BERKONGSI RASA #2

asalamualaikum...out of poetic mode...hari ini aku mahu menaip perihal pendapat pandirian dan pengiktirafan pada pendapat orang lain.....baru baru ini ada segelintir dari rakan rakan aku yang menyatakan pendirian mereka untuk membatalkan akaun facebook.com mereka...dengan alasan facebook bersangkut paut dengan satu institusi yang berasaskan orang yahudi....mereka juga berpendapat bahawa apabila mereka mempunyai akaun facebook.com mereka turut sama bersubahat dengan orang yahudi menentang islam... mereka telah terbaca artikel kalau tak silap aku dari majalah al-islam keluaran september... tahun berapa aku tak ingat...tapi yang dinyatakan dalam artikel itu bahawa pengasas facebook.com ini ialah seorang remaja yahudi bernama Mark Zuckerberg...sila google untuk cari detail tentang kontroversi orang ini...memang kecoh satu dunia islam bahawa pemilik akaun facebook turut besubahat menjadi sekutu israel...banyak yang aku baca di artikel artikel di blog blog orang tentang facebook dan yahudi...jadi hari ini...walaupun aku sepatutnya study...tapi aku tiada mood...jadi tak salah rasanya untuk aku tidak mahu ketinggalan untuk menyatakan pendapat peribadi aku tentang facebook...

Mark Zuckerberg

aku sudah banyak membaca di sumber sumber blog dari laman laman yang aku pilih secara rawak tentang pendapat pendapat mereka tentang laman jaringan sosial ini....ada yang menyatakan rasa lega kerana tak punyai akaun dengan facebook.com....ada yang menyatakan rasa lega kerana sekadar mempunyai akaun friendster,myspace,blogspot, dan lain lain selain facebook...ada juga yang menggunakan kesempatan blogspot.com untuk memboikot bertalu talu dengan fenomena facebook....ironinya aku berani nyatakan semua laman jaringan sosial tidak kira apa sekali jenama dan brand yang digunapakai sudah pasti bersangkut paut rapat dengan yahudi....kadang aku mahu tergelak bila membaca artikel dari blogspot.com yang menghentam sekeras kerasnya produk facebook.com ini...walhal mereka juga menggunakan medium dari aliran yang sama yang mereka tentang sekeras dan lantang itu.....aku bukan mahu katakan usaha mereka sia sia...cuma pada persepsi aku mereka ibarat menebar jala ke tanah menanti ikan datang bersinggah....

memang di akui bahawa fenomena facebook ini berada dalam satu lingkungan yang boleh dikategorikan sebagai masalah kerana ia sedikit sebanyak telah menyusup ke dalam budaya dan kehidupan remaja macam aku ini di zaman ini....aku dapat lihat kegilaan ini bila ada saja rakan remaja yang lain sibuk menyuruh dan bertanyakan tentang pemilikkan akaun facebook...untuk mengembangkan lagi jaringan mereka dengan fasiliti penambahan rakan atau add to friend oleh laman ini....lebih memburukkan keadaan laman ini juga menyediakan aplikasi aplikasi seperti kuiz yang sedikit sebanyak telah melalaikan remaja yang lain dan menjadikan mereka ketagih dengan keseronokkan dari laman ini....diakui agenda ini memang telah disusun rapi oleh yahudi yang mahukan umat islam sekarang terus lalai dengan keseronokkan....dan sasaran utama mereka adalah remaja yang bakal menjadi pemimpin dunia kelak...

pada hemat aku pula...penggunaan laman ini pada dasar awalnya adalah untuk merapatkan hubungan sillaturrahmi sesama insan...memang matlamat asal boleh dikelaskan sebagai murni akan tetapi apa yang tersirat dari kemurnian matlamat itu dapat di lihat sebagai racun yang telah di suntik ke dalam minda minda yang masih mentah dengan keseronokkan yang tak terbatas...sehinggakan ada segelintir yang sanggup bersengkang mata untuk kekal online dalam istilah mat salehnya stay update dengan status rakan rakan mereka....

justeru aku ingin menyampaikan pendapat aku bahawa penggunaan facebook.com seharusnya kena pada tempatnya....bagi aku selagi kita tidak lalai dan leka dengan kemudahan ini selagi itu matlamat jahat orang yahudi yang mereka risaukan [sekiranya ada...kerana aku pun tak pasti sejauh mana kebenaran yang digembargemburkan...aku tak mahu jatuh hukum fitnah] masih belum tercapai...justeru kesedaran tentang ini haruslah diketengahkan betul betul tengah biar satu semesta boleh melihat hakikat dan mengambil pengajaran dan tauladan yang patut...aku juga berpegang pada prinsip kesamaan....kerana aku bukan mahu salahkan kaum yahudi dan aku tak mahu pula salahkan umat islam...perkara ini terjadi adalah berpunca dari kelemahan manusia sendiri...tak salah bagi aku jika penggunaan facebook.com ini digunakan pada jalan berdakwah dan menegakkan syiar islam...agar matlamat jahat yahudi dapat dipesongkan jauh jauh sehingga tak tercapai....aku tidak mahu memihak kepada mana mana pihak dan aku bukan mahu jadi pro untuk mana mana pihak...aku sekadar punyai satu pendirian yang aku dapat rasakan pendirian aku masih bisa diteruskan...

bagi mereka yang mahu mendelete akaun facebook.com mereka...teruskan...aku takkan halang dan aku hormat keputusan anda semua....cuma aku sertakan di sini beberapa potong ayat untuk di renungkan...


الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلُّ لَّهُمْ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ وَلاَ مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ
Ertinya :

"Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik.."
Al-Maidah : 5



selain itu....


أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ
Ertinya :
"Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW"
Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841




sumber

ps: boikotlah pada produk tertentu yang di rasakan relevan...kalau mahu boikot semua memang kita tak mampu...ukur baju di badan sendiri....

4 ulasan:

::Raihana:: berkata...

Gud entry! Be a relevant muslim

rHAzeS m0HamAd berkata...

yup...we should

BezBuddy berkata...

sblm ni pn sy ade byk bce psl entri fcebook ni...
btol la ckp awk....sume pon sme je cm fcebook

rHAzeS m0HamAd berkata...

eh...xjuga...ini sekadar dari persepsi daya....saya pun ada buat khilaf....kalau ada sila tegur ya..:-)..