SITUASI CUTI

salam.

hari ini adalah cuti yang panas. terik mentari langsung tak halang aku dari blogging hari ini, juga sakit tekak dan selsema yang macam mana entah boleh kena pada aku. minuman sejuk memang jarang sekali aku teguk. tapi entah lah. dah sakit. nak buat macam mana lagi.

ok macam biasa. aku nak cerita apa pun tak tahu. takkan aku nak ulas isu atok nenek yang pulangkan duit derma haram dekat penang. ah!...itu sebenarnya tahi politik. genting highland tinggi tinggi kat tengah kota kita tutup mata. kilang carlsberg tepi highway kita buat buat buta. atau sebenarnya yang paling haram dan berdosa adalah judi.

ia sebenarnya macam ini. bila sesuatu itu tak sesuai atau tak menyebelahi kita, maka kita akan berusaha untuk cari halal haramnya sampai kiamat. bila sesuatu itu sesuai dan ikut kehendak kita. halal haram bukan masalah besar, maka rukhsah. manipulasi hukum dan fatwa akan terbit mengikut kesesuaian sesuatu hal.

inilah yang jadi bila agama dipolitikkan. bila politik tak di-agamakan. tak kisah lah siapa yang betul. masalah sekarang ini. jika mahu betul betul telus menguruskan hal ehwal agama. why not?, buat betul betul. dari akar umbi. tak kisah lah kalau pembaharuan itu lambat. tapi buat seluruhnya. ini tidak setiap sesuatu itu mesti ada agenda untuk kepentingan sendiri.

kenapa dari dulu tak ada terdengar bicara pasal hal ini?. ha..ha..ha. nampak jelas hujah anakronis digunakan dalam hal hal macam ini.

ah!.. masalah tak selesai kalau asyik bertegang urat cari salah orang lain salah sendiri disembunyikan.

ok aku nak borak pasal hal lain pula. tapi rasanya macam tak ada idea. jadi entri ini mungkin panjang
sementara mencari idea aku rasa contest yang aku nak buat itu hari belum boleh dimulakan lagi, due to sort of problem im facing with recently.

sebenarnya kehidupan aku sudah kembali busy. busy macam perdana menteri versi asli. ke hulur ke hilir dalam negeri. fikirkan hal rakyat sendiri. ouh busynya. sampai nak jawab telefon pun susah. cilaka aku nak tulis apa nie sebenarnya.

kau orang mesti sakit hati kalau baca aku membebel macam ini. tapi sebab cuaca panas ditambah tak sihat macam ini maka penulisan aku jadi macam jahanam.

bulan ini aku rasa aku paling gelabah. oktober bulan tragedi gelabah rasanya. semua benda aku buat menggelabah. aku rasa macam nak tidur dan wake me up when october end.

kadang kadang aku cari jalan untuk tenang. tapi gelabah juga akhirnya. bila gelabah aku mula cari alasan untuk tidak salahkan diri sendiri. gila, siapa suka bila dalam keadaan gelabah. macam terperangkap tiba tiba tanpa sedar. macam catastrophic claustrophobic.

oh.. hari ini cuti. aku rasa baik aku lepak dengan mak aku sambil suruh dia picit jerawat. bukan senang nak dapat kesempatan macam ini. aku gerak dulu lah. mama.. im coming!...

for the record :
john lenon-imagine

2 ulasan:

K berkata...

keputusan banci bila keluar?

rhazes mohamad berkata...

takkan keluar barangkali....sebab memalukan ...satu projek yang sangat gagal....haha