GELAGAT SEJAGAT

asalamualaikum...
cuti....kali ini sudah bebas...sedikit sahaja....bebas sedikit dari dahulu....dahulu juga bebas.... tapi bukan macam kali ini....tiada apa yang perlu difikir...cuma juta juta cara untuk memastikan poket bukan kosong....dahulu memang pernah kosong....sudah biasa dengan poket yang kosong...bosan dan jadikan negatif pula....dengan tambah koleksi hutang....total hutang hampir meninggi...belum bayar lagi....siapa sudi bayarkan??...ah!...hutang sendiri pasti dibayar sendiri....pernah terfikir kalau dapat teman wanita dari anak tan seri puan seri....pasti semua ini tak payah fikir lagi....cis....pemikiran dayus....mahu menumpang tak mahu berdikari....memang lah....siapa tak mahu??...tipu lah tak mahu hidup senang....tepuk tangan kanan dan kiri sudah ada orang hantarkan minuman....ha....bukan itu yang patut dibicarakan....bukan isu penting....banyak lagi khazanah kontang yang perlu dibasahkan dengan perbicaraan kelam kabut rakyat rakyat sekalian....

membicarakan soal situasi kosong macam ini....ada juga rakan rakan yang mahu kongsi aktiviti....mahu berkumpul pada satu sesi untuk mengumpat sana memaki sini....mengorak suara....melabel diri....gelak tawa pasti susul ikut lepas habis menghurai justifikasi.....lihat alam dan ombak satu kombinasi yang tak pernah berhenti bergerak....lari atau menyerang??....lari dari siapa menyerang siapa??....


soalan macam siapa dicipta dahulu....telur atau ayam....ah!....aku pernah baca dari satu sumber yang tak dapat dibukti kesahihanya....soalan telur dan ayam itu pernah menjadi punca pertumpahan darah di satu kawasan di thailand....


ya....masing masing punya pegangan dan pendapat sendiri....aku kagum dengan pendapat yang di pegang kuat....tapi kalau pendapat itu salah....tak kira la dari sudut apa kelemahan ia....sila tukar....sila jadi berani untuk mengaku salah sendiri....tak perlu sampai maki maki dan bunuh bunuh....



jadi bosan pada persekitaran....aku rasa mahu keluar jalan jalan hirup angin menziarah badai lautan....musim hujan pula jadi alasan untuk kekal diam dan kekal bosan di dalam rumah....berbekalkan habuk habuk di poket...cuba mengeraskan diri di rumah....

keras dan otak kosong...


bila ini jadi aku akan jadi kurang produktif pada diri....apa yang aku mampu cuma nescafe tarik yang aku buat sendiri....aku suka minum air buatan tangan sendiri selain air buatan tangan mama....kalau buatan rumah....


sudah pasti memenuhi kehendak dan spesifikasi yang ditetapkan selera sendiri....lain pula di kedai kedai....yang terjadi....yang sedap pasti mahal....yang kurang sedap pasti mahal juga dan ini situasi yang jemput suara celaka keluar dari mulut aku....
bukan sekadar celaka....ada lain lagi yang aku simpan dan tapis sebaik mungkin....

menyebut pasal kebebasan bersuara....mengkritik...memuji....dan lain lain perbuatan yang menonjolkan ekspresi seseorang terhadap suasana....memang kita bebas...tapi jangan lupa....ekspresi kita mencerminkan siapa kita....

jangankan kerana silap membalas....satu malaya pandang kita tiada siuman dan kesedaran...atau tiada deria peka pada suasana yang sepatutnya kita diam tapi nafsu bersuara kita turutkan.....ini akan menimbulkan kejengkelan pada mata awam....secara khusus dapat dikategorikan oleh pelancong asing sebagai "annoying"....

secara jujur aku tiada masalah dengan golongan ini selagi mereka tidak memporakperandakan mood aku dalam bersosial....cuma apabila golongan ini terlalu ramai....aku jadi makin gementar dan mahu angkat kaki dan lari masuk bilik sendiri dan kunci...

dalam suasana sebegini aku lagi rela jadi kaku menyendiri dari berkongsi suara dengan mereka untuk menyebarkan pencemaran bunyi.....jika dilihat pada potret potret lama aku ada jumpa orang orang sebegini....mahu ketawa kerana mungkin salah aku juga....tegur menegur itu amalan mulia....aku tahu secara teori tapi aku tak juruskan dalam amali harian aku....mungkin aku kurang pedoman untuk tegur cara hikmah dalam situasi macam ini....aku biarkan mereka dengan sikap lama....kadang aku buat bahasa badan kurang senang pada mereka...atau kadang aku terus hiraukan tanpa cerita...tapi keesokkanya perkara sama juga diulang....


aku jadi fikir aku rasa itu mungkin asal usul yang melengkapi susur galur dalam salur darah dalam badan mereka.....dalam bahasa mudahnya....sikap azali....mungkin bisa diubah atau ditransformasi....tapi empunya diri lebih tegar dan selesa dengan cara hidup sebegitu...aku biarkan dan aku hormat dalam beranjak selangkah demi selangkah...untuk tidak terlibat dalam rasa kurang senang yang dicetuskan mereka....


aku bukan bagus untuk kata maki mereka...jadi aku biarkan sahaja mereka dan menegur menggunakan bahasa badan yang aku rasa cukup mudah untuk ditangkap ekspresi aku sebagai tidak suka....ulang kembali....bahasa badan....bukan bahasa jari tengah.....


olah fakta biasa terjadi jika imaginasi juri juri pembaca tidak diletakkan hadnya pada sesuatu perkara....jadi salah interpretasi bisa timbul di kala mesej yang ingin disampaikan terolah oleh mata yang diserongkan pada kenegatifan unsur sesuatu ciptaan....

status cendiakiawan bukan lagi penghalang untuk dirobohkan kredibiltinya....memang tidak dinafikan perlu sekali ilmu ilmu untuk mengkaji kelemahan manusia untuk kemaslahatan semasa...tapi kajian ini telah dicodongkan oleh segelintir individu dari matlamat asalnya untuk sesuatu kepentingan....


natijahnya...planet hijau biru ini makin kusam warnanya dengan ketidakhadiran orang orang yang perlu menangkis falsafah kotor dari parasit yang mendiaminya....siapa pula kita??...parasit atau virus atau antonim pada parasit....kita cermin diri dan muhasabah....pergi jauh mana kebaikkan mampu bawa kita....sudah pasti ke syurga destinasi akhir dalam GPS kita....kembali kepada minda dan pemikiran yang berlandaskan syariat yang ditetapkan....memang bukan benda mudah....tapi ia sesuatu yang indah...jika dipraktikkan dengan keikhlasan....

Tiada ulasan: