pH7

kau tahu tak, hidup ini susah. aku ada kenalan yang ada anak bini. tapi gaji tak banyak, makan tak mewah tidur tak lena. fikir hutang fikir tanggungan. aku pernah penat dan bosan. sampai nak kecewa pun aku dah tak larat lagi.

aku rasa flat dan neutral. ya... biar neutral. penat macam cilaka.

tunggu punya tunggu. orang lain dah jalan jauh jauh aku baru nak mula. tak apa. orang kata hero datang last. itu cuma nak sedapkan hati. kadang aku rasa aku dah tua, dah terlambat nak jadi hero. hero biasanya sama baya dengan justin beiber.

hulk hogan bukan hero.

tak kisahlah macam mana kau define hero. itu bukan isunya.

kau boleh kerap bertekak dengan orang. mahu menang selalu dan berjaya dapat apa yang mahu. tapi kau kan tamak. boleh ke puas hati.

*memang tak lah.

aku sendiri pun dengan apa yang ada ini pun jarang puas hati. penat lah hipokrit. macam lepak di rumah mak mertua. kena sopan. lepas subuh tak boleh tidur. tengok TV pun kena duduk. kalau baring kena pandang serong.

aku rasa enthusiasm aku dah pudar. semangat fighter aku hilang . bila tengok yang berjuang cuma aku seorang. hasil pulak macam aku tak berjuang.

ah... memang.

kalau orang hebat. tak payah cari pasal pun orang dah benci. iri hati. tak kisah lah apa responnya. janji negatif.



*ulang chorus
♫♫♫. ini lirik lagu. kalau lu terrer lu cuba nyanyi.

Tiada ulasan: