TUTORIAL MENAIKKAN BILANGAN FOLLOWER ANDA DALAM MASA BEBERAPA MINIT

Salam,

you know, sebagai seorang blogger, anda pasti ingin blog anda terkenal macam blog blog famous yang menyajikan hiburan dan informasi tip top tahap dewata raya. anda pasti teringinkan jumlah follower yang berjuta juta supaya anda boleh riak dan takabur naudzubillah.

hari ini, sebagai seorang blogger yang sudah berpengalaman dua tahun dalam arena blogging ini. buat pertama kalinya saya ingin berkongsi tutorial menaikkan jumlah follower secara mendadak dan membabi buta.

anda pasti rasa ragu ragu dengan statement saya bukan. nanti dulu!! baca dulu.

Ya!!, tambah follower anda kepada beribu ribu dalam masa beberapa minit.
cara ini amat mudah dan berkesan. dengan cara ini anda tidak perlu lagi ke blog blog orang untuk blogwalking sambil menghambur kalimat lahanat.

you follow me..I follow you back!..ihihih:-) 
atau meninggalkan jejak di blog orang dan berharap sepenuh jiwa raga supaya bila blogger tersebut membuat re-visit dia akan follow tanpa cakap banyak. tapi matlamat itu amat mustahil untuk dicapai ya tuan tuan dan puan puan.

kebanyakkan blogger kini sudah tidak lagi membeli bullshit yang dijual sedemikian. kerana dewasa kini, ramai peniaga telah memulakan perniagaan bullshit sedemikian. increment jumlah peniaga bullshit ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. melebihi jumlah permintaan pasaran.

makanya setelah menyedari taktik tersebut sudah tidak boleh dipraktikkan lagi. saya ingin tampil dengan taktik yang berpotensi untuk membuat setiap mata yang melihat laman blog anda jadi iri hati dengan pencapaiaan anda.

dengan menggunakan taktik ini anda juga boleh menjadikan thumbnail follower anda sebagai header atau footer blog. malah anda juga boleh meletakkan senarai follower tersebut di setiap entry yang anda kemaskini.

MEMANG LUMAYAN!!!
 tak percaya?. ayuh kita ke langkah seterusnya.

*************************
langkah 1
pergi ke blog blog famous pujaan hati anda sebagai contoh :


langkah 2
scroll down dan pergi ke ruangan follower beliau


klik gambar untuk zooming
langkah 3
print screen ruangan tersebut, tapi make sure yang section follower tersebut di print screen sepenuhnya, kulluhum jami'an. orang arab kata

langkah 4
buka paint pada komputer anda dan paste kan di sana. 
klik untuk zooming
langkah 5
kemudian crop kan secara tepat dan terperinci pada bahagian follower. membentuk segi empat dalam ukuran pixel tertentu, kalau boleh mengikut kesesuaian size sidebar yang telah anda tetapkan di template designer.

langkah 6
kemudian hasilnya bila dilihat dengan mata telanjang adalah sebegini. hasil tersebut perlulah diedit menggunakan software software kesayangan seisi keluarga anda. macam saya, saya lebih suka photoscape sebab mudah dan pantas untuk kerja kerja sebegini.

follower section yang telah dicrop

langkah 7
seterusnya pergi ke page element blog anda add picture gadget pada rungan sidebar.

upload follower section yang telah dicrop tadi ke picture gadget yang baru saja anda tambah
(klik untuk zooming)
langkah 8
lihat sidebar anda dan mulalah membuat re-design untuk memadankan warna background sidebar anda dengan warna background "cropped follower section" tadi.

langkah 9
mulalah bermegah megah dan sebarkan blog anda di facebook atau di mana mana disertai dengan rasa riak dan takabur.
selamat mencuba!!

*******************************

anda juga boleh menggunakan print screen blog blog famous yang menjadikan thumbnail follower sebagai header untuk tujuan print screen follower mereka. apa yang anda perlu hanya kreativiti dalam memadankan "cropped follower section" tersebut.

DISCLAIMER
cara ini tidak menambahkan bilangan follower sebenar blog anda. ia hanyalah bertujuan untuk takabur dan berlagak semata mata. MANAKALA TAKABUR DAN RIAK ITU TELAH MERUBAH PANGKAT MALAIKAT API MENJADI IBLIS. ia juga tidak akan menaikkan bilangan trafik yang melawati laman blog anda. jadi ada otak guna sebaiknya.
for the record :
"this is our decision to live fast and die young" MGMT-TIME TO PRETEND.
lirik lagu yahudi yang tak berapa yahudi, kita memang mati muda jika dibandingkan dengan umat umat nabi lain yang usia sampai ribu riban.

3 ulasan:

azian azman berkata...

memang takabbur yang amat!
x pun..
memang amat takabbur..

rhazes mohamad berkata...

haha...standard takabur la...hahaha

y3op berkata...

mmg care pling bangang nak belagak pon....ingtkn tutorial pe mende r tdi