JURNAL KESABARAN SI CEREWET

salam

jadual blogging aku dah berubah sekarang ini. rentetan dari liku liku hidup yang sudah entah apa apa. aku bukan benci pada takdir yang aku sedang lalui ini. cuma macam banyak sekali persoalan yang masih tergantung, samar samar dan entah bila agaknya segalanya bisa mengimbuhkan klu yang paling tidak boleh buat aku gembira.

itu baru masa hidup, masa masih ada masa dan bernafas. belum aku singkap lagi ceritera macam mana keadaan bila aku tak ada nyawa. tapi macam biasa aku ini setiap jam pasti ada dosa. hutang belum bayar. tanggungjawab belum lunas. banyak yang perlu dijaga. bukan mudah.

tapi tak salah rasanya bila aku fikir balik bukan aku tak berusaha. bukan aku duduk saja saja. tapi itulah yang jarang dilihat oleh jjiwa yang kerap kali tidak puas hati.

baran. mereka bisa lihat baran dan belang aku sebenarnya bila aku baran. terkejut barangkali. sudah aku bilang berkali kali aku memang hipokrit dan banyak jengkelnya di sana sini. jika aku suci putih aku bukan ada di sini. blogging pun apatah lagi. jika aku suci putih aku rasa blogging ini buang masa dan tenaga.

bahasa dan setiap patah kata pun sudah pasti sarat dengan manfaat. mandat yang aku tak minta ini kadang bikin panas. minta maaf aku cuma minta tumpang lalu. serius. aku cuma singgah di kumpulan itu untuk sementara. sementara yang takkan terasakan bila aku sudah tiada.

aku sendiri pun masih kurang pasti apa sebenarnya aku buat dekat sini. dekat teritori yang barangkali bukan aku suka. aku cuba suka. tak nampak kah pada lekuk mata pura pura aku dan raut senyum bahagia plastik aku. betapa aku kerah tenaga untuk suka sesuatu.

sebab aku percaya rasa suka itu bukan semua orang boleh rasa tanpa usaha. pupukkan kepada suka mesti terdorong baru kita betul betul boleh kata kita suka. kalau semua ikut apa yang kita nak suka. maka jahanamlah tempat berdiri kita. tempat tinggal kita. tempat anak anak kita akan membesar.

sebab aku bukan nak kata kita jahanam. aku nak kata kita rapuh, tamak dan tak senonoh. sebab itu kita diajar hidup beragama. sebab itu kadang kadang apa yang mudah kita lihat sebelah mata. sebab hidup ini sebenarnya 50-50. ada hari kita jatuh sebab macam aku kata kita rapuh. ada hari kita naik sebab kita sendiri handle with care dengan diri kita.

jadi aku perlukan sokongan kalian untuk buat aku suka pada apa yang aku tak suka. aku berusaha. tak tolong pun tak apa. aku cuma mahu sokongan. asal aku boleh diam dan lupa pada apa yang selalu aku benci.

for the record :

diam dan bersabar

3 ulasan:

Hanisah Safian berkata...

errrr, SOKONG!! ^^

rhazes mohamad berkata...

trimas teacher!!! jazakallahu khaira kasira

Asma’ AB berkata...

sokong juga! heheh. soon enough, bila mana dah tiba msm ko mulakan langkah br dn hbs waktu buat pe yang ko tak suka, at that time br rs manisny. selaluny mcm tu kn? ;)