POINT OF VIEW

Asalamualaikum...
bismillahirrahmanirrahim...

saya menulis ini dengan jiwa yang terbuka dan cuba menghadami setiap senario yang sedang berlaku di mana umat islam sekarang sedang dihidangkan dengan layanan yang agak kurang ajar dari musuh musuh yang cuba memperkotak katik ajaran murni islam......

bagi yang mempunyai akaun facebook anda tentu pernah terdedah dengan "draw Muhammad day" dan juga logo pada kasut jenama crocs yang seakan akan menyerupai kalimah Allah...... ramai dari antara kita yang menjadi marah dan melenting bila perkara sebegini berlaku......ada yang mencadangkan boikot besar besaran.....ada yang bertindak menutup terus akaun facebook dan laman laman sosial yang lain......

ada pula yang meletakkan status berbunyi begini :

When u attack Black people,they call it
racism. When u attack Jewish,they call it anti-semetism. When u attack
women,they call it sexism. When u attack homosexuality,they call it
intolerance. When u attack a Country,they call it treason. When u
attack a religious sect,they call it hate. But when they attack the
...Prophet Mohammed, they call it freedom of speech? It doesn't make sense
(make it your status if you care)
status itu memang stylo....siapa yang dapat ilham nak reka status itu memang kreatif.....tak sia sia belajar mengarang di sekolah....

tapi tuan tuan dan puan puan yang saya kasihi....sedarkah kita.....bahawa kita sedang dicucuk dengan mainan psikologi yang dilancarkan oleh musuh musuh islam.....

kalau kita buka semula lipatan sirah Rasullullah s.a.w......kita akan dapati bahawa baginda telah pun menghadapai musuh musuh islam yang lebih celaka perangainya terhadap islam......

sebagai contoh ketika hijrah pertama baginda ke taif.....baginda telah dihalau dan dilempar dengan batu hingga tercedera........

selain itu.....terdapat juga banyak hak islam yang telah dilanggar oleh musuh islam sewenang wenangnya di zaman sekarang......ada sesetengah yang telah dilanggar oleh orang islam sendiri......umpamanya.....meminum arak secara terang terangan atau sembunyi.....mengabaikan solat.....tak puasa......dan murtad.......itu belum kita ungkit kes murtad lina joy yang dibela oleh peguam beragama islam.......itu cerita lama....pergi lah google dah ada banyak sumber di sana......

jadi bila pencabulan hak itu dilakukan sendiri oleh orang islam.....maka lagi mudah lah bagi orang kafir untuk memperkotak katik dan memperbudakkan agama islam........

bukan ingin mencari punca kesalahan pada diri sendiri.....tetapi jika kita selidiki dan meneliti senario yang terpampang dewasa kini.......memang kita boleh dijadikan antara sebab terjadi perkara sebegini......

tapi ingin juga saya ingatkan di sini.....tidak semestinya kekecohan ini berpunca dari mereka yang bernama musuh musuh islam.......

sebagai contoh ada juga individu dari golongan islam sendiri yang taksub dengan perkara perkara sebegini.....contohnya taksub mencari kalimah allah pada ikan lah.....pada udang dan pokok pokok.......

ada juga segelintir yang mencuba sedaya upaya untuk menyamakan corak corak pada badan haiwan kulit kulit pokok dan sebagainya dengan kalimah Allah.......walaupun pada hakikatnya langsung tak sama pun......

macam pada gambar di bawah


pemilik gambar mencuba sedaya upaya menyumbatkan huruf alif pada kepala buaya di logo kasut crocs tersebut.......sedangkan budak darjah satu pun sedia maklum bahawa kalimah Allah terdiri dari lima huruf......

terdapat juga usaha "work hard" yang lain yang boleh dilihat pada gambar gambar ajaib yang boleh digoogle.....ada yang sampai tahap celaka sanggup mengolah sesuatu gambar itu agar menyerupai sesuatu bentuk bentuk yang mereka dakwa sebagai kebesaran Ilahi yang harus diinsafi......

diingatkan di sini .....kebesaran Ilahi itu tidak terbatas pada kejadian kejadian pelik sahaja di muka bumi dan gambar........bukan tiada.......ianya memang ada.......berdasarkan ayat.....


“Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar. 
[41:53]

akan tetapi jika di teliti pada ayat yang sama di atas....... banyak lagi tanda kebesaran Ilahi yang ada.....sehingga pada diri kita sendiri pun ada......sehingga jelas pada kita bahawa agama yang kita sedang anuti ini adalah sebenar benar agama........

jadi apa yang perlu kita lakukan di sini ialah kita harus melapangkan dan tidak membataskan minda kita untuk mempercayai sesuatu berdasarkan keajaiban sahaja.......kita haruslah mendalami motif sebenar dalam setiap kaifiat yang diajarkan dalam agama.......

sebagai contoh ibadah solat......ia nampak seperti remeh bagi sesetengah orang......bila dewasa kini kita biasa memerhatikan orang islam sendiri meninggalkan solat......tapi....bagi yang mengetahui dan menjalankan kajian dan pemerhatian ......solat merupakan sesuatu yang ajaib dan tersembunyi bermacam macam rahsia di dalamnya.......maka beruntunglah orang yang mengetahui........sejajar dengan darjatnya iaitu solat merupakan amalan utama yang dihisab oleh Allah.......

jika kita ingin mencari keajaiban dalam setiap sesuatu di muka bumi.......ia takkan pernah habis.....kerana jumlahnya memang tidak terhitung.......Allah menjadikan sesuatu itu tidak dengan sia sia belaka.......ia pasti disertai dengan keajaiban......selebihnya terserah kepada kita untuk membuka atau menutup hati......

kita tidak seharusnya mempercayai bulat bulat akan gambar gambar yang didakwa merupakan tanda kebesaran Ilahi......

sebagai perbandingan......imej di atas telah disahkan sahih dan tiada olahan.....[kalau ada sumber lain sila betulkan].......kita seharusnya menjadikan fenomena ajaib yang ada di muka bumi ini sebagai salah satu punca untuk kita mengisafi diri.......bukan menjadi taksub dan jumud dalam menilai sesuatu dengan sesuatu......dan akhirnya menjadikan kita jauh lebih sesat......Wallahu a'lam



PS : 
SEGALA YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH....DAN YANG BURUK ITU DATANG DARI SAYA  ---------->FRASA STANDARD SELEPAS CERAMAH

3 ulasan:

Hanisah Safian berkata...

salam singgah! :)

blast entry~.baru je baca pasal kasut getah lembut-lembut ni kat internet. :P

kalau perasan,sekarang mmg kecoh pasal benda ni kan? sampai ada seorang blogger nak buang kasut crocs ori dia.kehkehkeh :D

rhazes mohamad berkata...

haha....itulah pasal.....macam macam orang nak buat lepas tahu benda nie

Oong-ong berkata...

ramai gak wt emtry pasal bende ni..