TELEFON TALIAN TETAP

salam

hari ini aku nak cerita pasal kemajuan dan bahananya dekat rumah aku. kali terakhir rumah aku ada  telefon talian tetap adalah pada tahun 2004, waktu itu aku masih di tingkatan 4, waktu itu telefon bimbit aku pun masih cikai dan masih dirampas rampas oleh bonda, [pergh...bonda...]

kerana sahsiah dan disiplin yang agak membimbangkan dan pelajaran yang mengabaikan aku, pelajaran tingkatan 4 dan 5 memang mengabaikan aku secara optimum. kedua duanya memulaukan aku akibatnya ponsel aku kerap dikonfisket bonda.

bonda memang tegas dalam memerhatikan tindak tanduk putera puterinya, sehingga sekarang ini bonda masih bising dengan over usage telefon atau membeli benda benda yang tidak berfaedah seperti top up dan ring ring kad .bagi bonda KDNK negara haruslah ditingkatkan untuk menarik minat pelabur asing melabur di negara kita. katanya ketika mengulas pertanyaan sidang media di ibu negara.

justeru itu bonda telah tegar dengan pendiriannya untuk memberhentikan servis telefon talian tetap di rumah kami. bonda tegar membiarkan setiap surat dan notis yang dihantar telekom malaysia ke rumah kami. kami tiada pilihan lain selain akur dengan keputusan bonda, lantaran dari keputusan bonda. maka nama ayahanda terkena tempias blacklist dan ayah tidak lagi dibenarkan melanggan talian tetap. maka kami sekeluarga telah menjalani zaman gelap.

*****beberapa tahun kemudian setelah telekom malaysia berubah menjadi TM dan aku dewasa

aku telah menggunakan nama aku sebagai pelanggan TM berdaftar siap dengan pakej internet berkelajuan puas hati dan modem wifi. tapi langganan internet melalui TM memerlukan conection fixed line di rumah. maka aku pun memasang sekali telefon talian tetap di rumah.

bonda mula sibuk nak telefon semua saudara mara, dapat panggilan percuma musim perayaan katanya, manakala Ah Mei gagal dicamkenal kerana memakai baju kurung warna oren dan melepaskan rambutnya. tidak seperti syampu biasa rambut Ah Mei lurus bagai mendapatkan rawatan di salon. keterampilan Ah Mei memang berbeza dari hari biasa.

aku membahagi bahagikan hasil keuntungan berniaga di bazar sewaktu bulan puasa, tidak ketinggalan juga seorang lagi budak india yang aku dah lupa namanya. pun turut sama memeriahkan perayaan hari itu, kan kita satu malaysia. berbilang bangsa.

walaupun kita berbeza kepercayaan dan agama, kita boleh jadi satu dalam iklan pun dah cukup lah. kalau dulu waktu 13 Mei, mungkin iklan melayu, cina tak boleh masuk, iklan cina melayu tak boleh masuk,

jadi hari ini iklan melayu atau cina atau india sesiapa sahaja boleh masuk. itu tandanya matlamat satu malaysia telah tercapai dan tersemat abadi dalam sanubari setiap rakyat jelata. Iklan, keyword kita hanya iklan. hanya di iklan sahaja lah melaysia ini nampak satu paddu (baca dengan sabdu) dan majmu' (huruf a'in dalamkan lagi).

******setelah perayaan tamat

adik aku ingat dia boleh lepas tangan, dia guna telefon rumah untuk telefon kawan kawan dia dan jumlah penggunaan mencecah MYR 50.00. aku seorang yang cool dan a lil bit phlegmatic dengan adik aku. jadi aku cuma cakap pandai guna pandai bayar.

belanja top up aku pun tak pernah cecah MYR 20.00 dalam sebulan. dia nak sedap sedap memanfaatkan kebaikkan seorang aku.

dan seorang lagi adik aku yang bongsu dah tahu fungsi telefon sebenar. dia pernah gertak aku

"kalau kau buli aku lagi aku dail 15999"
"what is that?"
"Nur Hotline"

oh damn,  the ads really turn him into something. jadi untuk mengelakkan sebarang panggilan palsu berlaku di rumah aku, bonda sekali lagi drastik mencabut telefon dan membiarkan modem sahaja yang berfungsi. pendekatan ini aku rasa holistik untuk budak budak zaman sekarang.





for the record :
Don't forget to gossip about the goodness of God!

Tiada ulasan: