PENIPUAN SEPARA TERANCANG

asalamualaikum....
sewaktu muda remaja dahulu aku telah didedahkan dengan ilmu kaji alam atau istilah bahasa transformasinya geografi.....aku lihat zaman ini banyak juga istilah istilah transformasi dari bahasa lain ke bahasa melayu.....untuk mengikut kesesuaian dan peredaran zaman.....bagus.....itu yang buat bahasa lidah aku jadi kaya raya....

bermula dari entah bila....subjek geografi adalah subjek wajib diambil dalam peperiksaan penilaian menegah rendah di semua sekolah sekolah menegah sekitar malaysia....

seperti remaja lain....di waktu itu aku masih duduk di bangku sekolah sebagai seorang pelajar soleh yang mendengar kata dua nasihat dari guru guru....guru guru di sekolah itu sangat menyayangi aku dan sekali gus aku menjadi harapan sekolah......

atas akhlak dan budi pekerti aku yang mulia.....aku kerap memasuki bilik disiplin untuk berkongsi pendapat dan idea bernas dengan guru disiplin sekolah tentang hukuman yang setimpal untuk pelajar pelajar degil dan nakal tak reti dengar kata orang orang tua..........

lumrah manusia yang ada sifat iri dan busuk hati....aku juga tidak lari dari mereka mereka yang dengki dengan aku yang kerap memandang serong dan sinis pada aku.....mereka melabel aku sebagai pelajar nakal yang kerap dipanggil ke bilik guru disiplin untuk dihukum

aku nyaris nyaris dicalonkan sebagai ketua pelajar di sekolah itu....tapi aku menolak dengan alasan mahu fokus pada pelajaran.....aku juga kerap dipanggil untuk ditemubual di kaca telavisyen.....juga aku tolak atas alasan tidak mahu membuang masa di studio studio rakaman televisyen mereka......

berbalik kepada cerita geografi....aku telah diajarkan tentang ilmu ilmu yang merangkumi cara baca peta, cara baca kompas, cara membaca buku atlas, dan macam macam industri yang ada di planet bumi.....cikgu aini abdullah adalah insan yang bertanggungjawab mematangkan aku dengan bidang pengkajian alam....aku amat terhutang budi dengan beliau yang membantu aku bertatih mendekatkan diri pada kebesaran ilahi.....

atas ketulusan dan keikhlasan serta naluri keguruan yang begitu mendalam dalam diri cikgu aini....aku kini lebih memahami dan percaya bahawa bangi terletak di selangor, kota bharu terletak di kelantan, dan aku masih mendalami lagi ilmu ini untuk cuba memastikan petaling jaya juga merupakan kawasan sekitar selangor.....

agar aku tidak mudah ditipu oleh orang orang yang tak dapat A dalam subjek geografi mereka.....untuk hari ini dan masa depan....

5 ulasan:

nabilah saraf berkata...

itu aku la! hahaha
sebab satelit under maintenance.
kau ketua pengawas? wow! aku pun nakal jugak, tapi tak boleh lawan kau la.

Asma' Ahmad berkata...

eh? cene ak tak tau ko dicalonkan jd ketua pelajar? hehe..

naah, ak yang tak suka geog pun ak tau hal lokasi malaysia.. tapi maybe feedjit ni, tak berapa kenal mesia kot.. sian kat die.. huhu

rhazes mohamad berkata...

kan?...
itu la korang...
itu hal private and confidential la....
baru sekarang aku dedahkan.....
hahaha

I*K*T*I*R*A*F berkata...

salam.wah JOTTER!
blog sudah berwajah baru.
canteekkkkk..

rhazes mohamad berkata...

saja nak nampak professional....haha