RAWAK

salam

aku dah banyak kali tulis tulis dekat blog ini. sedar tak sedar bulan nie genap lah dua tahun aku blogging, lately aku jarang blogging, sebab aku tengah fokus dan konsentrasi pada sesuatu hal yang mendebarkan. bila aku tengah fokus aku memang malas nak merapu. bila aku tak merapu maka idea menulis jadi kurang.

sebab aku blogging secara spontan. tak ada rangka karangan macam karangan zaman sekolah dulu. cuma di akhir sekali biasanya aku akan edit mana mana part yang patut di edit. jadi kalau tak ada mood untuk merapu dan dalam keadaan serius dan fokus, aku tak boleh hasilkan penulisan yang aku rasa memuaskan.

secara keseluruhan aku rasa tiap tiap tulisan yang aku publish dah tahap memuaskan, aku tak nak tulis taraf dewa dewa, sebab bila tulisan aku power nanti aku jadi riak. bila follower aku ramai nanti aku poyo. padahal dalam seratus follower dalam blog nie aku rasa dua tiga orang je yang betul betul follow dan up to date dengan enrty blog yang di follownya itu.

semalam nuffnang buat hal, nyaris nyaris aku nak open table dan organize party untuk 54 orang follower aku. punya lah banyak dia bagi. sampai kalau open table untuk 54 orang siap ada baki boleh buat naik haji.

last last pagi tadi aku bukak email selamba je dia tulis


trimas nuffnang. tak pasal pasal duplicate issue pula kan?. dan dan je. demit. but thanks a lot kepada yang klik klik iklan nuffnang kat blog ni. aku berharap lebih ramai lagi anak muda seperti kalian. yang waras pemikirannya , matang dalam membuat pertimbangan berblogging dan saling mengklik nuffnang rakan blogger yang lain.

aku sebenarnya tak ada issue sangat nak kupas, jadi kalau terperasan yang elemen elemen boredom mula terbit dari sini. aku saran sila lah cari blog blog yang sarat dengan humor dan memenuhi permintaan para pembaca.

justeru dalam era yang serba canggih ini kita tak dapat lari dari facebook. zaman sekarang budak budak sekolah rendah pun nak ada facebook. mak cik pak cik pun nak ada juga. sampai ada yang cerai berai bagai. tapi itu semua masalah kerajaan. kerajaan kena pantau penggunaan facebook dalam kehidupan rakyat malaysia, khususnya penduduk sekitar kuala lumpur pavillion dan KLCC.

kalau di Klang kehidupan sosial kami tidak terbatas dalam facebook sahaja, makanya kami selaku warga Klang tidak memberi tahi kepada sebarang kenyataan di facebook. bagi kami barang siapa yang menyamakan kenyataan di facebook dan kehidupan sebenara adalah total ignorant. and pathetic all in ones.

cuma si dungu sahaja yang terasa dengan ayat ayat di facebook. dan satu hal lagi pada pejuang dan pemegang panji panji perjuangan islam yang soleh dan solehah sekalian. kalau ada gambar yang menghina islam atau kaabah atau apa apa simbol kesucian islam yang dihina. harap tak payah disebarpanjangkan lagi. sebab kau nampak bangang bila buat demikian. 

macam kau tolong musuh islam marakkan api kemarahan umat islam. tak apa lah. maybe kau tak sedar, tapi nie aku dah bagitahu kalau kau masih nak buat lagi tak tahu lah aku nak kata apa. selagi kau anggap perjuangan kau suci. tak kisah la mungkin kau lagi suci dan kudus dari aku. ah- tetiba emo apa hal?.


for the record :

jumpa lagi lain kali

Tiada ulasan: