CERITERA SITUASI SUATU HARI

assalamualaikum...

Pukul 0716.
matahari mula menyetubuhi bumi. Pada detik ini lampu kalimantang masih perlu berkhidmat,untuk elak komplikasi negatif pada mata. Warga bangladesh mengambil kesempatan cuti umum nuzul Quran ini untuk ke pasar depan, letaknya lebih kurang beberapa minit berjalan.

Pagi pagi lagi dah mula borak besar besar. Bagi semua orang dengar, aku belum tidur lagi dari malam tadi. Jadi tak aku tak kisah sangat kalau mereka nak jerit jerit macam kena histeria. Sebab aku takkan susah.

Burung burung mula borak borak riak pasal persediaan hari raya yang tak lama lagi - baju warna apa langsir warna apa - kecoh.

Butang spacebar aku rosak. Susah betul nak taip taip, tapi aku tak kisah. Masih boleh guna lagi, buat apa nak sedih sedih - hargai.

Sebab bosan yang terasa banyak kali, kadang aku tukar tukar warna layout blog. Jadi sebabnya tak perlu di-kenapa-kan.-bosan.

Semalam petang.
Ada tupai yang pandai melompat jatuh ke tanah. Saksi memberitahu, beliau terkena renjatan elektrik sewaktu menggunakan jalan pintas untuk ke pokok lain. Polis masih siasat hal ini, ada unsur unsur cubaan membunuh diri. Tapi beliau bernasib baik, cuma kaki belakangnya sahaja yang gagal berfungsi.

Pergerakkan beliau terbatas sewaktu aku menziarahi beliau selepas dilaporkan mama. Aku bergegas ke tempat jatuh tupai, betul betul bawah tiang elektrik yang menjadi punca kemalangan tersebut. Aku dapati kaki belakang beliau sudah mula dikerumuni kerengga haloba tak puasa.

Mujur ayah sempat mengeluarkan senjata hikmat warisan keluaran syarikat apa entah-Ridsect- procter and gamble barangkali. Ah!, apa aku peduli. Mesejnya di sini ayah dan Ridsect memang intim, dari zaman awal kahwin dulu menurut mama. Digunakan senjata itu untuk menjamin keselesaan tupai cedera tersebut.-lagak macam paramedik.

Semburan mesra ayah dari kaki belakang tupai sampai ke ekor membuatkan tupai terganggu dengan bau Ridsect, tapi malang sungguh. Dek kerana tangan yang pendek serba kekurangan beliau membiarkan aroma Ridsect memenuhi ruangan paru paru sekaligus menganggu proses repirasi beliau.

Sewaktu lawatan aku, tupai beria ia mahu lari menyelamatkan diri, tak ubah macam seorang pesakit strok yang cuba bangkit selepas jatuh dari katil . Trauma dengan ayah barangkali, aku turut merasa tempiasnya.

Malam tadi.
Aku cari balik tupai pandai tersebut,sudah lepas waktu iftar, tiba tiba teringat nasib sang tupai, dengan apa agaknya beliau iftar dalam keadaan daif sedemikian.-Hilang, yang tinggal cuma foto yang sempat aku rakam.

Gusar aku, jauh mana sangat seekor tupai strok mampu pergi. Tapi pencarian aku tak berhasil beliau gagal dikesan

Jadi kalian yang terserempak dengan Sang Tupai, atau nama panggilannya Joan Brickman VIII, harap dapat menyuruh beliau pulang ke Meru semula. 






Joan Brickman VIII ialah haiwan yang mengigit dan cepat sensitif, jadi kalau Joan Brickman VIII emo tiba tiba jangan ambil hati sangat kalau kena gigit.




for the record :
Sayangi binatang. 

5 ulasan:

Asma’ AB berkata...

hahaha! ape ko merepek ni rhaz?? {tapi ak suke weh :))} nama dia hui! kalau ak kawen ngn org putih pun, kalah nama anak aku. haha. ak rs tupai tu dah mati tenggelam dalam sungai la rhaz. eh, rumah ko ad sungai ke? tak pun mana2 sumber air bertakung. pasai dia dah tak tahan bau ridsect, konon nk buang bau g la mandi. tapi rupenye kaki masih tak kuat nk berenang2 hatta tempat cetek skalipun. isk~ tragis. kadang2 hidup ni memang ironik, ngeri; tak adil orang kata ;)

p/s: eh ko da pasang lagu raya eh? aishy! >.< ni ak nk psg gak ni.

rhazes mohamad berkata...

aku pun rasa yang sama jugak....sungai tak ada....longkang ada la....haha....betul2 hidup kalau difikirkan memang pelik... jadi kita fantasikan dia DARI SUDUT INDAH...haha...baru nampak macam ada semangat untuk bahagia esok hari....

haha...saja testing ilmu javascript and HTML aku....lagu raya tu la hasilnya....haha

y3op berkata...

gilo doh ni...mcm mne la nk tau yg tu tupai ko...ade tande ke?...

Shila berkata...

pg td ade mesyuarat tupai2 ttg pdatang br dlm kelompok mereka..
adekah itu si Tupai kamu??

rhazes mohamad berkata...

itu bukan tupai saya la...itu tupai yang entah dari mana tiba tiba kena elektrik....saya cuma bagi nama jer...dan sedikit keperihatinan...
maybe tupai yang datang dalam mesyuarat tu lah dia...sebab waktu saya jumpa dia macam bergegas jer dengan beg berisi kertas kerja yang pelbagai....nampak macam urusan rasmi