WIBAWA

Dalam perjalanan pulang dari fakulti tadi.....aku telah dihidangkan oleh tuhan hujan gerimis yang buat aku rasa mahukan sebuah motokar.....lantas aku tepis keinginan setelah mengukur baju di badan sendiri....aku bukan mampu nak bayar bulan bulan....jadi aku condongkan pemikiran kepada masalah Negara yang kian runcing dewasa kini.....antara yang menjadi topik hangat dalam kepala otak aku sehingga mendorong aku untuk menuliskan beberapa buah fikiran yang sempat terlintas dalam perjalanan tadi ialah.....kepimpinan dan ketokohan seorang pemimpin.....


Memang sedia maklum.....budaya mencaci dan memaki pemimpin di dalam blog atau di mana mana laman sesawang kini semakin popular....antara tokoh keparat yang terlibat adalah boleh google rasanya....cari sendiri ya.....yang cuba aku ketengahkan adalah corak pemikiran dan budaya mencemuh pemimpin adalah tidak wajar bagi kita sebagai seorang rakyat.......


Dari segi logik dan menurut pertimbangan akal....adalah sesuatu yang amat sukar dipraktikkan [sebagai contoh] bagi seorang pengundi barisan nasional mendoakan kewibawaan dan kepimpinan seorang pemimpin dari pakatan pembangkangnya.....padahal itu adalah dituntut dalam agama islam.....iaitu seorang rakyat haruslah patuh dan mendoakan pemimpinnya....


Suka aku ingatkan di sini bahawa para pemimpin yang bijaksana ini juga berketurunan manusia.....datang dari pancaran air mani yang hina dan membesar jadi orang besar dan berpangkat.....mungkin takdir jalan hidupnya menjadi individu yang bakal dipersoalkan di alam barzakh.....


Sebagai contoh yang lain aku lihat gejala menyunting gambar Najib menjadi gambar gambar yang tidak semenggah.....memang aku mahu tanya siapa yang bermurah hati menyedekahkan pahala kepada beliau dengan mudah?...kalau perbuatan itu bukan dosa habis apa?....selain itu aku lihat gambar Rosmah Mansur digubah menjadi gambar wanita menari tiang.....ah!....itu apa yang aku lihat.....gambar Nik Aziz...gambar Anwar.....gambar banyak lagi.....OMG.....


Tapi menurut apa yang aku faham adalah.....kita wajar mendoakan mereka menjadi lebih berwibawa.....mungkin ini sukar diterima bagi mereka mereka yang fanatik pada parti masing masing....tapi kau orang ada pernah fikir semakin besar tanggungjawab makin besar kelemahan terdedah....semakin besar dugaan semakin besar syaitan yang mendampingi mereka.....sampai salah kecil pun boleh dilabel besar......macam video klip Pak Lah gagap yang boleh ditonton di youtube.....


Kenapa tidak didoakan sahaja suatu hari nanti Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Tun Mahathir, dan ramai lagi tokoh melayu islam yang daripada fahaman politik yang berbeza datang untuk duduk satu meja....berdiskusi dan menyatukan ideologi, mereka saling bertolak ansur dan merendahkan ego tanpa mengurangkan sedikit pun kredibiliti....agar dapat memacu Malaysia kearah kegemilangan......


Secara jujur.....aku suka pemikiran Tun Mahathir dan skil beliau....dalam pada masa yang sama aku kagum pada zuhud Nik Aziz.....manakala aku respek sama pengaruh diri yang berjaya diluaskan Anwar.....mereka hebat.....dengan doa dari kita....tidak mustahil....suatu hari nanti kita akan jadi rakyat yang hebat....insyaallah.....bukannya caci maki kerana berpegang pada fahaman yang berbeza....itu aku rasa perbuatan bangang dan cilake.....


Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya
An Nisaa :59

Tiada ulasan: