SETIAP DUKA TAK ABADI

salam

kadang kadang aku harap aku hebat.
macam bila ada orang minta tolong aku boleh buat tanpa fikir dua tiga kali.
tapi tak semudah itu bukan?.
sebab ada hari kita akan membusung busuk tak dipeduli.
sebab secara serius manusia kini tak beza jauh dengan sifat binatang.
padahal itu bukan alasan untuk terus mementingkan diri.
tapi itu juga yang jadi sebab kenapa sifat penting diri ada dalam setiap hati macam parasit dalam tubuh babi.

tapi bila kadang tengok pengemis mengemis di kaki lima.
mereka juga ada rasa penting diri walau nampak kasihan mereka harus sedemikian sebab persaingan.
untuk hidup kita kena berlawan yang kalah terkubur yang menang terus berjalan ; terus tamak

bila tengok balik pada setiap hal.
kita sebenarnya boleh hidup harmoni macam tentera semut.
mati bukan sebab tamak dan persaingan.
mati sebab lambakkan rezeki; gula.
gila bukan?.
aku rasa kadang semut lah paling beruntung jika ekosistem mereka dibiarkan.

hidup berpasukan.
saling memberi dan menerima, semua dapat rasa.
kerja sama sama.
tak payah fikir apa nak buat untuk tambahkan lagi ini.
mana nak cari ini biar kita lebih tinggi dari orang lain.
itu semua ada dalam contoh diskrit semut api.

tapi sayang.
manusia tak macam semut api.
yang berapi cuma hati.
hasad dengki.
iri hati.
tak saling membina.
kalau membina pun pasti bersirat dengan agenda.
tak ada yang mahu buat percuma.
semua nak hadiah.

hatta pengangkat jenazah pun nak upah.
itu belum diseret lagi kes pilih imam teraweh.
agenda disulam dengan ibadah.
sambil ibadah sambil harap hadiah.

ataupun.
entah entah.
aku seorang yang belum mati.
yang lain semua cuma roh jahat yang masuk dalam mayat menyamar macam sahabat.
tapi mana mungkin.
mana aku nak letak orang orang yang masih baik pada aku.
jadi ia sebenarnya mudah
aku baru dapat idea.
untuk hidup aman.
kita harus faham alam sekalian memaafkan orang orang yang macam binatang.
kesimpulan mudah dan mencerahkan.



for the record :
terima kasih kepada rakan rakan yang masih sudi berteman dan ketawa

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amiable brief and this mail helped me alot in my college assignement. Gratefulness you for your information.

rhazes mohamad berkata...

wak lu...spaming cilaka!

cucutokjanggut berkata...

salam wbt.

maaf radzi, aku tak habiskan baca pun entri ni. Walaupun aku lama betul tak dapat jumpa kawan2 lama, tapi aku doakan korang bertemu jalan yang terbaik dan diredhai ...

May Allah bless you , Radzi.

rhazes mohamad berkata...

wsalam fizah...

ameen...trimas untuk doa tersebut..