SUARA INTELEKTUAL

Jarang dah aku tulis tulis pada ruangan ini...sebab banyak halangan sedang aku kerjakan...jadi aku tumpukan perhatian aku pada hidup yang sedang kucar kacir...ada juga sekali dua aku keluar hilangkan resah....bila balik....berhadapan lagi dengan situasi yang aku tak tahu bila entah akan jadi selesa...ah...aku tulis ini bukan mahu bualkan hidup aku....bimbang disalaherti menagih simpati...
Jadi tukar corak pada isu semasa....alfatihah untuk sultan johor yang mangkat baru baru ini...tapi ada juga komplikasi yang berlaku lepas kemangkatan beliau...membabitkan pendapat segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan suasana agaknya.....jadi dituliskan lah oleh mereka perihal ketidakpuasan hati mereka....dan malangnya....tindakkan mereka sekaligus melanggar sensitiviti pihak yang lain pula....ini yang terjadi bila bebal sudah meningkat tinggi dalam diri diri yang rasa mereka sudah cukup bagus untuk bersuara tanpa mempertimbangkan akibat yang bakal menimpa....
Dalam situasi macam ini kita seharusnya diam dan tidak menyatakan ketidakpuasan hati yang melanggar batas sensitiviti (jika ada)....kerana kita bukan siapa siapa untuk melabel pihak yang lain...jadi kepada mereka yang berhasrat untuk meraih populariti dengan cara cara bebal sebegini....anda dinasihatkan berhenti dari meneruskan....kerana kelak binasa badan...sudahlah dibenci masyarakat...kena tangkap polis lagi....punah masa depan....
Ada pula pihak yang kontra dengan pihak yang lantang ini....entah untuk kepentingan apa diperpanjangkan....atau mungkin sekali benar benar tertusuk dengan kalimat kalimat lantang tersebut...atau ada objektif hasad yang dipandu kemas oleh syaitannirrojim yang dengki dengan populariti si lantang ini....mengutuk mencerca murka dan apa apa sahaja respon kurang senang mereka diberikan kepada si lantang tersebut....
Itu sketsa mereka yang kononnya lantang menyuarakan pendapat dan si kontranya....seharusnya mereka menggunakan konsep yang lebih berhikmah dan bersopan dalam segala aspek....jangan dijolok sarang tebuan lah senang cerita....
Sebut pasal pendapat pendapat bebal....biasanya ia disuarakan oleh orang yang berlagak tahu semua perkara....ada juga dari kalangan yang cepat melatah yang tidak menyiasat dahulu hingga ke akar umbi tentang isi perkara yang sedang berlaku...tapi terus menghentam keromo menyumpah seranah sampai tempias air ludah....
Biasanya mereka ini kalau lepak dikedai kopi memang kuat suaranya dan gaya ceritanya kalau boleh mahu mengambil perhatian seisi kedai kopi....dari pandangan sinis dan persepsi jahat aku....mereka ini mahu dilihat sebagai intelektual yang boleh diharap....ada juga dua tiga dari kerabat aku yang bersikap sebegini....jadi bila berhadapan dengan orang orang ini aku selesa untuk diam...sebab kalau aku campur tangan perdebatan yang memualkan akan terjadi....
Biasanya juga sumber sumber maklumat dari cerita yang mereka sampaikan adalah pudar atau dipetik dari bacaan bacaan yang tidak up to date....penyudahnya bila dikaji semula cakap cakap mereka hanyalah omong kosong....jadi aku dermakan telinga untuk mendengar sambil menapis input input yang boleh dipercayai dan digunapakai sambil berlakon takjub dengan ilmu ilmu didada mereka.....
Mereka juga didorong oleh aspek ingin dipandang tinggi....ingin dipandang berani....jadi dalam mencapai matlamat mereka....mereka lupa untuk mengkaji tindak tanduk yang relevan untuk mengejar cita cita mereka.....
Ada sesetengah dari mereka yang suka menasihati orang lain dan menegur kesilapan orang lain....perkara ini secara teknikalnya memang lah murni....tapi bila tukang penasihat sendiri dua kali lima....berapa peratus keberkesanan nasihat mereka??....macam situasi seorang cikgu sekolah menengah berdiri di hadapan perhimpunan sambil berucap melarang pelajar pelajar menghisap rokok...tapi cikgu itu sendiri seorang perokok...tak ke macam badut....
Memang benar agama islam itu nasihat....tapi perlulah bagi kita memperbetulkan diri kita dahulu sebelum membetulkan orang lain....tindakkan ini jika tidak diaplikasi....kelak akan dicerca dan dibenci orang kanan kiri.....perbuatan baik kita....jika berjaya mempengaruhi orang lain untuk turut berbuat baik.....bagi aku itu juga dikategorikan sebagai nasihat batin....nasihat batin biasanya berpotensi untuk kekal berkesan jika dinaungi dengan kasih sayang dan hubungan baik sesama insan...seperti yang mat saleh selalu kata....action speak louder than words....jadi tak perlulah mengada ngada menjerit jerit di kedai kopi untuk menjaja hujah bagi membolehkan orang lain memandang kita tinggi....cukup jika dipandang tinggi oleh allah azza wajalla....
Wallahu a’lam....

Tiada ulasan: