KIDS TODAY

"aku rasa kita patut buat court badminton la.."

Beliau memulakan dialog berbaur cadangan...memang kami kerap diganggu sewaktu bermain badminton...raut tension jelas terukir di wajah beliau..semua bahana pekerja asing yang kerap lalu lalang di hadapan rosiddin mansion setiap petang...dan kebetulan kami menggunakan laluan rasmi ke rosiddin mansion sebagai court sementara...jadi apabila pekerja asing yang baru pulang dari kilang berhampiran rosiddin mansion..mereka bersaing lagak kereta kebal amerika merempuh afghanistan...jadi kami terpaksa beralah dengan menjeda permainan...ada sekali...dek kerana menjeda permainan demi memberi laluan pada gerombolan bangladesh...kami terlupa jumlah mata yang telah berjaya aku kumpul...ini memang rutin petang hujung minggu aku...bersukan...walau terpaksa berhadapan dengan lawan yang masih mentah...ia mengajar aku erti sabar melayan kerenah keluarga...sekaligus membimbing naluri seorang ayah untuk mekar dalam diri aku....

"ko nak buat apa dengan court...main pun bukan terer sangat...asyik kalah jea...lagipun nak buat court kat mana...mana ada tanah lapang..."...

Aku membidas cadangan pelik beliau dengan hujah hujah konkrit..dengan harapan beliau dapat jadi matang sebelum mengutarakan sebarang idea di masa hadapan...itu yang biasa aku lakukan di kala beliau selalu mencadangkan sesuatu yang di luar kemampuan kami...tapi kali itu aku sengaja memberi sedikit ruang untuk beliau mempamerkan kebolehan berfikir secara kritikal beliau...

"kita buat je kat depan nie...kat depan nie luas jugak...kita spray...buat garis..."

Cadang beliau sambil mengarahkan jari telunjuk di halaman rosiddin mansion yang seluas kangkang kera...

Memang amat mustahil...separuh gelangang pun tak akan dapat di bina di tapak laman rosiddin mansion...di samping...tuan rumah...en.rosiddin pasti naik angin melihat garis garis aneh seperti kawasan persinggahan makhluk asing yang tiba tiba muncul di laman itu...

"kau bukan terer pun...kita main tepi jalan ni pun aku yang selalu menang...tak payah la nak pakai court bagai..."

Balas aku dengan hujah yang sarat dengan rasa merendahkan moral dan semangat beliau...memang aku sengaja malas nak layan...bimbang aku juga turut terpengaruh dengan ideologi kurang matang seperti itu...

"nanti aku boleh berlatih la..sampai terrer...sampai aku boleh kalahkan kau..."

Azam beliau meninggi...

"kau nak berlatih dengan siapa?...tak payah nak poyo la..."

Aku meruntuhkan azam beliau...

"tok dalang ada..."

Jawab beliau

"siapa tok dalang?.."
Aku jadi hairan...

"tok dalang la..."

Aku mencarut tenang dalam hati...terus aku gagahkan kaki masuk ke dalam rosiddin mansion... Dengan perasaan yang bercampur aduk...sambil berfikir...sudah sampai masa untuk mencatu siaran kartun untuk beliau...

Pernah juga beliau bertanya kepada mama...kenapa tidak dihantar ke tadika bersama upin ipin...beliau ingin sekelas dengan upin ipin...tapi malang...soalan itu disambut kemas oleh kami sekeluarga dengan hilai tawa...

3 ulasan:

Asma' Ahmad berkata...

haha! tok dalang dlam upin ipin tu ke radz? pengaruh kuat betul.. mcm hidup jek sume watak2 tu dlm realiti ye? dulu zmn kita, katun apa yang pengaruh kuat? aha, dragon ball mungkin kan? ;)

~roslinda~ berkata...

sekaligus membimbing naluri seorang ayah untuk mekar dalam diri aku....

gile arh ayat ni!
salute!
hahaha
suke kan buat ayat puitis~haha
tok dalang?
hahahah
at0k 0o0o0o at0k~bak kte dania ;)

rhazes mohamad berkata...

ini la pengaruh kartun..sila pantau kanak kanak di sekeliling anda..
Semakin runcing masalah ini..huhu