Memaparkan catatan dengan label lama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lama. Papar semua catatan

PUBLISHING FINALLY

1..2..3 bismillah..

salam
hari ini aku cuba blogging sebab dah lama rasanya aku tak blogging, maksud aku tak tekan publish. sebab usai aku taip taip, kebiasaannya aku akan buka paparan pra-tonton, dan bila aku rasa entry macam tahi aku terus tekan pangkah dan alih pada facebook.

tak kiralah berapa juta patah kata aku dah taip kalau tak suka aku selamba pangkah. mudah sekali selera aku berubah kebelakangan ini. macam hilang arah. ah!..tak apa lah, mungkin lain kali boleh update lagi. aku lengah lengah sengaja.

aku bukan nak kisahkan cerita cerita hebat jadi kalau ada yang harap di sini ada cerita cerita hebat. dari awal aku khabar ke kalian aku bukan profilik yang jutawan anekdot.

sebab mungkin atas alasan keadaan sibuk aku jadi jarang membaca sampai aku jumpa cerkas. itu pun aku pinjam dari hafiz seorang kawan baru yang boleh kata gila sastera dan sanskrit.


beliau berani berdiri dihadapan ratusan kawan kawan di pekan frinjan. macam tak percaya aku. tapi kagumlah aku pada dia sebab beliau mampu kawal gemuruh dan beraksi kukuh menghibur pendahaga hiburan.

tak kisah lah ceritanya macam mana aku dapat cerkas. itu aku saja cerita mungkin tak ramai yang minat sebab macam biasa aku tak punyai minat yang sama macam komuniti sekeliling.

tapi kalau sesiapa yang cuba mahu tiru minat aku. silakan klik saja sini boleh dibeli di situ. beli dua, untuk satu dikirim ke aku. haha.

tapi lagi, jangan cari di toko toko buku hebat yang ada mesin moden berscaner di kaunter. sebab sini aku tunjuk kenapa



takkan aku nak cerita betapa kalis scanner nya naskah ini - lihat pada barcode yang jatuh, mahu cepat barangkali sampai lupa membetulkan barcode harga. atau mahu unik. atau mahu ringkas. atau apa saja yang kamu suka untuk di-atau-kan.

*****

dari topik cerita yang bosan aku cuba dekorasikan entry ini sebagai denda pada diri yang tak ada spirit menaip entry ilmiah. percaya atau tidak aku nyaris tekan pangkah tadi untuk draftkan lagi entry ini. nasib baik aku ke ruang tamu lihat di kaca tv dan tercetus idea.

ok mari kita fikir sama sama, tapi sebelum apa apa jua, topik ini khas untuk pemilik tabiat aneh yang mahu mandi atau berak sambil bawa telefon bimbit untuk dengar lagu.

ok kita lihat trend zaman kini, ramai yang menyimpan bacaan ayat Quran dalam telefon sebagai medium untuk menenangkan jiwa, tak kurang juga yang guna sebagai senjata kalau kalau terjumpa hantu bangkit dari kubur saat pulang ke rumah dinihari. tak kisah lah.

cuba bayangkan sewaktu di dalam toilet atau bathroom, sedang lagu lagu tersebut shuffle up themselves. tiba tiba ayat Quran masuk dalam list dan terplay dengan taranum indah alunan sheikh saad alghamidi. serentak pula pada ketika itu anda sedang berusaha meneran serat serat keras keluar dari lubang perkumuhan anda.

cuba kira kebarangkalian untuk anda hold the poo poo hanging position dan pause ayat quran tadi. yang mana satu anda akan lakukan dulu.

adakah anda akan kurang ajar membiarkan suara sheikh saad alghamidi berkumandang di teritori syaitan?. atau anda akan memberhentikan alunan tersebut?. atau mungkin sewajarnya anda cuma play playlist kesukaan anda yang tiada ayat Quran di dalam list tersebut.

ok lets get crystal. sebenarnya bagi aku perkara ini nampak macam janggal dan tak sepatutnya berlaku, jadi kepada yang kepingin sekali didodoi muzik sewaktu berkumuh. makanya sila sediakan playlist "berak" di pemain mp3 telefon anda. pastikan juga ianya tidak mengandungi album album nasyid ketuhanan atau melodi sheikh saad alghamidi dan artis artis Hafiz quran yang lain.

kalau mawi macam mana?.

"haha..shal"

oh ya!..jangan malu nak mengaku atau menafikannya ya. aku juga suka mendengar muzik sewaktu berkumuh. bagi aku ia adalah semacam terapi. berhibur sambil bersuci. yeah!..alasan konkrit untuk hari hari yang penuh dengan kesibukkan kita tidak perlu ke spa untuk terapi. kini di rumah sendiri pun ada terapi yang kita jarang sedari. manfaatkannya.

selain itu. sewaktu maghrib ketika azan di TV. aku rasa bagi lah azan habis dulu sebelum matikan ia. atau paling koman. bagi muazzin di TV itu habiskan phrase azan tersebut sampai waqaf. bagi makna dia lengkap.

pada bacaan ayat quran juga begitu ya. bagi Qari/ah habiskan ayat dulu baru tukar stesen radio ke. matikan ke. apa ke. ikutlah selera si fobia ayat Quran tersebut. walau apa pun. untuk nampak bersopan. bagi sampai Waqaf dulu untuk sempurnakan makna ayat tersebut.

ok. aku tak cakap pun itu tak boleh ini tak boleh ya. aku cuma saran sila bersopan dan memberi peluang pada ayat ayat suci berkumandang untuk beberapa saat. tak luak mana lah masa kita untuk berhibur.

sekian.

for the record :
Tuhan..aku lah hambaMu yang selalu berdosa. ampunkan aku selalu selama lamanya 

MALAM

sibuk...
tidak lapang...
tidak senang...
sibuk aku pun aku masih di sini...
lapang aku pun aku tetap ke mari...
apa entah aku cari...
tak pasti...
bila payung malam terbuka...
aku paling gembira...
aku mahu teriak...
terimakasih tuhan...
buat payung indah banyak bintang...
terimakasih bintang...
sudi bersinar sampai terang...
kadang sampai lupa aku pijak pada apa...
sampai lupa usia sudah berapa...
gila...
masih gugup dan gila...
kurang fokus...khusyuk pada benda...
diam tapi entah ke mana...
dusta lakon sempurna bahagia...
ah!..malas aku berceramah...
biar figura saja bicara...



AKU JUJUR #2 : DUIT KOPERASI SEKOLAH

assalamualaikum...

pagi itu di tingkatan 3....waktu itu aku sudah berjinak jinak dengan nikotina....maka mudah diceritakan di sini...hingus aku dah kurang meleleh....tak macam waktu darjah 6....sedang aku sibuk fokus dalam bilik tingkatan menghadap guru yang membebelkan suara suara ilmiah.....

tiba tiba aku dipanggil untuk bertemu mesra dengan encik warden....encik warden memang tampak jelas kurang menyenangi sikap aku....dengan rekod pelajar paling malas turun subuh berjemaah....oh ya....zaman asrama di sekolah dulu....mereka ada sediakan rekod kedatangan untuk solat subuh dan asar.....

motif?....urm....bagi aku motif menggiatkan law enforcement untuk penjagaan solat berjemaah ini adalah untuk memartabatkan sunnah dan merapatkan sillaturahim antara pelajar asrama.....maka kes buli ragging sampai mati jarang berlaku di asrama tersebut....maklumlah....sekolah agama menengah tinggi.....maka nilai nilai sebegini haruslah diterapkan bagi melahirkan modal insan yang berakidah dan beriman serta kaya dengan rasa taqwa....

maka tahniah aku ucapkan disini untuk pengawas pengawas asrama yang berlagak macam penguatkuasa majlis perbandaran.....semoga roh roh kalian bakal ditempatkan bersama para salehan.....salehan adalah ketua warden di sekolah aku....dan kami rapat.....memang rapat...haha

berbalik kepada pertemuan dengan encik warden....sesampai di bilik guru....dauratul muallim.....dalam bahasa arabnya....aku pun tak ingat....encik warden dengan tidak semena mena terus bertanyakan.....

"mana duit tu??..."

"duit apa?"....balas aku....

"alah tak payah nak pura pura lah....saya ada banyak lagi kerja nak kena selesaikan....awak tahu apa maksud saya kan??..."

"tak tahu..." balas aku confident dan memberikan kejujuran secara menyeluruh.....aku sedar sesi psiko menyaiko akan bermula dalam beberapa minit lagi....

for the record....aku dan encik warden pernah duduk di gazebo depan asrama dari pukul 0000 hingga 0300....itu semua bahana perbuatan fly aku dihidu oleh mereka....encik warden memaksa aku mengaku fly.....beliau juga menyaiko aku dengan cerita cerita pelik yang kononnya beliau dengar tentang aku....walhal aku tak buat.....

akibat tak tahan ngantuk dengan nyamuk yang mula gigit encik warden....dan simpati yang meninggi dengan keterdesakkan beliau untuk buang aku dari asrama.....akhirnya....malam itu apabila jam hampir menunjukkan jam 3 pagi.....aku mengaku dihadapan beliau....sambil dengan hensemnya....menceritakan secara terperinci tentang jalan jalan yang aku guna untuk fly....mana aku lepak bila fly....dan apa aku buat bila fly.....waktu itu aku terus ceritakan pada beliau semua cerita yang masuk ditelinga beliau adalah sekadar samar samar dan tidak tepat.....TAPI.....aku dengan kacak dan begitu gagah sekali menyatakan pada beliau.....

"saya boleh cerita semua benda nie....tapi saya takkan dedahkan dengan siapa saya buat kerja nie...."

hensem kan?....haha.....alhamdulillah....beliau juga tak kisah..... sambil beliau memberi tempoh sampai hujung tahun sahaja aku layak duduk asrama....the next year....i have to move out....

during that time....i was so confident that im gonna move to another school for the next year like SBP MRSM or what ever else than that school.....i voice out my confident on him.....

but damn!....form 4 dengan form 5 aku still di sekolah yang sama....berhadapan dengan beliau.....malu kan?....tapi masih kacak....tak kisah la.......

haha....back to the story psycho session on that form 3 morning....sesi tersebut berjalan lancar.....tanpa aku mengaku....haha....puas hati aku.....kali itu aku menang....ya lah....takkan aku nak mengaku benda tak buat.....aku ingat kalau beliau lempang aku.....aku nak balas dan lari laju laju.....haha.....

setelah selesai sesi tersebut....aku membuat sedikit penyiasatan tentang individu yang mendakwa aku adalah pencuri duit koperasi....akhirnya aku dapat juga tahu.....tapi aku buat rileks....sebab aku bukan suka gelabah gelabah terus attack....takkan aku nak tunjukkan sahsiah seperti pendakwa tersebut.....

aku ambil masa beberapa hari....dalam tempoh masa itu.....aku dengar cerita tak tahu betul ke tak.....bahawa awek koperasi tersebut yang tersalah letak dan menuduh aku.....aku tepuk dahi tanda kesal dan *sigh.....aku juga yang kena.......tapi demi mengekalkan awet muda dan keanjalan kulit.....aku buat biasa biasa dulu.....

sampai di satu petang....selepas selesai bermain streer soccer....aku dan beberapa kaki yang lain.....berjalan menuju koperasi untuk membeli air.....ada juga kaki kaki cilaka yang kesempitan wang kerap mencuri di koperasi ini.....siapa dapat curi air kotak memang hero skillfull waktu itu....

jadi di kesempatan ini....saya dan diri saya dan mewakili kawan kawan yang lain....ingin memohon halal untuk benda benda yang pernah kami terambil di koperasi sekolah agama menengah tinggi sultan hisamudin....formerly known without sultan word.....samth.....

sesaat aku berhadapan dengan awek koperasi yang tuduh aku.....aku terus mengherdik awek koperasi.....awek koperasi mula menggigil dan menangis....sambil meminta maaf kerana menuduh aku.....aku pun jual mahal.....maka awek koperasi menawarkan jalan penyelesaian untuk belanja pizza free.....ambil banyak mana yang aku nak.....

kaki kaki yang lain pun sibuk juga nak pizza.....maka seorang ambil satu.....nasib baik aku bawa dua tiga orang kaki je.....kalau 20 30 orang.....aku rasa bankrupt koperasi....

maka dari peristiwa tersebut aku makin matang menghadapi tohmahan dan tribulasi di hari mendatang.....kepada awek koperasi....aku minta maaf kalau kau marah aku tulis entry ni....lagi satu aku mintak maaf sebab buat kau nangis dan mengambil pizza jualan kau serakus hati....

DI ARI

asalamualaikum...
waktu mula menulis pukul 1105
aku masih bosan lagi....hari ini satu kelas saja....
pagi pagi sarapan nescafe ais goncang....
sudah tiga hari tak balik rumah....
mula rasa homesick....
kerja rumah bergilir gilir menodai aku...

berhenti sebentar cari vitamin N...1110
jeda = idea menulis masih kosong....baik buat assignment...
kalau di rumah....di bilik sendiri....pasti ada idea....
merungut lagi....

owh....cerita semalam.....hampir kemalangan....
orang pandu kereta memang tak gemar bagi signal....
jodoh aku.....nasib aku.....tidak perlahan tidak laju....

emosi??.....jangan cari pasal dengan aku....pasal ini bukan waktu mencari....
bibir kering??....jerawat berkeruping....lumrah dibanding....bebal...
salahkan personal grooming....

bosan cari permainan video yang setanding....
salah aku lagi.....
hasil ujian tak cemerlang...
salah aku lagi....
seorang...

cari salah orang lain memang senang....
celaka?....disumpah?....disantau?....ah!....mood swing....
tengok facebook...bosan!....kata laluan entah ada pada berapa orang....
baik buat akaun berkumpulan...trio atau duo....

jadikan blog sasaran.....aku yang lari dari tuhan....
memang salah aku lagi.....
mp3?....lame
mp4?....damn
mp5?....tak ada lagi....
psp?....masih mimpi....

mungkin hubungan dengan keluarga dan rakan rakan patut diletak pada rak tertinggi....
jadi pameran terpenting dalam kedai cenderahati.....tapi tak mungkin dijual beli....
hubungan dengan tuhan?....free....percuma sampai bosan nak dicari?....rugi...
kejar dunia sampai lupa neraka?.....aku minta juga dijauhkan.....
panas...cuaca....panas....hati.....
usia dewasa buat kita kembang pecah punah hancur berkecai....

macam bagus tulis macam ini.....
macam bagus baca macam ini....
macam berisi....macam kosong.....
kosong untuk dicari....
berisi untuk yang mencari....
mari terus lari lari.....

berhenti....STOP!...
waktu berhenti 1128
ditemani seiko kinetic automatic

HEAVENS GATE

dari tadi aku taip taip sebab bosan....ada yang sudah cecah 3 perenggan....lantas aku tekan butang Ctrl+A dan Backspace....sudah lama mendiam bila mula balik menulis....aku jadi clumsy....padahal bukan satu kewajipan pun untuk tulis tulis di sini.....banyak lagi yang boleh aku buat.....mahu aku ceritakan kisah lampau....tapi tiada yang sesuai....aku bukan mengharungi hidup yang boleh jadi contoh....aku tekan backspace lagi.....sebentar kemudian aku tukar gambar kepala blog di atas....sebentar kemudian aku keluar borak borak dengan mama....sebentar kemudian aku review drama korea....bosan lagi....memang aku sudah kaku barangkali......

macam mana agaknya cerita orang orang yang dah lama tak baca quran.....kalau disuruh baca....pasti tunggang langgang......aku ada dengar dekat cerita alkuliyah entah cerita halaqah...tak pun khutbah jumaat.....nanti kalau malaikat kubur nak bantai kita....alquran yang jadi back up.....itu aku saja saja kongsi....kalian nak amalkan atau tolak tepi....silakan....

aku ingat lagi....masa aku ada rasa macam tak kena dengan doa qunut aku dulu.....terus aku google bacaan dalam solat....huh~....memang sah qunut aku salah....aku tak tahu nak buat macam mana....jadi tawakal saja...diterima atau tak....itu urusan pencipta.....

macam mana pula dengan urusan abang abang yang jadi pelayan dekat restoran tom yam dan makanan laut....tak pun pekerja operator kilang tempat aku kerja dulu....cilaka....urusan sembahyang tak usah ditanya.....buat macam tak ada apa apa.....lepas itu sedar pula sambil berkata....."aku tahu lah amalan aku tak banyak dosa bertimbun....."....boleh kata macam itu tapi macam tak ada effort nak ubah.....lepas itu kalau tegur kata ceramah lah....jadi ustaz lah....OMG....they were really something else.....ada pula yang yakin dengan kekuatan sendiri dengan kata kubur sendiri sendiri.....

huh~....semalam kena basuh dengan lecturer kalkulus aku....sebab tak buat tutorial jer....terus disekolahkan aku dari tadika sampai masuk universiti balik.....aku pun angguk angguk jea.....nasib baik aku ada dengar dengar imam muhammad bin idris kata...."even ko dah tahu benda itu....ko acah acah tak tahu je la bila cikgu mengajar.....".....jangan kerek sangat.....

macam mana pula dengan urusan awek awek bertudung yuna sambil memaparkan bentuk bentuk indah terlarang.....lepas itu sibuk pula bergosip gosip pasal perempuan free hair.......

perempuan free hair pula...sibuk sibuk dengan hujah "alah...perempuan bertudung bukan semua baik pun...."...

pn.roslina mantan sifu kalkulus aku cakap....perempuan bertudung kalau rembat makanan kat kafe....dosa dia satu saja.....kalu perempuan free hair....dua.....satu dosa dia rembat...satu lagi dosa dia free hair.....itu dia cakap.....dia berani cakap macam itu sebab ada seorang makwe free hair kelas aku semalam ponteng......so yang tinggal....makwe makwe yang pakai tudung.....alhamdulillah la....kalau mereka pakai ketat ketat pun aku tak nampak....sebab mereka pakai jaket fakulti.....

tak nampak lagi??....mesej yang cuba di ketengahkan pn.roslina ialah....free hair itu dosa.....antara akibatnya seperti sabda pn.roslina.....

"you'll grab your parents hand while they already one step closer to the heavens gate......you'll blame them for ignoring your own attitude.... your own body"......

jadi....jangan lah jadi palat palat melekat di mangkuk tandas....sudah lah hidup menyusahkan mak bapak.....mak bapak nak masuk syurga pun disusahkan lagi.......bukan soal aurat saja....soal semua yang jadi dosa kelak.....jadi....mari lah sama sama berdoa supaya kita tak tarik tangan mak bapak kita masa mereka nak masuk syurga nanti.....jadi lah tangan yang menarik mereka ke syurga......wallahua'lam.....

VINI VIDI VICI

asalamualaikum....saat ini sepatutnya aku sedang siapkan tugasan yang tertangguh....tapi berakhir di sini....bosan barangkali...bukan bosan....malas agaknya....cuba cari movie movie yang belum ditonton lagi dalam hard disk....tapi...semua sudah khatam dan hafal....ah!....aku cuti dengan jiwa kosong....tak tahu apa nak buat....ada dengar ada seorang kawan nak kahwin sudah....bagus betul....muda muda lagi dah dapat kahwin....semoga kekal ke anak cucu...teringat dulu kecil kecil lagi...main kahwin kahwin....tipu lah kalau tak pernah main kahwin kahwin....kalian bukan lahir lahir terus jadi rock....terus main kereta dash yankuro....kereta tamia....mesti bermula dengan permainan kahwin kahwin....cuma budak budak sekarang je yang belum lahir lagi dah dapat permainan mewah mewah....kalau boleh memandu mesti dah dapat nisan skyline bapak dia orang belikan....owh....untungnya budak budak sekarang.....

ya....itu bukan persoalannya....aku sekadar teringat dan tulis.....mungkin dalam perenggan lepas ini aku akan tulis pula hal cerai berai....hal porak peranda.....siapa tahu....mungkin ada yang tahu....sebab dia dah baca tulisan ini dua kali atau lebih.....tapi saat aku sampai tahap ini dalam perenggan ke dua ini....aku belum tahu mahu tulis apa untuk sudahkan ini.....ini sebab aku sekadar nak layan otak dan kekunci.....kadang aku rasa bunyi kekunci yang aku tekan tekan ini dah macam bunyi kekunci yang pelakon televisyen selalu buat....laju sungguh....memang laju....kadang mata tak pandang kekunci....tapi apa yang ditaip...semua....konon konon jadi....ah!....nama pun pelakon....kalau tak berlakon bukan dipanggil pelakon....tapi nak menipu jangan lah sampai aku tahu....sebab kalau aku tahu mesti aku menyumpah....mesti aku kata celaka....kadang gelak sendiri sendiri...ah....itu memang hal mereka.....aku malas nak campur....sebab itu aku pernah dengar orang yang kata....

"hello...filem melayu ke??....minta maaf....saya tak dapat bantu...."

[pada awal orang ini cakap bahasa inggeris....dengan dialek inggeris ala ala britain macam tak tahu cakap melayu....macam tak pernah tahu apa itu belacan....macam tak pernah sarapan dengan kopi dan cekodok.....alhamdulillah....di sini aku berjaya terjemahkan....untuk dibaca melayu melayu sekalian....]

owh....sebelum itu....minta maaf sangat sangat....ini bukan bermaksud perkauman....kalau orang orang rapat dengan aku pasti tahu apa sebab aku malas mahu timbulkan isu perkauman....sebab dari mata aku kadang aku malu........ah!....itu biar aku simpan....tak mahu canangkan panjang lebar....tapi dari sudut manusiawi....kenapa perlu ada hasad pada bangsa sendiri....memang pantang sekali lihat melayu duduk tinggi tinggi....sehingga ada pernah aku lihat satu melayu haprak dalam dua senario....

senario satu
seorang melayu kaya memandu sebuah kereta BMW 7series...punya villa besar di hujung kampung.....
seorang melayu haprak berkata "cilaka....berapa juta duit haram dah dia telan??...."

senario dua
seorang cina kaya memandu sebuah mercedes benz slk200....punya ladang besar di Ipoh Perak....
seorang melayu haprak berkata "standard la....orang cina...."

untuk dua senario itu....sila fikir sendiri penilaiannya....aku ada fikir juga....ada betulnya jika senario satu itu berpunca dari seorang melayu lain yang memang berkerja makan duit kopi....aku tidak mahu suluh mana mana badan yang aku rasa paling banyak terdedah dengan makan suap ini....semua orang tahu sendiri....satu malaysia sudah tahu....tak kira lah dari hulu atau ke hilir....aktiviti mereka memang durjana.....memakai topi lagak pembesar istana....tapi salah guna kuasa untuk cari nafkah tambahan.....fahamkan sendiri fenomena ini...kalau dicerca kita marah....tapi diri sendiri yang undang musibah.....sampaikan frasa "kerana nila setitik rosak susu sebelanga"....rasanya sudah boleh ditukar....kerana "tahi sepinggan rosak nasi sekawah"....sebab bukan lagi setitik yang menjadi punca dalam era ini.....buka mata....bukan setitik....

tahu kenapa penjara pudu ditutup dan dijadikan pameran??....aku rasa bukan sebab berhantu atau sebab sebab lain.....tapi aku rasa kalau melayu melayu yang aku maksudkan sebagai hamba korupsi ini ditangkap.....aku berani jamin penjara pudu terpaksa beroperasi sebagai penjara semula.....sebab mereka bebas lah yang menjadikan penjara bukan lagi perlu dibina besar besar.....mungkin di penjara sungai buluh....satu orang banduan boleh menginap dalam dua sel sesuka hati....sebab kekosongan yang melampau....ah!....itu imaginasi aku....jangan dipeduli......

itu sebab aku benci politik zaman kini....owh ya....aku memang benci....aku tahu memang akan ada yang kata aku harus pilih salah satu.....memang aku tahu aku harus pilih satu pangkah satu.....ironinya.....aku sudah lihat politik kini dicemari dengan wang....siapa lagi yang layak aku panggil pemimpin??....siapa lagi harus aku jadikan naungan??....ya...aku perlu jalankan tanggungjawab pada negara....tapi aku juga sebagai rakyat membutuhkan hak yang perlu senantiasa tegak...bukan aku sahaja....tapi kita....kita berhak....tanggungjawab semestinya disusuri dengan hak...bercakap pasal politik memang buat aku jadi mual....

mahu tukar topik penulisan....aku boleh tukar sesuka hati....kerana karangan aku kali ini bukan untuk dibuat contoh karangan terbaik SPM...dan aku tak pernah rasa karangan aku merupakan karangan terbaik....dari bangku sekolah...tatabahasa memang aku langgar....langgar macam aku sendiri pelopor tatabahasa.....lihat bahasa melayu zaman hang tuah....waktu itu hang tuah masih lagi menggaru belakang badan beliau menggunakan taming sari.....sambil menggunakan kata ganti diri kanda, dinda, tuan hamba, ... ah!...sopan sungguh orang dahulu....berbudi bahasa.....sebab itu hang tuah kata takkan melayu hilang di dunia....kesopanan dan kesusilaan....rukun negara kan?...pernah dengar kan??....iklan radio pun ada cakap cakap......pandai pandai fikir sendiri....sebab aku bukan pandai untuk cakap cakap banyak untuk ajak pada kebaikkan....biasa orang orang sekeliling aku akan cakap aku tunjuk pandai untuk sesuatu yang aku cuba ketengahkan....jadi aku letakkan ini satu per empat menghampiri titik tengah....untuk sampai ke tengah...sila usahakan sendiri....aku punya banyak lagi perinsip yang bukan untuk dikongsi....sebab aku bukan maharajalela untuk arah orang sekarang buat itu buat ini.....silakan hampiri yang baik....jauhi yang tak baik....

Allah lihat apa yang kita buat

bosan....aku sudahkan ini di sini dahulu....mahu kembali pada tugasan yag masih meninggi....

wassalamualaikum.....

36hr LATER

cuba mahu senyum lebar....
semua sudah tamat....
belum lagi...
bahagian depan ada lagi....
ada lagi...
belum tamat sepenuhnya lagi....
satu lagi rancangan sokongan belum sudah lagi....
saat ini otak bergegar gegar....
mata berpinar pinar....
betulkan darjah monitor...
bukan salah susunan....
cuma salah makan....
ingat ini rakan rakan....
jangan campur adukkan makanan dari laut dan darat....
pening lagi...tapi mahu tulis lagi....
biar aku tulis ini....
masa aku banyak lagi untuk aku menari nari...
masa kau banyak lagi untuk mencari diri...
mungkin bukan ini....mungkin sebelum ini....
belauan perasan mungkin sampai ke deria kau...
tapi itu bukan hasrat aku untuk obseskan ini untuk alam sekitar...
alam sekitar aku penuh sampah....
aku tak berani pelawa orang masuk dalam bulatan aku....
cuma kalau mahu ikut aku....
buat cara kau....
jangan tiru aku sebab aku rasa ia menjengkelkan....
jangan salah tafsir ini....
bukan untuk generasi kau....
aku bagi anak cucu aku tahu siapa aku....
aku bagi kerabat aku tahu dengan siapa mereka berkerabat....
gelagat badut badut yang tak lelah dengan kerenah....
terima kasih hiburkan aku yang berdiri di pintu gerbang pesta....

bila mahu tamat memang situasi yang aku benci....
tunggu macam tunggu jadi perdana menteri.....
mahu ubah itu....mahu ubah ini...
mahu ubah diri....mahu ubah kredibilti....
mereka tabur janji janji....
nak buat menara tinggi tinggi....
nak suapkan dalam perut setiap fakir beberapa cupak nasi....

tapi sekarang....
mahkamah jadi institusi jual beli....
aku mahu menang ini aku bayar dengan ini....
tutup mulut dan ketuk tukul sakti itu...
penjarakan orang ini.....
siapa berani nafikan ini???...
siapa berani??....
aku bukan tadika lagi....
aku lahir dan tahu 9/11 WTC cuma drama tak perlu produksi.....
aku lahir untuk sedia....
kalau diberi pedang dan peluang....
aku ambil peluang....
kalau diberi lebuhraya dan longkang...
aku ambil longkang......
jadikan aku pedoman bukan sebab untuk aku bagi kau terus ikut aku....
aku mahu lihat lidah kau label kau....
aku mahu lihat busana kau refleksikan kau....
aku belajar....
aku belajar...
jumpa juga siapa kau....
belum sempat tekan suis padam matahari....
satu alam sudah lihat aib aku....
satu alam sudah lihat karma aku....
normaliti disalah erti....
mahu teleport jauh dari negeri sendiri....
mual lihat kuku di kaki panjang bergerigi....
sudah biasa terlantar di bawah....
sampai mahu duduk di kerusi juga kejang kaki....
jangan biasakan ini kalau tidak mahu di ludah anak cucu sendiri nanti....
mahu lari...mahu belajar berdiri dan lari....
lari sampai mati....tak mahu berhenti...
tak mahu jadi tugu di atas candi....
mahu hidup ada satu fungsi walau pencungkil gigi....
bila urbanisasi tamat aku mahu rehat.....

garapan



dikejar kerja lagi...
termengah buat aku selekeh berlari...
lari macam belakang sana ada tsunami...
lari macam tempat tuju turut lari...
lelah meratap putus berharap...
bukan mahu ini jadi bisa yang biasa...
kosong sokongan 3embilan songsang...
membilang penjodoh bilangan untuk keringat bertandang...
merempuh saki baki hujan di persimpangan....
gemuruh hari hari depan bukan dalam rancangan...
boleh bikin pacuan adrenalin jadi segan...
bisa ranap pohon berteduh dipalu belantan....
gegarkan sukma dalam enak getaran...
bukan mahu semua ditatap semua insan...
gelang kepercayaan hilang lenyap....
lunyai longlai bila kalimah disilang kerap...
jelajah lagi lembaran hadapan untuk cari gantian...
letih keluh kesal bukan sekarang masanya untuk disoalkan.....
permudahkan urusan aku Tuhan...
permudahkan hidupku....
permudahkan matiku...
aku gantung semua itu padaMu...
padaMu maha satu...

HARI AKU



hari ini roh Shakespeare yang selalu berpuisi dari kamar hati tak datang bertenggek....aku jadi kelu...dan aku tulis ini dalam sinar beta yang aku pancarkan ke pelusuk kamar...dalam kamar sunyi di tinggal semua susuk...aku jadi terbang dengan angin sampai ke satu ceruk...aku sedar ini semua mainan anganan yang melalaikan...aku tembuskan pandangan terus dan aku fikir semula hari pagi aku sampai malam....mahu aku kongsikan tapi kalau bukan aku siapa lagi mahu hargai hari aku...hari aku allah bagi....walau aku tak ambil...aku tetap di suap dengan hari aku...hari aku adalah hari aku....bukan hari kamu dan aku jadi penghulu yang terima arahan dari allah untuk atur hari aku....dalam sedar atau tidak...dalam terlantar atau pekak...ini hari aku....aku syukur sebab tiada orang lain dapat hari macam hari aku....aku belajar menghargai hari aku dengan di temani teladan dari semalam dan sempadan yang aku bina untuk akan datang...aku bukan budak kecil yang perlu diaturkan rancangan untuk menyelusuri hari mereka....aku bukan orang tua yang tak daya yang tak tahu apa perlu di isi untuk menjalani hari mereka....tapi aku sedar aku bermula dari mana dan sampai apa aku akan berada....tentang jatuh bangun bukan sesuatu yang mustahil terisi dalam hari aku...tentang masalah bukan sesuatu yang ajaib dalam diri aku....aku teruskan hari pagi aku dengan bermula dari pekikan ibu "woi!..ko tak mahu pergi kelas ke??..."...bangun malas... mandi... solat...baca apa apa yang patut....naik motor...tak sedap hati...berfikir...dah lama tak salam cium tangan mak sendiri sebelum pergi kelas...cari modal...."mama mintak duit"...mama masuk dalam ambil...aku cium tangan mama waktu beliau menghulur not RM10....pernah dulu aku ingat lagi...sewaktu aku mahu cium tangan beliau....topi keledar yang aku kenakan jenis ARC setengah yang ada paruh di hadapan nya....aku cium tangan mama tanpa sedar yang paruh di topi keledar aku terpatuk tangan mama....macam kelakar pun ada....kenapa lah aku tak buka topi keledar siap siap....jadi pagi tadi aku ambil pengajaran dengan membuka topi keledar terlebih dahulu...dengan lakonan yang konon konon memicit jerawat di pipi yang segan segan mahu keluar....sampai kelas dengar lecturer berborak tentang keunikkan ilmu hisab lanjutan untuk jurutera....ah!...syaitan datang main buaian di mata aku...aku gagahkan juga sampai habis kelas syaitan buat mata aku macam taman permainan bermain lari lari serta police and three di mata aku.....cis!...syaitan memang setan....aku berjaya gagahkan mata kerana keputusan ujian berkala aku subjek kegemaran jurutera sekelian alam aku peroleh dengan result yang mampu membuka mata kuyu dan dibantu oleh emosi yang bertahmid memuji kuasa yang maha memberi... alhamdulillah....aku dapat panggilan telefon dari seorang rakan untuk menghabiskan masa di pusat membeli belah plaza alam sentral....aku datang setelah mendengar habuan yang bakal menanti kehadiran aku di situ iaitu ayam goreng...dengan perut tak sarapan yang masih bernyanyi nyanyi lagu tradisional negeri uganda agaknya...lirik pun tak jelas jadi aku main agak saja.....aku terjah plaza alam sentral....kadang ada rakan rakan aku yang menamakan sendiri kawasan itu sebagai alam setan....kenalah dengan tempat dengan kadar sosial yang tinggi di kawasan bandar shah alam ini aku jadi lali lihat makhluk makhluk yang didalam kad pengenalan mereka tertera perkataan islam....tapi...[pandai pandai lah berimaginasi tentang apa yang aku lihat]....aku tunggu kawan ini main boling...dah masuk waktu solat dah ini....tapi seluar yang aku kenakan aku tak yakin kesuciannya...jadi aku bergegas pulang ke meru indah nan permai kampung ku nan satu itu....solat dan bergurau kasar bersama adik aku...sempat jugalah aku bagi penumbuk sampai mata beliau lebam dua tiga tompok...[percaya ke???...]...tak lah...itu memang corak gurauan kami....dia tak pernah marah sebab aku bagi kebebasan penuh kepada dia untuk buang title abang di awalan kata ganti nama aku kepada dia.....jadi dia panggil aku dengan nama aku dan perkataan "woi" contoh "woi...radzi...bla...bla...bla"...walaupun beza kami 16 tahun....bagi aku...itu yang akan buat kami rapat sampai dewasa kelak...insyaallah....bukan niat aku mahu biar beliau membesar dengan kurang ajar..sebab aku punyai cara aku tersendiri untuk didik adik aku....cukuplah aku dapat tahu yang beliau menukar kata ganti diri kepada "saya" ketika menghadiri kelas tadika...membuktikan beliau tak kurang ajar pada masyarakat dan guru beliau...andai berlaku demikian ...na'uzubillah...kaki ini tidak akan teragak agak untuk bersinggah ke badan beliau....sedangkan mama dan ayah aku juga gunakan cara tersendiri untuk didik aku dengan cara yang ibu bapa lain tak gunakan....aku memang anak yang membesar dengan penuh kebebasan.....tapi alhamdulillah...aku pernah belajar dan aku ada setitik ilmu di dada tentang batas batas yang perlu dijaga....

berbalik kepada hari aku...aku tertidur di atas sofa rumah di ruang tamu aku yang tak berapa indah....di kejutkan oleh satu suara selebriti di dalam cartridge tv yang di temubual oleh wartawan melodi....aku tak tahu bagaimana boleh beralih siaran ke tv3 sedangkan aku tidur bersama suara spongebob yang ceriteranya asyik berulang ulang sampai aku naik hafal dengan skrip beliau yang seterusnya....selebriti itu mengeluarkan kenyataan berbaur bangang...[err..maaf..]...berbunyi...."walaupun nama saya bla...bla...bla...nur alislam tapi bla...bla...bla nur al islam adalah seorang yang seksi....saya pun tak tahu nama saya....bapa saya yang bagi....tapi bla...bla...bla nur al islam adalah gadis seksi"....aku maki dalam hati....kerana persepsi pertama aku adalah "cis!...minah ni bangga ke dia seksi"....aku pedulikan....terus capai tuala dan mandi.....ketika mandi tiba tiba imaginasi aku menerawang tentang minah tadi datang dalam keadaan kain kapan beliau terdedah sana terdedah sini macam pakaian beliau sewaktu hidup....apa entah yang aku fikir sangat pasal minah ini....ah sudah lah....aku isi aktiviti petang aku macam hari hari lain....

petang beranjak malam....aku biasa habiskan malam aku di kedai kopi di pekan meru ini....aku memang regular customer kedai itu....ada seorang bibik di situ gemar berborak ketawa dengan aku...kami baru berkenalan kerana bibik baru mula berkerja di kedai itu....aku tak tahu kenapa bibik mesra dengan aku dan tak lokek senyuman....yang aku tahu bibik itu punyai anak sebaya aku yang sedang belajar kedoktoran di universitas di jakarta....kadang aku jadi berfikir....hubungan negara kami dalam keadaan yang kurang selesa....tapi aku dan bibik mampu bergelak ketawa kerana apa??...kerana kita adalah manusia....aku hormat bibik.....bibik open minded tentang kuala lumpur....aku juga open minded tentang jakarta.....satu lagi yang menunjukkan sayangnya bibik pada aku kerana beliau telah menyuruh anak beliau di jakarta untuk mengepos dvd "ketika cinta bertasbih"....yang tak keluar di malaysia....dah keluar ke??...entah lah....tapi cerita itu memang banyak memberi pengajaran....novel dari cerita itu mengajar aku tentang itsar...itsar ialah situasi di mana kita tidak harus mengalah....sebagai contoh apabila dua orang perempuan mahu bersolat tapi seorang sahaja yang punyai telekung....jadi pemilik telekung itu tidak harus menawarkan telekungnya kepada perempuan yang tak punyai telekung itu....pemilik itu harus bersolat terlebih dahulu....aku aplikasikan dalam solat jemaah....jika ada saf kosong di depan...jangan bagi orang lain masuk dulu....kita yang kena masuk.....
bak kata pepatah arab....ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah....sila amalkan ilmu anda dan kongsikan satu alam....baru bermanfaat dan dapat naikkan saham.....insyaallah....bibik kantoi rupanya kalau di luar waktu kerja bibik seorang yang tak bertudung....kerana aku terlihat gambar beliau tidak bertudung sebagai wallpaper handphone beliau...yang beliau minta tolong untuk mematikan bluetooth yang terbuka....aku bagitahu bibik...."bibik kenapa sih nggak terusan berjilbab di luar...mendingan berjilbab terusan...kayak perempuan solehah gitu...dosa lho kalo kita dedahin aurat"....owh...selepas chill out bersama bibik aku jadi fasih berbahasa jakarta...."waduh...kepala gue itu gatal lho kalo terusan berjilbab....gue rimas..."...jawab bibik....mungkin hujah aku tak sepanas yang bisa membuat bibik duduk lama mendengar teguran aku....lantas bibik bangun dari kerusi dan terus melayan customer yang baru sampai....aku duduk lama lama berbincang hal keselamatan dunia dari isu isu CIA, agen mossad,klu klux klan, whitey superior, politik dan syurga neraka...dan akhirnya aku habis hujah....dan balik rumah di kala gerimis menjengah..... sekian... asalamualaikum.....

status : menyelongkar kebaikkan dan kemanisan dalam hari hari yang dianugerahkan tuhan...LA TAHZAN!...

ubat buat daku||surat buat kalbu

aneurisme ini acap buat kornea aku nampak kanak kanak kecil guling guling atas batu merah....

geram aku mahu satu susuk mati bila apa yang aku jerit tak di ambil endah....

terima kasih untuk satu gadis ajar aku code strikethrough ini yang sebenarnya mudah....

aku tak mahu lengah lengah bimbang akan nasib semua manusia gembira dan aku jadi selain indah....

aku tak mahu desas desus resah sebab aku tak mahu gundah sebab aku tak mahu semua benda mudah aku anggap susah kerna aku damba husnul khatimah....


sila cari kata kunci bagi diri anda dalam risalah ini sebab aku sertakan semua sekali yang main...

aku mahu sisa sisa yang tinggal beberapa ini aku jadi tunggal dan VIP khas untuk aku tadah....

untuk binatang yang selalu resah gundah bernanah sumpah aku tak mahu beri walau satu kisah....

seni satu ciptaan untuk semua taulan yang setia cipta senyuman waktu aku perlu berteman dan vice versa.....

enak ritma saksafon....

aku jadi lupa arah.....

aku jadi lari dari cerah.....


aku jadi lupa tujuan.....

aku jadi hilang rancangan.....

aku jadi hilang.....

sila faham sebab ini mudah.....

sila faham sebab ini serang tepat....

sila faham sebab ini bukan gurauan tak bertempat....

S.I.L.A. juga boleh aku ubah waktu aku marah.....

aku punya tuhan....

aku tak mahu salah guna S.I.L.A. kalaupun aku bisa kata terpaksa ....

aku harap aku masih sabar untuk belajar berhenti berniaga salahguna....

cukuplah versi jahil aku padam waima masih samar....

tuhan uji aku dengan sikap biadap jahilliyah....

tuhan mahu aku rasa ubat yang aku pernah serah pada ramai orang pada zaman sudah....

terima kasih tuhan....

aku hargai sangat point defect ini....

aku mohon dari Mu tuhan....

aku mohon dari Mu yang bermaha daya dan maha iradah.....

hantarkan lagi electromagnetic force bercas positif....

agar aku cenderung ke arah positif.....

lindungi aku tuhan....

aku damba husnul khatimah.....


ameen.....

terawikh terakhir 1430H....
y
a Allah...
terimalah terawikh hamba mu yang hina ini...

ameen....




pernah terlintas masih berlegar:-

1)is there any mammals other than women got a menstrual recycle with them??....
2)mahu berhenti tatkala aku rasa manis bukan manis dunia....
3)mahu dunia sunyi pada waktu siang dan busy pada waktu malam agar global warming boleh dikurangkan....


kehadapan tulang rusuk kiri ku

  • ke hadapan tulang rusuk kiri ku...
  • maafkan aku kerna saat ini...
  • aku tahu dengan jari pramatang...
  • dengan minda yang cukup tegang....
  • dengan hati yang tak pernah tenang...
  • dengan siulan syaitan yang masuk benang...
  • dengan azam penuh segantang...
  • dengan jiwa yang luas terbentang...
  • dengan lisan yang selalu di tentang
  • masih kurang...
  • masih kurang untuk kau ku bayang....
  • ke hadapan tulang rusuk kiri ku....
  • aku sedar keindahan ini bukan syurgawi...
  • kemanisan ini bukan hadir sendiri...
  • ketandusan ini untuk di nikmati....
  • andai nanti aku pergi....
  • laungkan ini untuk setiap generasi....
  • jeritkan ini untuk harmonisasi....
  • tangiskan ini untuk di kongsi...
  • walau berjuta tapak kau lari....
  • bawakan ini sekali....
  • jadikan ini pasung dirimu yang tak punya kunci....