesetengah penulis menulis untuk sekadar isi masa lapang....


ada yang menulis dengan harapan dibaca semua orang....


ada yang menulis sambil berintuisi...."pasti ada yang teruja amat pada kemaskini aku nanti".....pengintip pengintip atau stalker pada alam maya ini bukan seorang....dengan terciptanya alam maya ini....tercipta sekali istilah istilah stalker lah....silent reader lah....follower lah....ada aku baca pada satu blog ni.....malas aku nak attach URl dia....kalian cari lah sendiri....menulis pasal penulis yang mengharapkan follower berjuta juta  lemon....


beliau letak hujah kalau ramai follower pada penulisan dia....maka orang itu ibarat selebriti...artis...dan apa apa sahaja gelaran untuk orang terkenal....beliau juga menemplak dan mengecam perbuatan ini....tapi kalian setuju tak kalau aku cakap jika kalian berblogging dalam bahasa inggeris.....habis menaip sesuatu tulisan pasti kalian klik pada butang publish bukan??....


jadi fahamkan sendiri apa maksud publish itu....mahu dibaca orang bukan??....kecuali blog tersebut jenis blog privasi.....jika bukan jenis privasi....aku rasa tak perlulah beliau tegakkan benang yang basah....kerana aku yakin separuh peratus nawaitu beliau merupakan untuk dibaca semua orang...dan sedikit sebanyak mengharap kemasyhuran....tak perlu hipokrit dengan

mengatakan beliau tak perlu penyokong...


tak perlu pengikut....lalu untuk apa dihebahkan blog dan membuka blog pada awam dan menjadi pengendali blog??....



....ramai yang masuk laman social network untuk jadi terkenal....kadang aku ada juga belek belek blog artis artis....jadi tak mahu komen lah pasal blog mereka....mereka orang besar...


kalau komen kritik dari aku nak lawan dengan komen komplimen dari die hard fan mereka....memang aku kalah....jadi baik duduk diam dan baca apa yang mereka catatkan.....


aku juga pernah baca blog blog yang diperkaya dengan tulisan yang menunjukkan penulis kaya....itu lagi satu motif yang aku tidak dapat kesan dengan mata telanjang aku.....jadi aku juga diam....sebab mesej murni asal mungkin tak sampai dan aku gagal tafsir....jadi input yang masuk tertinggal terus menjadi input....dan tulisan ini mungkin outputnya secara umum......

jika ditanya pada aku....aku menulis kerana aku punya masa untuk menulis....aku memang suka menulis....dalam minda aku kadang melayang layang ayat ayat yang aku rasa sesuai untuk ditulis....sehinggakan tatkala aku bosan aku juga pernah memikirkan dialog interview kerja nanti....dan kadang aku susun isi penting yang akan aku cakapkan saat interview nanti....gila bukan??....tapi masalah aku...tak salah rasanya aku sedia dari sekarang walaupun lama lagi untuk ke waktu itu......


aku juga pernah dimarahi guru di sekolah kerana menjawab soalan peperiksaan dengan lirik lagu....di bahagian kertas jawapan peperiksaan aku penuhkan dengan lirik lagu....kalau tak salah....lagu "she will beloved"...nyanyian maroon 5....ah...waktu itu lagu itu sedang hangat jadi siulan....dan banyak lagi lirik lagu lain yang aku hafal dan jawab dalam peperiksaan....ya....memang gagal....ustaz mana yang mampu beri markah jika soalan tak dijawab...ditambah subjek tersebut bukan subjek muzik....


tapi itu kisah zaman gelap di sekolah...ada juga rakan aku yang ikut jejak aku menulis lirik lagu pada kertas jawapan yang disediakan.....penyudahnya....beliau terpaksa menyanyikan lagu yang ditulis itu di hadapan kelas....aku terselamat....kerana sewaktu rakanku membuat konsert amal yang ditaja penuh oleh ustaz itu aku sedang beristirehat di rumah atau dalam bahasa kasarnya ponteng sekolah.....akhirnya rakan ku terpaksa bernyanyi solo tanpa duet dan minous one....itu cerita yang aku dengar dari rakan ku yang lain pada keesokkanya.....


jadi kesimpulannya....jangan menaikkan darah muda ustaz bujang yang belum berkahwin lagi....kelak terancam keselamatan diri dan air muka....owh....rindu pula pada sifu itu....apa lah agaknya hikayat beliau sekarang.....moga sihat sejahtera hendaknya.....


setelah lari dari topik yang aku ingin bincangkan pada awalnya di sini....aku ingin jelaskan...aku sekadar menulis untuk isi masa lapang dan terjemahkan isi minda dalam bentuk penulisan.....sekian...




3 ulasan:

::bLessinnG seeKeR:: berkata...

assalammualaikum..

saya tergelak baca posting radzi ni..

apa pun mmg btl apa yang dikatakan

part tulis lirik lagu n kena denda nyanyi tu kelakar :P

... berkata...

Salam Jotter, babah pun ada masalah kadang-kadang apa nak beri pada followers. Kita dah komited kongsi ilmu pengetahuan. Jangan mengarut-ngarut. Jika kita perasaan yang begini, insya-Allah hasil kerja kita akan bermutu. Walaupun orang tak ramai komen, tetapi mereka memerhati. Suatu masa nanti mereka akan appreciate (bahasa rojak plak). Wassalam.

rhazes mohamad berkata...

ya...betul...saya pun masih belajar lagi....masih bertatih atas tulisan sendiri....sekadar kongsi kongsi persepsi....agar minda lebih terbuka lagi...:-)