THE SUMMIT

bukan naik ke bulan makan ayam panggang tak pakai pakaian angkasawan
main konda kondi dekat tengah tengah lautan
kena teh tarik dekat tengah tangah hujan
daki gunung tinggi sampai keluar dari awan
masak puding roti tak pakai api
naik bas dua tingkat tak beroda di bumi
tidur terlentang tak di pengaruh graviti
jalan jalan celah celah dimensi pergi hari semalam tukar hari ini
senyum lebar tak reti berketat dahi
cakap cakap kosong pun sarat dengan isi
buat salah sedikit tak pernah satu kali
satu hari penuh dengan sifat sifat terpuji
disenangi masyarakat kawan kawan apatah lagi
ibu bapa selalu gembira keputusan periksa hari hari tempat pertama
boleh tukar semua jisim ikut suka hati
punya jati diri tak perlu motivasi
lahir lahir terus mantap sejak azali
pahala sudah banyak tawadhuk tak payah lagi
hebat berpuisi
semua genre seni dalam hati
bisa jadi pengadil untuk semua segi
gagah kacak cantik mak mertua puas hati
baca alquran hari hari taranum tajwid dah boleh burn suara dalam CD....
BUKAN....

kalau kau nak jadi baik aku sudi ditepuk bahu walau aku bukan nombor satu dalam lekuk mihrab ini
kalau kau nak kekal jahat jangan petik nama aku bila kita dah sampai akhirat....aku sepak kau nanti...

tempat tinggi semua orang mahu pergi tapi bukan mudah macam petik jari

4 ulasan:

~roslinda~ berkata...

suke arh gmb tuh~dslr ke?

rhazes mohamad berkata...

aah...

~roslinda~ berkata...

wahhh~
huu

rhazes mohamad berkata...

campur sentuhan photoshop...dslr tak ada la gempak mana tanpa photoshop