KISAH FATIMAH

bedah menyusuri semak samun di belakang rumah fatimah rauf....sesekali bedah menggaru lengan beliau akibat tergeser dengan lalang lalang yang tumbuh segar akibat kemalasan fatimah rauf untuk memegang bilah sabit...

"asalamualaikum....tim!....o...tim..."...teriak bedah dengan nama panggilan glamour fatimah rauf.....
"timah!!...."jerit bedah dengan lantang apabila sahutan beliau tak berbalas....

"apa hal kau terpekik terlolong pagi pagi nie.....nak lawan gusti lengan ke?...." fatimah rauf keluar dengan rambut kusut masai dan tahi mata tebal menghiasi kelopak mata lebam tak cukup tidur beliau.....tapi lengan beliau sudah terbalut dengan bandage putih lagak orang mahu bergusti lengan......

"nie.....aku nak cerita pasal senah yang baru kahwin sebelah rumah aku tu...."

"ah!....tak payah..... aku tak nak dengar dosa dosa mulut kau.....pagi pagi dah suruh malaikat buat kerja catat dosa kau....."...pintas fatimah rauf dengan tegas dan beriman kepada malaikat....beliau juga berasa hampa apabila niat bergusti langan dengan bedah terpesong dengan sikap rakannya......

"alah.....kau nie teruk la.....aku nak cerita pasal dia cakap kau perawan tua....dia buruk burukkan kau semalam dekat kenduri arwah dukun leman......"...bedah membidas persepsi buruk fatimah rauf terhadapnya....

"kau balik sekarang!!....."...bentak fatimah rauf keras sambil mengasah keris perhiasan di ruang tamu rumah beliau......

fatimah kenal benar akan sikap bedah yang suka melaga lagakan penduduk kampung sigasa....

"ye lah....aku balik....orang nak buat baik dihalau pula....."dalam keadaan menggigil dan trauma akan respon mengejut fatimah rauf.....bedah beransur meninggalkan rumah sewa fatimah rauf yang dibayar rm250 per-bulan......

fatimah rauf masih terpacak di beranda rumahnya sambil memaki hamun bedah dalam hati kerana waktu tidurnya diganggu......terdetik juga di hatinya akan kebenaran kepala mesej yang dilayangkan mulut durjana bedah.....tapi fatimah rauf masih waras untuk menilai bedah dari sejarah......

bedah pernah nyaris diusir keluar oleh penduduk kampung sigasa.....akan tetapi hukuman beliau diringankan kerana beliau lah satu satunya graduan universiti teknologi di belanda yang baru tamat pengajian dan pulang ke kampung 3 tahun lepas.....

fitnah pertama bedah mengakibatkan kecederaan di dahi arwah dukun leman yang didakwa bedah cuba merampas isteri tok ketua kampung dengan ilmu batin......bahana dari fitnah itu arwah dukun leman telah diasak penduduk kampung ke balai raya dan dibelasah anak muda kampung tersebut.......arwah dukun leman terpaksa menerima tujuh jahitan di kepala selepas insiden tersebut......mujur ada dari anak murid dukun leman yang membela nasib gurunya dengan membuktikan bahawa dakwaan bedah tidak berasas dan tiada bukti yang kukuh.....senarai rakan di facebook arwah dukun leman juga tidak disertai isteri tok ketua sebagai rakan......blog kisah seram dan santau arwah dukun leman juga tidak diikuti oleh isteri tok ketua......akhirnya penduduk kampung sigasa menyedari akan salah faham yang ditimbulkan oleh bedah......dan meminta maaf kepada arwah dukun leman.......arwah dukun leman yang terkilan dengan sikap bedah telah menghantar santau kelas pertama seberat 17kg untuk kekal duduk di bahu bedah......itulah sebabnya jika dilihat dari jauh bedah seakan akan sedang memikul beban yang berat dan nampak sedikit bongkok......

bedah juga pernah menghadiri temuduga sebagai jurutera di sepang F1 circuit.....akan tetapi beliau gagal untuk melepasi saringan fizikal.....berat bedah di waktu itu lebih kurang 93kg termasuk berat santau yang dipikulnya....sedangkan berat maksimum unutk memenuhi kelayakkan adalah 70kg.......

******************************************************************
fatimah rauf yang masih mengeliat malas di beranda terus masuk ke dalam untuk bersiap siap mengemaskan diri....beliau ada temu janji dengan rakan yang beliau baru tambah di myspace.....fatimah rauf tidak memilih facebook sebagai medium bersosial di alam maya......kerana beliau serik dengan bahana permainan bercucuk tanam farmville.....akibat dari aplikasi itu rumah sewanya nyaris dijilat api kerana khayal dengan permainan tersebut beliau tidak menyedari bahawa rumah jirannya sudah terbakar 70%......mujur ada di kalangan rakan facebooknya seorang anggota bomba.....terus dilaporkan di dinding profile rakannya ......alhamdulillah..... bomba berjaya mengawal api dari merebak ke rumah fatimah rauf......lantaran dari kejadian tersebut fatimah rauf terus membatalkan akaun facebooknya.......

selepas bersiap dan mengenakan tudung yuna yang baru beliau beli di pasar pirate......dengan berasa yakin fatimah rauf keluar sambil berselawat ke atas junjungan....dengan harapan jodoh beliau dengan jejaka ini.....beliau telah bersetuju untuk bertemu dengan jejaka itu di pekan sanzung.....ramai anak muda dari kampung sigasa keluar memadu kasih melepas hangat rindu di pekan sanzung....sama seperti fatimah rauf......beliau lebih memilih untuk ke pekan sanzung kerana jarak yang tidak jauh dari kampung sigasa.... sekitar 2km.....

setibanya di pekan sanzung....fatimah ke pusat hiburan zon seronok yang terkenal di pekan sanzung.....beliau menunggu dengan penuh yakin dan sabar....beliau juga memperbetulkan kedudukkan gigi palsu beliau dua tiga kali.....agar giginya nampak semua asli......fatimah rauf kehilangan gigi sewaktu peperiksaan PMR akibat bergaduh dengan pengawas peperiksaan yang cuba mengejutkan beliau yang tertidur di bangku peperiksaan.....akibatnya pengawas tersebut menghentak kepala fatimah rauf sehingga terkena pada meja......dua batang giginya patah dan tidak mungkin tumbuh kembali......

fatimah rauf masih menunggu perbicaraan kes beliau melawan pengawas peperiksaan yang senantiasa ditangguhkan oleh pihak mahkamah......beliau terpaksa akur dengan kerenah birokrasi yang gemar melambat lambatkan sesuatu.......beliau juga pernah keliru dua tiga kali untuk memangkah calon dalam pilihanraya yang diadakan di balai raya kampung sigasa.......akibat dari kekeliruan yang kompleks beliau memutuskan untuk memangkah semua calon yang terdapat pada kertas undi.......

akhirnya jejaka yang ditunggu tunggu oleh fatimah rauf telah tiba......beliau terkejut besar dan betul betul tertampar dengan jejaka yang ada di hadapannya sekarang.......




BERSAMBUNG......[tak ada idea nak sambung.....siapa nak sambung silakan.....]

3 ulasan:

DLatum berkata...

hahaha..kelakar2...

Tanpa Nama berkata...

bila nak sambung nih?....

rhazes mohamad berkata...

haha....nanti2 la