MATA KANAK KANAK

asalamualaikum....
alhamdulillah....semua ok....tapi aku bosan.....malas pula nak taip panjang panjang.....tapi aku sedar ini bukan twitter untuk taip pendek pendek......jadi aku cuba tulis ala kadar......jadi aku cuba ceritakan kisah tragik seorang budak kecil yang baru mahu mengenal hakikat perbezaan suatu masa dahulu.......

latar masa lebih kurang sewaktu kanak kanak ini berumur  8 tahun lebih kurang......berlaku pada bulan ramadhan.......pada umur sekitar ini memang seseorang individu sedang berada di peringkat baru mahu belajar itu dan ini....jadi bagi kanak kanak ini kesilapan kecil adalah benda biasa......

mungkin dikaburi oleh kekeliruan dan mendapat permintaan yang terlalu mendesak dari ibu bapa......kekeliruan bermula di waktu tengahari yang terik dan gersang....pada peringkat ini....kanak kanak tersebut baru berjinak jinak dengan menahan diri dari lapar dan dahaga di siang hari........ditambah pula dengan rasa lapar dan dahaga diiringi bisikan halus nafsu......memang pakej lengkap untuk berlaku sebarang ketidakfahaman dan kekeliruan.......

untuk memendekkan cerita.....ibu bapa kanak kanak ini sedang menyediakan juadah berbuka puasa dalam kuantiti yang banyak.......sejajar dengan tradisi masyarakat jawa di kejiranan kanak kanak ini.....tradisi ini juga dikenali sebagai munjung.......di mana pertukaran juadah berbuka puasa sesama saudara mara dan jiran terdekat.........untuk menyediakan juadah dalam kuantiti yang banyak....maka bahan mentah yang diperlukan adalah dalam jumlah yang banyak juga.......

maka antara bahan mentah yang diperlukan adalah serai, kelapa, santan, daun kunyit, dan bahan bahan lain untuk membuat rendang........antara bahan bahan di atas.....yang memberi kesan besar dalam hidup kanak kanak ini adalah serai.......seperti kanak kanak lain......kanak kanak ini amat benci memetik serai......kerana miang yang boleh melekat di lengan tatkala proses memetik serai berjalan........

dan malang bagi kanak kanak ini apabila diarahkan oleh bapanya untuk memetik serai di hadapan rumah makcik nya yang terletak beberapa ratus meter dari kediamannya......di bawah terik mentari yang menyinar penuh gersang......tatkala kehausan dan kelaparan yang menghambat rasa kanak kanak ini.......beliau terpaksa akur dengan perintah bapanya.......bimbang akan berbuka puasa dengan air mata dan penangan backhand tegas bapanya.......

dikayuhnya basikal mountain bike miliknya ke rumah makciknya.....dengan hati yang tidak ikhlas sambil terselit kemas pisau dapur milik ibunya di bawah tempat duduk basikal beliau.......beliau memulakan operasi mencabut serai dengan hati yang memberontak dan tiada langsung unsur keikhlasan dalam hati......dalam hatinya penuh terisi keluhan keluhan meratap nasibnya yang malang.......beliau merasakan perintah ayahnya lebih berbaur ugutan dari arahan.....

sampai suatu masa tiba tiba beliau terlihat serumpun serai yang besar dan beliau terfikir......kalau diambil saja serai yang besar ini untuk dibawa pulang....tak perlulah beliau mencabut serai berulang kali dan menghabiskan masa yang sepatutnya digunakan untuk baring baring di rumah......akal beliau tiba tiba memanjang......tanpa memikirkan rasional dan relevannya tindakkan beliau........beliau terus mencabut rumpun serai yang besar itu......

dengan hati yang gembira dan yakin.....beliau terus pulang ke rumah dan begitu yakin menghulurkan rumpun serai yang besar itu kepada ibunya yang sedang sibuk memasak di dapur......ayahnya yang menyedari kehadiran anaknya di rumah dalam masa yang begitu singkat terus curiga.......setelah membelek rumpun serai besar yang dibawa anaknya......si ayah terus meminta pisau dapur yang dibawa anaknya sebentar tadi......dengan gaya yang tidak puas hati.......

selepas mendapat pisau tersebut......si ayah tanpa banyak bicara terus menghidupkan enjin motor dan meninggalkan anaknya terpinga pinga.......kanak kanak itu tidak puas hati dengan perlakuan ayahnya.....maka ditanya pada si ibu.....apakah masalah yang mengganggu ayahnya........

si ibu dengan penuh dedikasi dan saksama melantunkan jawapan.......

"nak.....ini bukan serai....orang panggil ini anak pokok tebu.......yang kau pergi cabut buat apa......
menjawablah kau dengan makcik kau nanti"

si anak menyesal dengan kekeliruan dan sifat tidak ikhlas dalam melaksanakan perintah ayahnya......kini beliau lebih mengerti hakikat keikhlasan adalah kunci kecemelangan di masa hadapan.....


identiti kanak kanak ini jangan pernah ditanya siapa gerangannya.....ia sensitif dan nostalgik
anak pokok tebu dan serai memang tak jauh beza....sila bersetuju dengan kenyataan ini.....
sub-topik suaikan @ padankan dalam subjek tadika dulu langsung tak membantu dalam kemahiran critical thinking aku dalam kes ini.....sistem itu aku rasa harus dikaji implementasinya....kalau boleh....perlu dirombak....

3 ulasan:

azian azman berkata...

uik sama ke 2-2..x penah tau pun..

rhazes mohamad berkata...

tak sama sebenarnya....boleh menaikkan darah seorang ayah yang sedang berpuasa....jadi hati hati

Tanpa Nama berkata...

aha lawak sungguh 'karangan' anda ini..hihihi
err xsgke pulak pokok tebu ngan serai lebih kurang je..btw, isu ikhlas yg mnjadi tarikan..bila buat sumthg xikhlas, maka susah untuk kita mencapai ape yg kite nk..kan2..huu

-nurhafizy-