शुभ रात्रि

salam

kita sudah lama tak borak. tadi pagi aku fikir malam ini (sekarang ini) aku patut tulis apa apa di sini agar ruangan ini tak mati. tapi macam aku hebat sangat nak tulis panjang panjang. kalau lihat jarak entry entry kat sini nampak sangat aku sudah macam tak kisah apa nak jadi dengan tempat ini.

jangan tanya aku sebab. nanti aku malas nak jawab. kau tahu kan. aku bukan ada kehidupan normal yang awesome. aku jumpa nepal di tempat kerja hari hari. (oh ya.. aku kerja sekarang ini untuk bunuh waktu cuti yang panjang tak ingat astaghfirullah.).

aku jumpa nepal hari hari. umur dia 23. sama macam aku, tapi waktu ini dia  ada di Malaysia sara keluarga di Kathamandu  dari Malaysia. aah. aku rasa loser. dalam Umur 23 aku masih duduk dengan ibu bapa penjaga. makan nasi dari tong beras mereka.

tapi itu nasib dia. dia kena buat macam itu sebab itu takdir dia. jadi dia kena terima, datang Malaysia dan cari rezeki. untuk suap ayah ibu dia di negara dia.

tapi tak mustahil. satu hari nanti kalau Malaysia jadi macam Nepal. kau kau dan kau yang baca blog nie, atau kau kau yang isi masa lapang dengan blogging dan tweeting dari blackberry smartphone. satu hari nanti akan deactivate account dan delete blog. pergi luar negara dan cari rezeki.

sebab Malaysia dah tak mampu nak tampung keperluan penduduknya. jadi kau mula mula akan jual telefon kau. lepas itu telefon awam akan berleluasa tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. baru kau tahu susahnya hidup. nak cari coin, kadphone dan juga ring ring card. lagi derita jika kau punya nombor ring ring card kena curi dengan kawan kawan kau.

keparat apa entah aku mengarut nie.

mungkin aku cuba nak ulas isu semasa dewasa kini yang berlaku di Malaysia. dari harga barang naik hatta ke akhbar utusan yang kutuk hukum hudud.

kalau pasal harga barang naik sebenarnya kita kena belajar ekonomi sikit sikit, sebab ekonomi akan memberi pencerahan bagaimana sesebuah kerajaan menjalankan sektor ekonomi di sesebuah negara. Supaya apabila subsidi dikurangkan atau harga barang naik maka kau akan tahu dari sudut mana kau nak pertikaikan tindakkan kerajaan.

misalnya apabila sesebuah kerajaan menaikkan harga barang seperti crude oil. bermaksud subsidi crude oil telah dikurangkan.

kau kena tanya kenapa dikurangkan?. sedangkan cukai kerajaan dah naik 6% beberapa bulan yang lepas, dan cukai tersebut sepatutnya boleh digunakan untuk menampung subsidi crude oil yang kononnya terlalu tinggi.

maka kerajaan akan menjawab bahawa subsidi akan disalurkan kepada orang orang yang berhak menerimanya. kau kena tanya. kenapa nak kena buat macam tu. jadi jika kereta saya buruk atau bernombor pendaftaran lama. bolehkah saya tidak membayar tol?.

maka kerajaan akan menyerahkan beberapa kepentingannya dalam sektor lebuhraya kepada syarikat konsesi lebuhraya, dan syarikat tersebut akan menjadi GLC. maka degree of government intervention nampak kurang. tapi padahal yang dapat tender tentulah saudara rapat dan dan sahabat handai sesebuah negara itu.

itu hal highway.

meleret pula pada hal akhbar utusan yang memperlekehkan kredibiliti hukum Allah subhanahu wa ta'ala. gejala lekeh memperlekeh ini sebenarnya sudah lama wujud dari zaman Nabi Muhammad S.a.w. lagi . dan ia merupakan aktiviti konstan yang berterusan dan tidak pernah berhenti. sebagaimana waktu kecil kau perlekeh tuhan orang kafir. maka semacam itulah mereka akan memperlekeh Allah.

sebab tu



“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah,karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (QS. Al-An’am: 108)

aktiviti ini mungkin boleh diterima sedikit oleh akal orang islam yang waras sabar dan warak, jika ianya dilakukan oleh orang kafir. kerana kita sedia maklum bahawa mereka tak ada pendedahan, so that it might a bit forgivable.

tapi bila pelakunya adalah muslimin muslimat yang dirahmati Allah. tidakkah ia musibat laknat?. kalau kau melayu liberal pun kau boleh pergi mati dengan liberal kau. jangan kau sibuk sibuk dengan ortodok ortodok dan mempersendakan fahaman mereka.

kalau kau masih berpegang pada rukun iman dan rukun islam. kau harus butthurt anak muda, kau wajib offended!.



1 ulasan:

Mat Pintu berkata...

salam kenal :)

utusan ni memang dah melampau dah. dorang memang nk suruh rakyat tukar kerajaan kot? ohoi

rockcintan.blogspot.com