MEDIA MALAYSIA

assalamualaikum...
aku baru lepas tengok berita tengahari dekat NTV7....isu korek pasir memang tengah hangat di selangor...tahniah NTV7...kerana mendedahkan aktiviti ini....dan juga media media pengampu kerajaan yang lain....

"nisbah keberangkalian pengundi BN kepada pengundi PKR untuk muncul ditemuramah di kaca TV ketika siaran berita adalah..... 26 juta++ : 0.....seolah olah semua rakyat Malaysia majmuk telah padu dan bersatu sebulat suara memilih satu kerajaan tanpa prejudis....oh bahagianya....."

isu korek pasir ini juga dikategorikan sebagai kegiatan mencuri pasir di Selangor....sebagai anak jati selangor....aku memang sayang tanah tumpah darah negeri sendiri ini....jadi ingin aku ceritakan di sini....bahawa....sebelum parti PKR memerintah Selangor....berita salahgunakuasa macam ini jarang sekali didengari.....

malah NTV7, TV3, dan macam macam saluran yang lain jarang membangkitkan permasalahan yang berlaku di negeri selangor..... akan tetapi fenomena membangkitkan isu masalah di Selangor kian rancak....selepas MB khalid memegang teraju pemerintahan di Selangor....

selaku orang yang malas ambil kisah isu politik....aku cuma berani menulis di sini tentang paparan sedia ada dan apa yang aku tidak terlepas lihat....dan aku tidak mahu menuding jari pada mana mana pihak...

sebagai orang yang tidak minat pada politik dan berhasrat untuk menjadi spectator sahaja...aku turut merasakan bahawa media sedang dikawal dan dipaksa untuk menyiarkan propaganda yang menjatuhkan kerajaan sedia ada.....ini adalah taktik paling gampang dan tidak lari jauh dari imperialisme yang dipelopori oleh count camillo benso de cavour dan otto edward von bismarc dalam buku sejarah tingkatan 5....

sedar atau tidak....jika dilihat dari keputusan pilihan raya umum yang lepas....PKR telah menang banyak kerusi....kemenangan ini telah mewakili jutaan suara rakyat di Selangor....dan boleh diyakini bahawa rakyat selangor sudah tawar hati dengan pemerintahan yang lama.....maka mereka nekad beralih kepada pucuk pimpinan yang baru......

tapi ironinya apabila wartawan wartawan dari sesuatu saluran telvisyen di Malaysia menemu ramah mereka......tiada pula suara yang mewakili kepersetujuan dan kesenangan rakyat di Selangor.....adakah media di Malaysia cuba untuk memaparkan kekesalan rakyat selangor kerana tersalah memilih pemimpin......

dan paling celaka dapat disaksikan dewasa kini adalah kelemahan kelemahan biasa yang ada pada setiap jenis pemerintahan diungkit ungkit ungkit dan terus ungkit sehingga menjadi isu hangat.....
sebagai contoh jika kita mengungkit membakar dan ungkit lagi kes perkahwinan Bong dengan zizi ezet maka isu itu akan menjadi serius.....sama juga ibarat ibu ayam yang bertelur sebiji riuh sekampung.....

juga dapat disaksikan dan dikira oleh budak form 3 yang baru masuk belajar sub-topik pertama dalam topik probability adalah....nisbah keberangkalian pengundi BN kepada pengundi PKR untuk muncul ditemuramah di kaca TV ketika siaran berita adalah..... 26 juta++ : 0.....seolah olah semua rakyat Malaysia majmuk telah padu dan bersatu sebulat suara memilih satu kerajaan tanpa prejudis....oh bahagianya.....

mana pergi si pemangkah pemangkah PKR?.....kenapa mereka jarang atau tidak pernah keluar di kaca TV?....mereka juga ada suara....jadi kenapa suara mereka ditutup?....nampak jelas persamaan israel dengan "you-know-who"....yang cuba mengalihkan perhatian orang awam dari sesuatu topik untuk menutup sesuatu topik....

maka selaku seorang rakyat yang punyai otak dan akal....kita tidak harus lari dari mempertikaikan tindak tanduk media yang secara jelas memihak kepada "you-know-who"....

sekian...

Tiada ulasan: