DISKRIT

salam

di kelapangan ini aku tak punyai alasan untuk diam. kadang aku cuba terangkan pasal sekyen dan stesen yang sedang aku lalui ini. tapi kadang bahasa dan tutur kata aku punah diinjak klimaks penderitaan yang tak tahu bila nak henti. kita hidup untuk bermimpi dan sedar bila mati. kita memang pelupa. setiap hari kita semai dan tuai dosa pahala. kita jadi manusia. kita makan dan kurang ajar pada masa yang sama.

kita tak lari dari rasa bongkak. kadang Tuhan tampar kita dengan takdir, lalu kita ketawa tak sedar diuji tak sedar kita kerdil. kadang kita sedar dan menangis sebab kita tahu kita tak mampu lari mana mana. lantas kita menadah ke langit mengharap didengari dan dipermudah dari setiap segi.

dalam apa jua bentuk kita tak boleh kalau tak tadah. nanti Tuhan lihat kita bongkak. kadang apa yang kita harap sangat tak mudah untuk kita tanggung, jadi Tuhan gantung dulu dengan tali dan apa yang kita nak sangat itu jadi tergantung tersokong dan belum sampai dalam tadahan yang kita tak bersedia untuk tanggung. mungkin di lain hari bila kita kuat dan dah mampu untuk tahan sendiri dan Tuhan akan turunkan dan biarkan kita kelola sendiri apa yang kita hajat dari dulu lagi.

kau mesti sukar nak faham dengan apa yang aku cuba cerita dekat sini. jadi seeloknya biar aku biarkan kau fikir sendiri. kadang kadang aku rasa seronok dengan apa yang aku simpan. jadi aku simpan dan diam. kadang aku rasa celaru dan curiga all in ones sebab sampai bila aku mampu hadam seorang diri. hari hari kerja aku cuma simpan dan fikir untuk adaptasi diri aku dalam masalah.

jadi bila aku senyum tak semestinya aku ghairah. bila aku cerita tak semestinya semua jadi mudah. macam manusia. kalau semua orang gembira aku dah mula ragu ragu aku di syurga atau di dunia?. pernah kau fikir sampai bila kau tak mahu sembahyang?. bila kau akan bosan dengan perangai kau?. manusia memang kena dan wajar berubah. sebab kita pada fitrah tak suka dan benci neraka.

boleh lah kau kata kau tak perlu didakwah. kubur sendiri sendiri. boleh juga kau sinis pada yang tiba tiba ingin berubah dan tiba tiba puasa penuh atau solat dhuha. itu hak manusia kata kau. jika kau dapat hidayah kau akan berubah?. kalau kau tak berubah?.. kau nak salahkan Tuhan sebab tak tunjuk kau sirathol mustaqim?.

dalam sehari fikir balik berapa kali kau baca alfatihah?. kalau 17. berapa kali yang kau faham makna dan kau benar benar maksudkannya?. kau fikir balik kalau kau ingat kau baik. kenapa kau tak jadi malaikat?. kau fikir balik berapa besar nikmat Tuhan bagi pada kau sampai kau jadi manusia?. siap dilengkapi keahlian umat akhir zaman. ya!. umat akhir zaman yang semestinya aku juga selalu lupa pada privilege yang telah tersedia. sebab kita buta. sebab itu aku berani kata kita hina celaka.

yang kita selalu ingat cuma dunia. celaka kita ini, entah mati nanti jadi apa agaknya?. dalam hidup kita akan lalu banyak simpang, banyak yang buat kita matang. banyak itu lah juga yang buat kita kecundang. tersadung dan lingkup ditimpa sesal yang tak bersudah. yang paling perlu setiap hari adalah kerap bangkit dan bermuhasabah, mencari dan mengira perihal hak hak kita dan hak hak Tuhan.

itu semua kita boleh mula dari sekarang. bukan susah cuma pejam mata dan mengaku kita ini manusia.

for the record :

Tiada ulasan: