TEST

Assalamualaikum....

Berborak pasal ujian...aku jadi gentar lihat ujian yang turun pada rakan rakan....sudah pasti aku bersyukur meninggi kerana bukan aku dilantik menggalas ujian yang aku tak mampu laksanakan....benar sekali....Alkhaliq itu maha adil dan mengenali setiap hambanya...meletakkan sesuatu pada tempatnya....Dia meletakkan aku pada satu kawasan yang aku boleh berdiri duduk dan makan....menghadiahkan aku teman teman yang bisa menghulur tangan saat aku memerlukan....menghadiahkan keluarga yang membantu aku berjalan jalan...

aku jadi fikir ini hadiah dalam pakej ujian....kerana aku tahu akan mereka semua...dan semua benda akan satu hari nanti hilang...dan aku jadi satu tubuh yang akan seorang...akan dipersoalkan kelakuan dan tanggungjawab pada alam....ini satu bentuk ujian juga bagi aku....jika dikira pada tahap perlaksanaan... aku sendiri tahu belum selesai....andai selesai sekali mungkin datang lagi yang lain untuk aku sudahkan dan selesaikan dengan dedikasi dan berhemah tinggi...tapi aku pernah sekali terfikir....kenapa orang lain bisa mudah memandu motokar besar kegemaran mereka dan menjadi perhatian semesta....lantas aku simpulkan mungkin itu juga ujian bagi orang itu....


Allah mahu menguji tahap dan taraf ketakburan riak dan bongkak yang mungkin akan mereka pamerkan berdasarkan pencapaian duniawi mereka....tapi ramai juga yang kata itu berkat hasil usaha kesabaran jerih payah mereka mengharungi dunia....ya...orang berusaha pasti berjaya....tapi apa yang aku takutkan adalah kejayaan yang bisa membuat diri jadi lupa pada pencipta....diri jadi riak dan menganggap kejayaan sepenuhnya bergantung pada usaha....walhal semua yang terjadi adalah berpandu sepenuhnya pada keizinan Tuhan untuk menjadikan sesuatu.....tidak perlu keliru pada situasi....tapi Tuhan janjikan sesuatu yang diusahakan bersungguh sungguh pasti membuahkan hasil mahsul yang bisa memuaskan....itu aku lihat sendiri pada pencapaian aku sebelum ini....tapi pada hakikat....aku tetap mengharap agar suatu hari nanti dengan keredhaan Tuhan aku dapat mencapai pencapaian duniawi dan ukhrawi yang boleh dibanggakan....

macam apa yang pernah berlaku pada diri aku...agak kerap juga....mungkin kalian juga pernah....berhasil memperoleh sesuatu yang besar daripada usaha yang kecil....jadi aku tetapkan doa agar segala usaha aku dipermudahkan tuhan.....agar aku bisa mencapai apa yang setiap orang inginkan....disamping di dalam hati tetap berdoa dan tak pernah putus dipermudahkan kehidupan...dimuliakan waktu kematian....dilimpahkan rahmat dan keredhaan...siapa yang tidak mahu semua itu??...sejahat jahat manusia pasti mahu masuk syurga bukan?...walau usaha yang kecil....jika diiringgi dengan doa...sudah cukup untuk membina sebuah empayar kegembiraan...


kerana Tuhan itu maha mengkabulkan dan maha mengasihani....alhamdulillah....ucapkan pada rezeki untuk hari ini....dan doa mintak lagi dan dengan versi yang diredhaiNya untuk lain kali......insyaallah....pasti bahagia....sebab keajaiban doa itu tak dapat dihurai dengan kata kata....jadi tak salah rasa nya aku turut berdoa ...."Ya Allah...aku mohon andai tidak tercatat dalam senarai rezekiku seorang isteri yang soleha....kau tuliskan lah untuk ku seorang isteri yang solehah yang mampu memandu aku menemui Mu".....jika tidak dikabulkan permintaan ini mungkin aku telah diaturkan oleh Tuhan untuk memandu isteriku yang kurang solehah...atau mungkin pada mata aku isteriku nanti kurang solehah...walhal makam beliau lagi tinggi darjatnya dari aku....kerana aku yakin....Allah beri apa yang kita perlu....bukan mengikut kehendak kita....wallahu a'lam......

1 ulasan:

beloglala~ berkata...

hahahaha~~
zi~~
aku pon nak doa gak
*mogemoge dapat suami solehah
eh eh soleh~hahahhaa
dan kalau x dapat tidak mengapa..ini mungkin kerana aku lebih solehah dr suami aku
HAHAHA~
apepon aku nk doakan jugak supaya kaw doakan aku..
hahahahha
saling support menyupport~
HAHAHAHHA~~
zi..aku ade cite bes..hahaha
ym aku kalau ko on9
HAHAHA~~