satu lagi subjek baru

sebak pecah rabak dan bengkak tragis menginjak...
penasaran membuak buak mahu motif bernampak...
aku tahu subjek hari ini bukan macam yang aku agak...
subjek hari ini buat aku jadi pekak dan aku mesti berpura pekak....
penguji yang di upah bikin aku jatuh merangkak...
dalam dahaga hipokrit aku lipat nota yang mahu semahu aku koyak...
dalam merangkak aku nampak juga satu sebab di tengah sesak...
aku pernah baca ini dan aku pernah tahu ini pasti datang merosak...
aku cuba jadi sedia dengan aku cuba jadi jasad berotak...
berborak tentang semesta dan ujian dari pelbagai pihak....
tentang dahulu aku yang lincah dan kini tak mampu bergerak...
aku kurangkan opasiti agar hipokrit aku tak bisa dijejak....
aku tahu ini janji tuhan agar aku kenal diri sebelum bergelak...
lincah aku kais penuh nafsu nasi yang hampir berkerak...
aku bukan epal hijau rompong di atas tunggul takkan berderak....
aku terus tebalkan dada yang hampir meledak...
untuk tidak menghambur seranah kasar bernada serak....
walau hati gemuruh menggelegak...
terus aku tegakkan diri yang baru jatuh ditolak...
aku terjalkan yakin bahawa ini semua Allah nampak...
dan aku jadi watak dalam pameran yang sedang berentak...
terus tabah dan terus bergerak!!...

1 ulasan:

hAmBa LeMaH berkata...

thanx atas doa saudara..
nak kirim ape-ape?? hehe ;p