know what, i have an awkward issue in dealing with mesin percetakkan, tak kira lah printer mesin fotostat fax dan lain lain mesin yang guna kertas untuk cetak sesuatu. aku akan jadi macam panik bila berurusan dengan mesin mesin yang sedemikian.
aku rasa ini adalah akibat yang aku alami kerana menyalahgunakan mesin fotostat suatu masa dahulu. korang tahu, dulu aku kerja 7E dekat batu belah, satu hari aku ditugaskan untuk shift malam, dan macam biasa bila customer tak ada aku bosan.
jadi aku letak muka aku dekat kaca mesin fotostat sambil pejam mata rapat rapat. dan tekan butang warna hijau. aksi ini memerlukan keberanian, sebab once scanner berlampu dari mesin fotostat lalu dekat mata korang, dia punya silau memang tak ingat. dan bila korang angkat balik muka korang, mata korang nampak macam gelap gelap sikit. tapi hasilnya memang syok bila tengok fotostat muka sendiri atas kertas A4. stylo!
aku rasa aku adalah orang paling kekok bila nak print sesuatu, hatta sehinggakan re-print resit pun aku ambil masa untuk makesure hasil printing tadi tak salah. jadi apa yang aku nak cerita dekat sini adalah saat saat aku melakukakan kesalahan dalam sesi mencetak.
petang itu aku tolong member aku jaga kedai fotostat dia, dia ajar aku guna mesin tu dah. tapi sebenarnya aku tak faham sangat sebab mesin dia macam sofistikated and complicated all in one, touchscreen dilengkapi Itunes dan gps. jadi aku yang buat buat faham nie cakap kat dia
mesin fotostat touchscreen |
"kau jangan risau"
dengan penuh yakin aku akan survive by the time i need those skill ill explore it straight away. dan suddenly ada brader nak fotostat lecture note banyak set. 70 set kalau tak silap aku. satu set ada 4 keping. Wow!. money and ka ching!, sale aku naik mendadak. aku pun fotostat macam yang member aku ajar.
haram jadah tiba tiba paper jam tapi aku masih boleh handle situasi paper jam nie, malangnya aku tak jumpa dekat stage mana paper tu jam. aku dah godek godek dan buka semua bahagian. at last aku jumpa juga. dan satu set siap.
ada lagi 69 set. untuk set yang kedua paper jam lagi, dek kerana menunggu lama, brader tersebut fed up dan membayar untuk set set yang telah siap dan blah. aku masih terkial kial mencari paper jam yang gagal dikesan.
selepas menjumpai paper yang jam tersebut, aku susun balik kertas kepada keadaan asal dan tidak semena mena mesin fotostat bergerak terus mencetak sebanyak banyaknya baki 69 set yang belum siap dicetak tadi.
cilaka. siapa yang nak beli 69 set lecturer note ni nanti. brader tersebut hilang entah mana. mesin fotostat pula tak nak berhenti. aku call member aku cakap mesin fotostat tak nak berhenti dan member aku pun suruh tarik kertas keluar.
tapi mesin fotostat dah copy banyak salinan. dan memang rugi. aku mula rasa bersalah, lantas aku call member aku yang lain suruh datang kedai fotostat tersebut, hasrat di hati untuk menyuruh member aku ni ambil sedikit kertas lecture note yang dah terfotokopi nie.
tapi tunggu punya tunggu tauke kedai a.k.a member aku sampai dulu. jadi aku terpaksa berterus terang yang memang banyak gila pun set lecture note yang dah terfotokopi. haha. nasib baik member aku OK. tapi aku tahu dia marah, tapi aku peduli apa. tapi kesian la juga, oleh kerana itu esoknya aku dah tak datang tolong lagi dan aku tak nak ambil gaji untuk first day aku kerja hari itu.
pengalaman kedua aku adalah tadi.
Ok. aku memang tak reti guna printer pelik pelik yang microline yang khusus digunakan untuk print invois dan slip slip PMR dan SPM, alah senang cerita jenis paper yang ada lubang lubang dekat tepi dan ber'gsm' kecil.
microline printer |
jadi printer sebegini memang kena set dia punya mata dan macam macam lagi. leceh. jadi aku pun print macam aku tahu. aku nak satu copy je, tapi tak tahu kenapa printer tue print sampai 5. jadi lagi 4 aku komot dan buang cara sembunyi dalam dalam ke perut tong sampah berhampiran. lagi satu aku tunjuk dekat bos.
"nah bos.. dah siap report nie.."
"kenapa lama sangat?..satu je pun"
"jawab telefon tadi...ada orang call"
haha..
for the record :
People who ask you about your past are usually people who have a problem with your present
2 ulasan:
بفضل أميغو! وظيفة كبيرة!
anon:
hebat google translate skrg erk....mcm boleh buat...LOL
Catat Ulasan