JURNAL KESABARAN SI CEREWET 2

aku kadang rasa bodoh bila iakan apa yang tidak, tapi tak selalu, bukan sekarang ini. cuma bila ada komplen sibuk suruh aku jangan jadi aku, arah aku jadi macam itu macam ini. kadang aku turut kadang aku ikut.

tapi bukan sekarang ini bukan waktu ini. sebab dari pengalaman aku setakat sebegini. yang sibuk itu akhirnya tak buat aku jadi apa apa.  sampai kadang aku teringat . diri aku yang sekarang ini tak patut makan pengaruh. tak patut ikut asuh si bodoh.

jadi bila keliling aku ramai nak jadi cikgu aku mula diam. aku hadam satu satu nasihat dan kritik mereka, walhal aku sarkastik sebenarnya. dan paling mudah aku tak peduli pun kata kata mereka, sebab aku tahu, kau bukan bagus mana. acting lebih.

nak borak pasal disiplin pula, nak cerita pasal kesah moral dari seantero nusantara, oh tolong lah, dari kecil aku dah dengar snow white dan cinderella. tak perlu nak bikin satu lagi plot kesah kesah dongeng penuh moral.

aku pada hakikatnya letih, lagi lagi dengan perangai aku sendiri, jadi aku rasa aku lah punca kegilaan ini. aku sengaja benci pada kejengkelan. aku sengaja sebarkan kebencian, padahal semuanya tak ada apa apa. banyak sebenarnya yang kita susah nak terima.

banyak itu lah yang kita kena hadap hari hari, buat aku rasa daif, sebab orang semacam aku macam cuma aku. sebab itu aku cuba cari kawan, tapi bila dalam kawanan aku tetap rasa yang macam aku cuma aku.

tak kisah lah kalau ada dua tiga yang aku tiru atau dua tiga yang tiru aku. aku tetap unik pada kedaifan aku. jadi aku perlu ruang, untuk persembah apa yang aku simpan. untuk berlagak dan menayang. dan buktikan kita semua ada satu nilai tunggal yang tak ada pada semua orang dan patut diberi penghormatan.

umpamanya. aku boleh mencarut dan sakitkan hati orang. tapi aku masih diam. sebab Tuhan bagi sabar pada aku dalam jumlah yang cukup. cukup untuk aku diam dan senyum sarkastik. rasional dan toleransi  dan aku nampak belagak dari sini. jadi aku peduli apa?. sebab aku memang.

memang aku suka buka kamus dan cari kosa kata baru. kemudian belagak dengan orang. macam bahasa ibunda aku adalah bahasa asing. aku memang belagak. agar nampak unik macam orang kelas tinggi. agar bahasa aku nampak semua berisi ilmu. aku tak guna ayat ayat anakronis. aku cuma guna frasa frasa yang buat orang kata "wow" . sebab aku kadang kadang. ingin ditakjubi. dahaga publisiti.

bila tak ramai orang yang berani. tak salah aku jadi minoriti.

so what?.

Tiada ulasan: