TAG

assalamualaikum...
ini adalah antara waktu waktu getir dalam hidup aku....banyak sangat benda yang aku fikir.....lagi lagi soal masa depan.....jadi untuk menjadikan proses pemikiran berjalan lancar tanpa sebarang gangguan....aku kena berjiwa manis dan sweet.....juga mengekalkan raut wajah yang comel serta sentiasa tersenyum.....demi mencernakan hormon yang mampu menjana keseimbangan dalam membuat pertimbangan untuk menentukan pilihan.....selain itu aku juga perlu memastikan keberlangsungan corak pemikiran yang positif sentiasa berterusan dalam memartabatkan matlamat dan objektif penciptaan seorang aku sebagai salah satu khalifah di muka bumiNya ini insyaallah......antara corak percaturan yang aku susun demi mencerahkan haluan yang bakal aku tempuhi ini adalah dengan menjawab tag dari seorang awek blogger yang entah ingin atau tidak ingin dikenali namanya di sini....tapi dek kerana bosan yang amat....aku ceburi aktiviti ini....okay....ini kali pertama....cuba berjiwa lembut selembut sutera di tubuh gadis sunti disinari cahaya mentari di pagi hari....yeah!....



1 . Apakah yang bermain dalam fikiran anda ??
answer :
dalam fikiran saya tak ada permainan....jadi tak ada apa apa atau siapa siapa yang bermain dengan selamba dan seronok di sana....

2 . Apakah nama samaran anda ??
answer:
si kacak.....kadang diorang panggil orlando bloom....tak tahu kenapa.....

3 . Berikan 3 orang yang anda sayang ??
answer:
beri??....nak beri kat siapa??....agak agak lah....takkan saya nak beri orang yang saya sayang kat orang lain.....kalau ada yang dapat ambil pun dah tentu tentu malaikat izrael....

4 . Panggilan untuk si dia ??
answer:
tak ada awek....jadi saya bubuh dash "-"...TIADA

5 . Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa ??
answer:
jaminan ke syurga boleh??....istimewa sangat kan??...tapi still kan boleh kan sekadar berimpian sedemikian....

6 . Blog manakah yang anda suka lawati ??
answer:
blogger dashboard....kadang kadang ruangan posting....taip taip....lepas itu tekan backspace.....pergh!....macam journalist.....

7 . Tagkan kepada 15 org rakan anda .
answer:
tun mahathir
samy vellu
najib razak
rosmah mansur
chua soi lek
vincent tan
anwar ibrahim
khalid ibrahim
shaberi chik
ananda krishna
donald trump
rafeah buang
hail amer
khatijah ibrahim
uji rashid

korang rasa diorang nak jawab tak?....aku yakin rosmah mansur "first lady" mesti berpotensi untuk berminat dengan tag ni.....sebab khatijah ibrahim sibuk dengan iklan maggie cukup rasa......orang sibuk sibuk boikot maggie.....dia boleh bantai jadi duta maggie pulak.....

rakan?...siapa??...diorang nie ke??...bukan lah rapat mana.....cuma pernah jumpa....angkat angkat kepala senyum senyum....macam tue jer.....lepas tu buat hal sendiri sendiri......nak tegur...tapi masing masing pemalu kan....jadi hubungan kami sekadar lebih kurang jea.....

Tiada ulasan: