MASA DEPAN MEREKA

asalamualaikum....
ke hadapan tuan pengarah filem....

saya baru selesai menonton filem arahan tuan yang baru ini....memang bagus....padat sendat dan fully loaded dengan pengajaran yang tersirat....secara jujur saya lihat filem ini typical dengan mana mana filem lain yang memaparkan kisah hidup remaja dan pergaulan bebas yang sedang berleluasa di negara malaysia ini....

mungkin ini unsur yang cuba tuan ketengahkan dengan memaparkan adegan adegan bercumbuan....yang dibintangi pelakon pelakon melayu islam yang memang sah tengah tengah nama mereka ada kalimah bin...yang menunjukkan mereka saudara seagama osama bin laden....owh....mungkin tiada kaitan....tapi apa yang cuba di high-lite di sini ialah adegan adegan yang ada dalam filem arahan tuan....dilaksanakan dengan jaya dan tanpa segan oleh orang islam....memang mesej yang cuba tuan sampaikan memang kena tepat pada dahi dahi remaja zaman sekarang....memang murni sekali nilai moral yang tuan cuba ketengahkan....membenarkan pelakon pelakon yang diupah tuan untuk memanfaatkan peluang dengan bercumbuan....dalam istilah lain tuan memberikan lesen kepada mereka untuk bercumbuan di hadapan kamera dan dipertontonkan di kahlayak awam....pasti keuntungan yang diperoleh tuan setimpal dengan usaha yang tuan telah lakukan....tahniah sekali lagi....


akan tetapi....apa yang saya lihat di sini adalah konsep matlamat menghalalkan cara telah digunapakai meluasnya dalam filem tuan....kenapa tidak sahaja tuan mengarah filem pornografi melayu.....mungkin keuntungannya berlipat kali ganda....di sini...saya mula mempersoalkan pihak pihak berwajib untuk membuka mata...tapi mereka pergi mana ye agaknya??....saya pun tak tahu la....saya rasa negara kita nie...dalam setiap negeri ada orang orang yang patut mengawal gejala gejala ini....tapi lepas pula dipertontonkan adegan minum arak lah....bercumbuan la....melagakan bibir di pipi....haha....cukup membuatkan orang jadi berahi....ah....itu soal lain.....soalnya sekarang....walaupun telah ada sistem rancangan macam 18sx...18sg...dan banyak lagi....mungkin mampu menghalang la budak budak kecil dari menonton filem filem yang macam tuan arahkan....mungkin mampu menghalang....dengan kawalan dari ibu bapa mereka....tapi kalau ibu bapa mereka telah pergi kerja....dan rumah mereka jadi line clear...mereka akan mula menelefon kawan kawan yang sebaya sambil menyuruh kawan kawan mereka membeli pop corn....rokok dunhill 14 dan apa apa lagi yang patut....untuk datang ke rumah yang line clear itu....untuk sama sama menonton filem filem sebegitu.....ah....jika ditemubual orang indonesia yang berkerja di malaysia....pasti mereka bilang....OOoops....pasti mereka kata...."ah...video porno...cara memperoleh di malaysia gampang aja sih....lho...sedangkan ya sesetengah filem malaysia itu juga kaya dengan adegan semi-porno...".....haha....ini mereka kata....

soalnya di sini....jika telah dilabel dengan label label had umur seperti itu.....saya  jadi musykil...agaknya tak dosa ke pelakon palakon islam itu pegang pegang dengan niat menyeru kebaikkan.....mungkin ini yang terjadi bila taktik telah kontang.....dan modal telah kehabisan....yang difikirkan adalah jalan mudah....dan jalan mudah yang membawa duit cepat....lalu dipertontonkan lah kepada umum......

dengan harapan dapat mengaut keuntungan box office....tapi sebaliknya yang berlaku....dan saya sangat pasti tuan begitu marah bila ada melayu yang tidak menyokong industri perfileman tempatan....tapi tuan sendiri menyajikan sesuatu yang saya rasa tak perlu disokong....dan saya faham kerja mengarah filem bukan sesuatu yang mudah....jika hasil kerja tidak membawa pulangan yang memuaskan....pasti hati akan rasa sakit.....tapi ironinya....idea adegan adegan bebas itu saya rasa tak perlu dipertontonkan 8 juta kali....sebab filem yang sebelum tuan pun dah ada dah adegan adegan macam itu....penonton sendiri tahu apa yang berlaku....tak perlu diketengahkan lagi realiti sampai terpaksa membuatkan pelakon pelakon tuan beraksi separuh bogel dan macam macam....ia seakan satu keunikkan dari plagiarism...dan sememangnya keunikkan dari plagiarism itu telah pudar....tapi tetap dicanang pada arena kegemilangan perfileman......dan mengharap sokongan dari masyarakat......jika diketawakan...itu bukan salah orang orang tempatan....tapi berpunca dari kelemahan yang diulang ulang tanpa sebarang pembaikan....

sekian.....
penganalisis tak bertauliah....
tidak perlu diambil kisah pandangan
dari sesuatu yang sekadar tulisan di waktu bosan....

2 ulasan:

belog berkata...

cerita ape zi??jalang kah?

rhazes mohamad berkata...

haha....banyak kot...selidik jer satu2....mual aku dengan teleprompter yang sama....