PSEUDO CODE

untuk fiancé

fiancé
tahu tak satu perkara, entah macam mana kita boleh kenal kan?. saya pasti awak pun tak berapa ingat. tapi peduli apa. bukan saya nak ulas kisah awal perkenalan kita.

saya nak cerita apa jadi bila kita memang jodoh laki bini nanti. lepas akad nikah nanti baru sah kita jadi suami isteri.

ok mari saya cerita pseudo code perkara yang terjadi lepas kita jadi laki bini, kita mungkin akan dapat anak , kita mungkin takkan dapat anak, kita mungkin akan dapat anak tapi tak cukup sifat atau sindrom. tapi walau apa pun jadi saya taknak awak nangis sebab itu semua kerja tuhan.

fiancé

awak tahu tak kalau kita tak dapat anak nanti awak jangan salahkan saya dan saya takkan salahkan awak sebab mungkin kita tak ada rezeki. atau kalau kita ditakdirkan dapat anak yang kurang sempurna awak kena ingat itu ujian dan rahmat untuk kita. jangan nangis

fiancé

kalau pasal anak tak ada masalah kita ke code yang seterusnya. suatu hari saya mula naik berang untuk sebab yang saya tak tahu lagi. masa itu saya betul betul marah dengan awak. padahal benda kecil je pun. saya harap waktu itu awak boleh sabar. sebab waktu itu awak kena jadi air sebab saya yang mula mula jadi api. jadi awak kena rilek biar saya yang marah. dan kalau awak yang tiba tiba marah saya akan rilek juga. awak jadi api saya ambil fire extinguisher terus sembur ke muka awak. dengan rilek. awak jangan risau. saya buat dalam keadaan rilek.

untuk beberapa tempoh kita takkan bertegur. mungkin saya tidur dekat ruang tamu malam itu. awak tidur seorang seorang di bilik. atau awak tiba tiba balik rumah mak ayah awak. atau saya yang hantar awak balik rumah mak ayah awak. tapi tak kisah lah. yang penting awak jangan nangis just because saya sembur muka awak dengan fire extinguisher. saya cuma tak nak rumah kita dan jiran jiran hangus dijilat api kemarahan awak. deal?.

fiancé

misal kata saya buat perangai jahanam yang berpanjangan saya tak nak awak cerita atau mengadu dekat makcik sebelah rumah yang suka jadi batu api. siapa makcik tue?..buat masa sekarang makcik tu baru kahwin. insyaallah lepas kita kahwin kita jumpalah makcik tu yang waktu itu dah ada 5 orang anak.

sebab macam awak tak tahu pulak kan?. membuka aib suami itu dosa. ditambah pula kita tidak digalakkan membuka aib kita sendiri sebab Tuhan dah tolong kita tutupkan aib kita. apatah lagi aib orang. jangan diganggu.

saya nak awak jauhkan diri dari makcik yang kita belum jumpa lagi itu. kalau boleh hati hati bila berborak dengan dia. saya tak nak pasal awak saya pun masuk neraka. awak jangan terlibat dengan aktiviti makcik memakcik di kawasan perumahan?..err..awak tak nak duduk banglo kan?. ah!..kalau awak nak pun tunggu lah duit pencen saya keluar. ok?.

fiancé

lepas kahwin saya mungkin jarang lepak dengan member member dekat maple. fokus pada famili. atau mungkin saya akan makin galak lepak dekat maple. tapi awak doa doalah dari sekarang. minta supaya suatu hari nanti lepas kahwin, bila saya nak lepak maple je saya bawa awak sekali. duduk dekat meja paling hujung tingkat atas.

sambil bawa netbook online dekat maple. netbook adalah medium untuk menterjemahkan kebosanan dalam body langguage. agak agak saya bosan lepak dengan awak saya on netbook main facebook. err...riak sikit la waktu itu awak dah bagi I-Pad sebagai hadiah hari jadi saya yang ke 31. so saya bawak I-Pad la.

fiancé

dalam membentuk keluarga yang sakinah mawaddah wa rohmah. kita kena bijak mengatur urusan kewangan. memandangkan awak dah belajar tinggi tinggi sampai universiti jadi awak kena lah kerja, tapi awak jangan kerja "login facebook dapat 100". awak kerja lah yang senonoh sikit. bebas dari kemurkaan masyarakat.

jadi gaji awak yang banyak banyak itu awak simpan sikit dekat SSPN untuk masa depan anak anak kita.
lagi sikit awak simpan dekat tabung haji untuk kita naik haji. lagi sikit awak bagi kat mak ayah awak dengan mak ayah saya. lagi sikit awak simpan sikit sikit untuk urusan percutian keluarga. lagi sikit awak simpan dalam perut awak dan anak anak kita. awak kan suka makan. saya rasa dengan gaji saya yang tak seberapa tak terlarat nak tampung selera gergasi awak. jadi awak pandai pandai lah atur pembahagian gaji awak kepada pihak pihak terbabit ya.

bukti selera gergasi fiancé, solat makan  

untuk gaji saya pula. kita guna untuk bil bil rumah, duit ansuran kereta, duit ansuran rumah, barang barang dapur, belanja anak anak ke sekolah, bil strymix, astro, duit emergency, kebajikkan kesihatan, debit kad, saya taknak pakai kredit kad sebab nanti hutang melampau lampau, bil telefon awak, saya punya pakai prepaid je sebab saya dah blacklist digi so tak boleh lah nak langgan postpaid. dan juga hutang PTPTN. err..awak JPA kan, so saving la sikit duit gaji saya. deal kan?.

fiancé

saya optimis untuk habiskan hari tua saya dengan awak. misal kata saya mati dulu awak jangan nangis nangis pula, sebab awak tahu kan orang mati pergi mana. pergi jumpa Tuhan lah. jadi awak jangan kahwin lagi, nanti saya frust pulak. tapi misal kata saya mati di awal perkahwinan kita dan awak masih bergetah dan diusya pula oleh ramai lelaki. saya izinkan lah.

tapi, in case awak dah tua dan diusya oleh pak haji yang sunyi sesunyi embun pagi. jangan ngada ngada. ingat sikit yang awak tu dah tak lama lagi nak jumpa menyusuli saya ke liang lahad.

but in case awak yang mati dulu saya rasa sebelum kahwin lain eloklah jika bakal pengganti awak tu istikharah sampai jumpa awak dalam mimpi dua tiga kali untuk membenarkan perkahwinan kami. stylo kan?.

fiancé

saya rasa saya dah mula sayang awak. sebab awak macam lain macam. terima kasih.

8 ulasan:

y3op berkata...

ptut r..fiancee...upenye..

Unknown berkata...

sayang menyayang.
saling percaya.
puncak kasih berpanjangan~~
heheh

Wardati Za'im berkata...

lolz. seriously, fiance? heeee. :)

rhazes mohamad berkata...

fiance adalah nama manja dia.....nama betul dia lisa surihani

Hanisah Safian berkata...

fewiitttttttt~


kawen jgn lupe jemput!! :P

no name berkata...

waa..sejak bila ni?jgn lupa jemput ak gak!~^,^

WGT berkata...

hmm lawak gak eh

rhazes mohamad berkata...

erin- dah lama la...haha

shaleen- ini serius!...haha