Memaparkan catatan dengan label rancangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rancangan. Papar semua catatan

PRESENTATION

salam,

have you ever traped in the middle of situation where you have to act like a brilliant machine which keep correcting people around you. contohnya aku ada kawan yang baru beli telefon bimbit nokia E5. and he get too excited about it. know what, i already thought him how to pronounce the words "theme" and till now he still pronounce it as "term".

can you stand how stupid its goes when you have to stay couple of hours with this type of people. its such a huge responsible for us to chat and teach them in the same time.

but seriously we cannot blame them for being that way. itu macam kita belagak pada kurniaan Allah pada kita. tahu tak dalam dunia nie bila kita duduk dengan orang kurang berilmu kita tak sepatutnya belagak dan bila kita duduk dengan ilmuwan kita tak sepatutnya riak.

macam pengalaman aku ajar ayah menggunakan telefon bimbit sony K770i. pergh, memang menguji kesabaran. and FYI my daddy is not a well educated person, he even not end up his high school. so when he finally realize that  mobile phone is a must have item these day. so he asked us his childs to teach him how to utilize  the camera, the Sms, the MP3 player the apps and etcetera things in it.

and now he even asked us to burn a his selected MP3 into CD and he'll listen it in car. it is just his dime is not fair enough to have an adequate knowledge with complicated and sophisticated thang such that. so that we have play our role on showing this people a proper way on how to get managed with the thang.

you know, bila kita mengajar orang macam nie. kesabaran kita akan teruji seratus peratus, macam mengajar adik tadika mengaji alif ba ta. its totally challenging ok. so that dalam menunjukkan cahaya kepada insan yang berada dalam kegelapan we have to optimize our patience and determination to prevent any offensive sense in learning process.

its a tough job and those who willing to hold this responsible was surely a great person. and kalau yang tak pernah mengaji then you all ajar dia mengaji lagi lah menguji, you tak percaya you jumpa balik ustaz mengaji pertama you orang and asked him how stupid you look during your first step on alif ba ta.

the point here is, in this very spherical world. we do have a lot of utter ignorant people to be driven. so that, for those who intellectual  please dont acting like good by presenting your knowledge in very annoying boastful manners.



for the record :
i have a slow-witted supervisor, but everyone jut forgive him and forget how ignorant he was.
ilmu adalah nyawa bagi hati tanpa ilmu hati itu mati

WELL-TRAINED SUPERMAN

hari itu beliau sudah genap 35 tahun, perancangan yang disusun rapi selama bertahun tahun nampaknya akan dilaksanakan hari itu. ramai krew yang menyertai beliau manakala beliau merupakan teraju utama dan mastermind dalam rancangan ini.

kabel kabel nampak begitu berselirat, dari satu connection ke satu connection dan kemudian ke Laptop kemudian disambung pula ke supercomputer. ada tujuh buah satelit parabola menjadi pusat bagi semua wayar dan kabel yang berselirat.

di satu sudut terdapat pentas yang dilengkapi prop dan seorang lelaki tua yang memakai suit dan beliau hanya diam pasrah. video kamera berspesifikasi mantap sudah lama bersedia untuk memulakan tugas. krew krew program tersebut semakin sibuk.

bunyi detak detak papan kekunci semakin rancak dan tiba tiba

"ok done!"

"ok..kita mula sekarang"

arah beliau yakin. tujuannya hanya satu. untuk membayar semula penderitaan yang dialami saudara maranya. beliau memang pendendam. beliau yakin. tanpa dendam, yang jahat akan terus jahat yang ditindas akan terus ditindas. sebab itu dendam perlu untuk memangkin kebangkitan.

saluran media diseluruh dunia telah digodam. bila butang "ENTER" ditekan seluruh saluran media di dunia akan tertumpu pada senario yang berlaku di studio underground itu.

butang "ENTER" ditekan dialog spontan dimulakan. seluruh dunia kini terkejut dengan gangguan siaran yang mereka alami. tidak kira sama ada internet streaming video seperti youtube, siaran TV berbayar, corong radio, hatta walkie talkie pemandu teksi dan along kini diliputi oleh gangguan siaran yang mereka dalangkan.

"assalamualaikum and hi, my name is mister. M. and obviously i am Muslim, i would like to tell and show you guys, that my ability in doing this to the man who hold the power in determining mankind's fate and civilization" sambil meletakkan pistol ke rongga mulut lelaki berpakaian suit tersebut.

"i can simply pull the trigger but i wont do that, objectively to make the enemy of my kind of people felt the humiliation they put on us for a pass few decade. Yes we can do this even better, so you guys better watch out with our next vengeful plan"

video tamat, dan mr.president yang kononnya mempunyai superpower ditinggalkan dengan pistol tergonggong dimulutnya dan tangan terikat. kroni kroni mr.president mula gusar dengan kemampuan yang dimiliki beliau. jika pada mr.president yang dikawal ketat 24/7 mampu diculik dan diperbudakkan sedemikian. apa lagi yang beliau mampu lakukan di bawah jangkaan mereka?.

krew krew beliau yang dari pelbagai bangsa dan latar belakang kini berselerakkan ke seluruh dunia membina network satu jemaah yang solid yang akhirnya menjadi titik tolak permulaan pergerakkan menuju kebangkitan.

insyaallah

PUBLISHING FINALLY

1..2..3 bismillah..

salam
hari ini aku cuba blogging sebab dah lama rasanya aku tak blogging, maksud aku tak tekan publish. sebab usai aku taip taip, kebiasaannya aku akan buka paparan pra-tonton, dan bila aku rasa entry macam tahi aku terus tekan pangkah dan alih pada facebook.

tak kiralah berapa juta patah kata aku dah taip kalau tak suka aku selamba pangkah. mudah sekali selera aku berubah kebelakangan ini. macam hilang arah. ah!..tak apa lah, mungkin lain kali boleh update lagi. aku lengah lengah sengaja.

aku bukan nak kisahkan cerita cerita hebat jadi kalau ada yang harap di sini ada cerita cerita hebat. dari awal aku khabar ke kalian aku bukan profilik yang jutawan anekdot.

sebab mungkin atas alasan keadaan sibuk aku jadi jarang membaca sampai aku jumpa cerkas. itu pun aku pinjam dari hafiz seorang kawan baru yang boleh kata gila sastera dan sanskrit.


beliau berani berdiri dihadapan ratusan kawan kawan di pekan frinjan. macam tak percaya aku. tapi kagumlah aku pada dia sebab beliau mampu kawal gemuruh dan beraksi kukuh menghibur pendahaga hiburan.

tak kisah lah ceritanya macam mana aku dapat cerkas. itu aku saja cerita mungkin tak ramai yang minat sebab macam biasa aku tak punyai minat yang sama macam komuniti sekeliling.

tapi kalau sesiapa yang cuba mahu tiru minat aku. silakan klik saja sini boleh dibeli di situ. beli dua, untuk satu dikirim ke aku. haha.

tapi lagi, jangan cari di toko toko buku hebat yang ada mesin moden berscaner di kaunter. sebab sini aku tunjuk kenapa



takkan aku nak cerita betapa kalis scanner nya naskah ini - lihat pada barcode yang jatuh, mahu cepat barangkali sampai lupa membetulkan barcode harga. atau mahu unik. atau mahu ringkas. atau apa saja yang kamu suka untuk di-atau-kan.

*****

dari topik cerita yang bosan aku cuba dekorasikan entry ini sebagai denda pada diri yang tak ada spirit menaip entry ilmiah. percaya atau tidak aku nyaris tekan pangkah tadi untuk draftkan lagi entry ini. nasib baik aku ke ruang tamu lihat di kaca tv dan tercetus idea.

ok mari kita fikir sama sama, tapi sebelum apa apa jua, topik ini khas untuk pemilik tabiat aneh yang mahu mandi atau berak sambil bawa telefon bimbit untuk dengar lagu.

ok kita lihat trend zaman kini, ramai yang menyimpan bacaan ayat Quran dalam telefon sebagai medium untuk menenangkan jiwa, tak kurang juga yang guna sebagai senjata kalau kalau terjumpa hantu bangkit dari kubur saat pulang ke rumah dinihari. tak kisah lah.

cuba bayangkan sewaktu di dalam toilet atau bathroom, sedang lagu lagu tersebut shuffle up themselves. tiba tiba ayat Quran masuk dalam list dan terplay dengan taranum indah alunan sheikh saad alghamidi. serentak pula pada ketika itu anda sedang berusaha meneran serat serat keras keluar dari lubang perkumuhan anda.

cuba kira kebarangkalian untuk anda hold the poo poo hanging position dan pause ayat quran tadi. yang mana satu anda akan lakukan dulu.

adakah anda akan kurang ajar membiarkan suara sheikh saad alghamidi berkumandang di teritori syaitan?. atau anda akan memberhentikan alunan tersebut?. atau mungkin sewajarnya anda cuma play playlist kesukaan anda yang tiada ayat Quran di dalam list tersebut.

ok lets get crystal. sebenarnya bagi aku perkara ini nampak macam janggal dan tak sepatutnya berlaku, jadi kepada yang kepingin sekali didodoi muzik sewaktu berkumuh. makanya sila sediakan playlist "berak" di pemain mp3 telefon anda. pastikan juga ianya tidak mengandungi album album nasyid ketuhanan atau melodi sheikh saad alghamidi dan artis artis Hafiz quran yang lain.

kalau mawi macam mana?.

"haha..shal"

oh ya!..jangan malu nak mengaku atau menafikannya ya. aku juga suka mendengar muzik sewaktu berkumuh. bagi aku ia adalah semacam terapi. berhibur sambil bersuci. yeah!..alasan konkrit untuk hari hari yang penuh dengan kesibukkan kita tidak perlu ke spa untuk terapi. kini di rumah sendiri pun ada terapi yang kita jarang sedari. manfaatkannya.

selain itu. sewaktu maghrib ketika azan di TV. aku rasa bagi lah azan habis dulu sebelum matikan ia. atau paling koman. bagi muazzin di TV itu habiskan phrase azan tersebut sampai waqaf. bagi makna dia lengkap.

pada bacaan ayat quran juga begitu ya. bagi Qari/ah habiskan ayat dulu baru tukar stesen radio ke. matikan ke. apa ke. ikutlah selera si fobia ayat Quran tersebut. walau apa pun. untuk nampak bersopan. bagi sampai Waqaf dulu untuk sempurnakan makna ayat tersebut.

ok. aku tak cakap pun itu tak boleh ini tak boleh ya. aku cuma saran sila bersopan dan memberi peluang pada ayat ayat suci berkumandang untuk beberapa saat. tak luak mana lah masa kita untuk berhibur.

sekian.

for the record :
Tuhan..aku lah hambaMu yang selalu berdosa. ampunkan aku selalu selama lamanya 

DRAFT

Salam..

Tahukah anda bagaimana rasanya bila mahu menulis tapi tak boleh tulis; rasanya seperti perasaan meronta ronta seorang kanak kanak yang tak dibenarkan keluar bermain di luar rumah.

for the record :

banyak gila unpublished post yang jadi draft.

REVOLUSI

after 7 years...
mama mula mendorong...
cik tunang mula bising..
ayah masih steady..
adik beradik gelak gelak..
adik bongsu menganjing...
tak henti henti rewind iklan TV...
duit dalam akaun makin segan hari hari...
kali terakhir pada 1950-04/09/2010
tak tahu apa jadi lepas nie...
serius rasa dia macam damn...

for the record :
mahal gila...
kerajaan sila subsidikan niQuitin. In case you guys memang benar benar dahulukan rakyat.

HEYDAY

Semua berlaku macam biasa , macam 5 tahun yang lepas. Kami tunggu di tempat biasa, macam tak ada arah tuju. Bosan  macam jahanam bila berjanji dengan orang, nak tak nak memang kena bersedia dengan sebarang kemungkiran atau cancel last minit.

Tapi apa ada hal, kami nak pergi berseronok chill out bersama. Buat apa nak marah marah, so kami lepak di stesen bas macam biasa. Bezanya cuma ramai antara kami yang puasa hari itu. Itu plan shoping raya bersama untuk kali yang ke berapa entah, aku tak ingat.

Yang pasti destinasi kami hari itu adalah sunway pyramid. Kenapa entah sunway pyramid, jangan tanya, bukan aku yang kawal event tersebut. Aku cuma ikut saja, memang sekarang ini pun bila disuruh rancang aku jadi kelu. Bukan senang nak bagi semua orang puas hati, jadi ada  baiknya aku diam tak payah nak ajak orang buat itu buat ini.

Sudah ramai juga yang tiba di stesen itu tapi dek kerana ada lagi seorang dua yang berperangai celaka tak sampai lagi kami tabah menanti sambil bergurau gurau yahudi. Celaka, ada lagi yang tak puasa hari ini, sedut rokok suria. Tapi aku harus tabah kuatkan iman, bodoh sangat rasanya jika ponteng puasa hari ini padahal esok nak raya.

Matahari makin meninggi, setinggi emosi yang sedang hangat sumpah seranah orang yang ditunggu tak kunjung tiba. Aku ambil kesempatan untuk ronda ronda sekitar stesen, maklumlah.. dah berapa tahun tak datang sini, dah banyak sangat urbanisasi. Eh.. tiba tiba ada kandang babi dekat sini, siapa punya?..

Tapi keberadaan kandang babi di stesen bas langsung tak ganggu rasa ingin tahu aku, dalam minda aku kosong hari itu. Tak tahu kenapa tapi memang tak diisi apa apa, lawak lawak bodoh diorang aku setakat senyum ala kadar.

Mungkin kandang babi tersebut tak memberi kesan besar dalam hidup aku, kerana babi di kandang itu telah tiada entah ke mana. Shoping raya juga barangkali- sibuk je. Yang tinggal cuma papan tanda yang menunjukkan kandang itu hak mutlak babi dan rakan rakan.

**maaflah kepada yang tak biasa cakap babi...kisah ini memang ada unsur babi..tapi halal lagi**

Yang ponteng sekolah ambil kesempatan untuk tukar baju sekolah di kadang haram tersebut. Kelakar aku tengok bila mereka berhati hati untuk mengelakkan kulit mereka contacted dengan dinding kandang. Kalau tuan kandang balik waktu itu nahas mereka.

Kenapa hari itu sekolah?, padahal keesokkannya Hari Raya Aidilfitri. Jangan tanya aku sebab keadaan hari itu jauh keluar dari kawalan dan kebolehan berfikir secara logik dan relevan nampak tak berfungsi. Jadi mereka tetap kena bersekolah, untuk yang memberontak maka tukarlah baju anda di kandang babi.

Haram jadah betul janji melayu, aku tengok budak budak tue siap dah buat sesi fotografi underground dekat stesen tersebut. Bahana bosan kronik, semua buat style beruk masuk bandar, nasib baik hari itu aku sudah matang.

Sudah tiga empat bas kami lepaskan untuk memberi peluang pada rakan rakan yang berperangai jahanam. Aku mula rasa bengang dan mahu pulang saja ke rumah, tapi mengenangkan bukan senang nak berkumpul dengan kawan kawan macam nie. Aku tumpulkan nawaitu dan terus menunggu.

Tiba tiba cuaca makin redup dan makin gelap, akhirnya semuanya hilang dan bila aku sedar jam di telefon tunjuk pukul 0940, bangun mandi dan bersiap untuk meneruskan hari.



Sekian.

for the record :
Bila nak shopping ni weh!!



ACCORDING TO MULTIRACIAL

Assalamualaikum



racism and hatred statement can came from both malay and chinese as well....

and i hope.


you guys are smart and wise enough to distinguish between racist and not-racist type of people.

we in malaysia got malay-racist, chinese-racist, and indian-racist.
and apparently the only sin in this cases was being racist, and racist people from any kind of race dont have the right to be treated as human.
I personally admit that...

we can claim with thousand point of insatisfaction if we want. Because equality is never exist actually, its just propaganda that should be repaired by us in a proper manners way...

I realize that too. But it is unfair when just because of one malay/chinese/indian people do bad things, then you came out with huge accusation on the whole malay/chinese/indian....

Any attempts to bring out racism element is also should be avoided. I myself ever being cheated in petaling street by chinese salesman.
but it never change my sense of respect to my chinese neighbor and their good deeds is still remembered.

Because I do believe, one chinese/malay/indian is  not necessarily same with another even their language and culture is same. There must be a rotten apple in a bucket.

come on guys....be smart...dont let the hatred take place and demolish the harmony....

for the record :

#12 people from various races like this
#we still have a chance for unity and solidarity...
#Siti Inshah and Namewee got no boundary to be called different...[in case the racist rumors is true]
#nobody came out and denying this

ALASAN DAN AMANAH

assalamualaikum...

hari ini aku nak borak pasal amanah....you know...in our daily life.....kita tak pernah lari dari memikul amanah.... nampak isu ini macam remeh kan.....lagi lagi bila dibahaskan oleh orang macam aku..... secara jujur aku bukan bagus dalam menyeliakan amanah....

tapi juga tidak seteruk yang you all boleh sangka...jadi aku cuma jenis yang tengah tengah....

berbalik kepada isu amanah....amanah can be devided into two relevant volume.... ada amanah yang besar....ada amanah yang nampak macam kecil dan mudah dilaksanakan...

tapi sebenarnya..amanah nie satu perkara yang perlu kita titikberatkan. sebab kita akan dipersoalkan perihal cara kita melaksanakan amanah.....



macam buat assignment kuliah.....nampak macam tak penting mana kan.....tapi kalau kita kaji balik dari dasar dan akar umbinya.....sebenarnya kita sedang pegang amanah.....dari ibu bapa.....masyarakat yang bayar duit cukai dan dijadikan subsidi untuk pelajaran.....boleh pergi sebegitu jauh kan?..

jadi kepada you all yang masih ada assignment tak siap lagi.....pergi siapkan sekarang....blah!....*tegas...

kenapa aku nak borak pasal ini?.....sebab past few night.....aku ada chat dengan seorang hamba Allah yang perjelaskan aku tentang susur galur amanah nie......actually dia tak terang banyak mana pun.....tapi aku yang pandai pandai tokok sendiri ikut kreativiti sendiri..

sebab seriously talk aku rasa macam kena tampar bila aku cakap dekat dia yang kerja aku tak siap lagi sebab tertinggal beg dekat rumah kawan aku...jadi beliau cakap aku dalam bahaya kerana aku telah melalaikan amanah.....

maka aku kaji relevan nya statement beliau.....cis ..aku kalah dengan zero excuse....lepas fikir yang aku pegang janji dengan beberapa orang untuk menyelesaikan tugas......meski tiada hitam putih mengenai janji tersebut......tapi jangan lupa......mahkamah akhirat juga tak memerlukan hitam putih dalam pengadilan....perkara tersebut telah menekan aku dalam beberapa hari berikutnya..... corak aku melaksanakan tugas pun semakin menekan......dan akhirnya.....dalam rasa terpaksa yang mendalam pun aku tetap menyeliakan amanah dengan sebaik mungkin.......

tapi ramai di antara kita yang masih tak punya kesedaran dalam menyeliakan amanah........ ini dapat dilihat di mana mana......di universiti.....di jabatan kerajaan...... di pondok polis.......hatta di tandas awam juga boleh berlaku pengabaian amanah.......fikirkan sendiri relevannya kenyataan ini......kerana ia memang senario yang bebas dilihat di mana mana.......kalau tidak tentu kita takkan dapat lihat tandas yang kotor......kes rasuah dan SPRM tidak akan ditubuhkan untuk menangani masalah amanah ini......

maka kehidupan akan aman damai dimulai dengan amanah.....orang orang jahil tidak akan berpeluang menjadi pemimpin.......tiada si lantang yang akan menyuarakan bantahan di sana sini........dan paling penting tiada kes buang bayi didengari.......

malah kes jual binatang kawalan pun lenyap tidak berfail... hakim cuti hari hari... peguam peguam ralit cari side income...... course perundangan jadi course lelong.....mak bapak izinkan anak dara keluar malam......


TAPI

 itu semua berlaku jika amanah dengan Tuhan ,agama, ibu bapa dan masyarakat.....betul betul dijaga dengan rapi dan dititikberatkan dalam kehidupan harian kita.......

orang tidak amanah boleh dikategorikan dalam ciri ciri munafiq....tidak amanah berpunca dari pengabaian amanah itu sendiri....... maka dalam sedar atau tidak...... kita seringkali diinduksi dengan kriteria ini..... dari setiap sudut..... sampai kita biasa dengar hasutan.......

"ko tak payah skema sangat buat ini dan ini.."

"ko tak payah nak jujur sangat untuk sekian sekian...."

sampaikan perlaksanaan amanah mengikut piawaian yang ditetapkan akan dipandang sebagai sesuatu yang mengejutkan di mata masyarakat......jangan cuba nafikan ini.....ini tahun 1431 ya......kita telah sampai tahap sebegini ya tuan tuan....

culture memandang sinis untuk sesuatu welfare sudah lama mula seawal dulu lagi....maka yang diperlukan sekarang adalah satu modifikasi perlu diadaptasi dalam persepsi manusia terhadap amanah....

tak kira lah islam atau bukan islam...... nilai amanah itu sendiri merupakan kunci mula bagi kehidupan yang harmoni....dalam mana mana agama pun ada menekankan prinsip ini.....jika kita berjuang bermati mati tanpa ada kesedaran ini sudah pasti kita tidak akan harmoni.....

lancarlah kempen 123 whatever pun untuk menyatukan manusia.....tanpa rasa amanah....ia tak akan berhasil menurut objektif yang diimpikan.....pemimpin yang amanah mampu mencorak modal insan yang bertauliah....

pemimpin yang sebaliknya... you all boleh fikir sendiri sebab mereka juga akan ada alasan bukan senang jadi pemerintah.....jadi...dapat disimpulkan di sini alasan merupakan satu excuse dalam melaksanakan amanah sebaiknya....

sekian...

for the record :
entry ini gua kepam sehari dalam draft sebab nak memperbaiki diri....
Kay....gua dah cuba elak banyak noktah....gua perlu masa....dah jadi habit la....haha
    

JINX PARENTS

assalamualaikum...

makin banyak ye kes buang baby sekarang nie.....bulan bulan puasa pun ada lagi..... mathematically counting....jinx parents ni buat babies yang kena buang nie lebih kurang dalam bulan disember atau awal januari yang lepas......nak sambut new year punya pasal.....maka operasi pecah dara berjemaah dijalankan.....nak seronok punya pasal......dan berpotensi besar.....perbuatan ini didalangi oleh remaja....nak tulis melayu ke tak?...itu korang boleh fikir sendiri.....



kita refresh balik apa yang berlaku dekat palestin......babies di bunuh sewenang wenang.....tapi kat malaysia......tahu je mengandung terus down.....terus bercabang pemikiran......nak buang anak nie kat mana......surau?...masjid?....tong sampah?.....terus risau.....saat baby lahir....terus buang kat port port yang mana sempat.......kalau yang hidup tak apa lagi......ini kalau yang dibunuh?.....kesian kan?.....baby pun nak hidup......baru dapat sip oksigen dua tiga pam dah ajal......

tapi jinx parents nie tak kisah kot.....sebab tue diorang selamba jer buang sepah sepah......sebab nak jaga nama....maruah.....sanggup gadai satu nyawa.....

ok.....kalau nak cakap benda yang dah lepas memang tak guna kan......jadi kenapa tak ambil langkah pencegahan dari awal....cakap memang mudah......cuba senaraikan?......susah kan?.....kita memang dah sampai tahap hampir kiamat nie weh......kalau jahilliyah dulu baby girl je kena....tapi sekarang zaman moden.....zaman masing masing ada blog......baby boy pun kena......baby boy....you are not lucky enough to be born these day......save your smile for me in heaven....im trying to strive here for your next brothers and sisters fetus.....

jadi ke mana arah kita selepas ini?.....adakah happy ending?......tak juga.....aku rasa kita akan makin teruk.....sebab?.....sebabnya banyak.....tak perlu nak di list down di sini......lepas nie buang baby dah macam normal sangat kan.....

so that aku rasa akan bakal ditubuhkan pusat pembuangan anak malang......tak sopan rasanya pakai anak haram......sebab babies tak bersalah.....sekolah hamil pun nak ditubuhkan.....tak mustahil pusat pusat yang mendokong aktiviti macam ni akan ditubuhkan....

maka jinx parents akan tarik nafas lega.....mereka boleh buat baby sesuka hati......paling kurang pun poor baby yang terhasil akan dihantar ke PBC....poor baby center.......dan mereka akan bebas buat anak lagi......maka PBC akan dibina di mana mana......cawangan kedah....kelantan....selangor....johor.....dan banyak lagi.....

PBC cawangan USA



maka jinx parents....bebas berkeliaran.....menghabiskan waktu muda dengan membuat banyak lagi poor baby....

bullshit....babi pun tak macam ini......

****

ok.....kita kembali kepada mode yang lebih membina masyarakat.....sebagai seorang remaja.....kita kena memainkan peranan yang penting dalam membasmi gejala buang baby......Law enforcement telah dilakukan....di mana jinx parents yang didapati bersalah bakal disabit dengan tuduhan cuba membunuh atau membunuh......

tapi macam biasa.....LAW IS MIND WITHOUT REASON-aristotle......undang undang dicipta untuk mengurangkan......not to make it zero......bila entah nak zero?.....for sure after life.....

sebagai remaja.....kita kena menjaga diri dari terjebak dengan perkara seumpama ini.....bermula dari pagi......bangun tidur.....kita kena berazam dan berniat sambil minta tolong pada tuhan untuk tidak terlibat dengan persetubuhan luar nikah untuk hari tersebut......

esoknya.....bangun lagi.....niat lagi sambil minta tolong pada tuhan.....dikuatkan hati untuk tak terlibat dengan persetubuhan luar nikah.....lepas tu bangun dan mandi.....teruskan hidup macam biasa......jaga sembahyang.....kita dah nak kiamat dah nie.....dan amalkan hidup yang sihat.....

ada yang cadang untuk buat pusat itu pusat ini tanpa melihat pusat sendiri.....sebenarnya mudah saja.....orang orang besar kena terapkan nilai nilai agama dalam kehidupan rakyat......walaupun macam dah terlewat ......sebab orang sekarang bila masuk isu religion talk.....baru nak nampak selendang di kepala......afterward.....buka dan menang.......tapi tak salah kan kalau korang nak mulakan sesuatu yang baik.....tak ada dateline.....kecuali lepas mati......

jadi apa yang sangat perlu ditekankan disini adalah......penjagaan diri.....dan agama......dan untuk ibu bapa..... jangan pergi jauh sangat sampai ke bulan tapi anak di rumah ditinggalkan bersetubuh dengan setan......

sekian...

for the record:

its not so rocket science....but some of us love to complicate the situation like they did....they not even sure what they looking for....but someday....they will surely regret their own wasted age....nak hidup di marikh konon....sampai bila?...




SUNSHINE AND RAIN

ramai yang terkejut bila aku cerita aku dah tak buat benda lama lagi...
aku dah tak buat benda yang orang lain sibuk buat....
aku dah tak buat benda yang orang seusia aku buat...
aku dah tak buat benda yang sepatutnya orang tengok aku kena buat....

kenapa entah....aku berani sangat barangkali....
kenapa entah aku pegang sangat prinsip kalau nak dapat banyak kena berani hilang banyak....
siapa entah dorong aku pegang prinsip sebegini gila...
apa entah aku dapat lepas hilang banyak sebegini...

ada...
kau tahu apa?...
kebebasan....
tiada dijual di mana mana...
tiada tanda harga...
hidup menjadi diri...

dulu
setiap hari...
setiap pagi...
aku hidup hipokrit...
gembira...ketawa...risau
tapi plastik...

hari ini aku lari...
berdiri...
berdikari...
sendiri...
sama suara sendiri...
sama kaki sendiri...
bangkit dari mimpi yang penuh iri...
aku cuba berani....
pura pura berani...
dan aku berani....



for the record :


kenapa entah aku layan cerita ini...according to someone ia tak jauh sangat dari current life aku...
give me some sunshine...give me some rain...
give me another chance...
i wanna grow up once again....

TAK ADA MODAL

modal adalah merupakan suatu titik tolak yang penting dalam segala hal....modal merupakan sesuatu yang abstrak sehingga boleh diterjemahkan dalam interpretasi yang pelbagai....bagi seorang yang islamik dan alim....mereka sudah pasti menjadikan pahala sebagai modal untuk mengecapi syurga....

bagi kaki judi pula....mereka sanggup menggadaikan barang kemas milik isteri untuk dijadikan modal permulaan berjudi....

modal adalah amat diperlukan bagi memulakan sesuatu perkara.....jika pergi kelas naik motor atau kereta....anda perlu cucuk duit pinjaman kerajaan anda untuk mengisi minyak.....makan....beli rokok...dan  isi kredit telefon......kalau telefon tak ada kredit macam mana nak tanya kawan ada kelas ke tidak.....

susah kan?....

maka modal adalah sesuatu yang super possibly impossible untuk lari dari kehidupan harian manusia.....kehidupan lepas mati pun sama.....kita perlu kumpul modal pahala untuk memastikan kita hidup senang lenang dalam syurga.....

bagi seorang blogger tegar....apabila tidak mempunyai modal untuk menulis mereka akan cari cara yang paling senang untuk bagitahu pembaca mereka bahawa mereka masih hidup.....dan giat menulis....

selain itu....ada juga yang plagiat kerja orang lain untuk menunjukkan kepada pembaca mereka bahawa mereka genius smart-ass.....ini cara paling celaka.....orang buat blog dia juga mahu buat blog.....tapi tak tahu nak tulis apa......curi orang punya idea.....olah sikit sikit.....dan published.....oyeah!...pathetic....

ada juga blogger yang setakat buat macam ni....


lepas itu tekan publish....ini gaya yang selalu sekali digunakan oleh blogger yang tak ada modal nak cerita......mereka akan cakap let the picture tell you....while the picture obviously got no ability to do so.....it makes some us who love to jump to the conclusion think that the blogger just wanted to show-off his/her brand new DSLR......yeah seriously.....some of us love to jump as high as it take......sue us.....haha.....

and by the way.....i also got no issue to put in here..... just watching youtube....all the idea flew away....i  wish my gold age wont end up senile and deaf as well.....

for the record :

aku pernah di tag di foto dslr yang tiada aku di dalamnya....cilaka

"10 ringgit keronyok jadi bukti jenayah semalam...
aku keluh-ketawa seragam"

KEMODENAN VS. KEBODOHAN

assalamualaikum...

kemodenan dan kemajuan tidak dapat disangkal lagi mampu membawa suatu gaya hidup yang baru kepada sesuatu tamadun dan bangsa...

jika bercerita tentang kemodenan kita dapat menyimpulkan satu tatacara hidup yang selesa teratur selamat dan strategis....namun sesuatu perkara mesti datang dalam pakej pro and con....maka ingin aku ceritakan mengenai contra suatu kemodenan yang pernah dihadapi seorang Brader Firr yang berniaga di bazar ramadhan....serius...memang macam gampang...

Brader Firr ini merupakan seorang pembantu kepada peniaga popia.....korang tau tak apa dia popia nie?....risau pula aku bila dah moden sangat.....ada juga individu yang tak tahu spesis kuih yang bernama popia......mari aku bagi gambaran sebenar popia.....

ini adalah popia...gambar ini aku copy dari sini

dan dalam perniagaan popia tersebut....Brader Firr menyediakan popia base on demand....meaning that kalau ada orang datang nak beli baru beliau buat gulung dan macam macam lagi proses....

sehingga one time....ada seorang auntie naik kereta waja nombor plat tak tau sebab hal tahun lepas.....buat apa nak ingat plat number kereta orang kan?....lagi lagi tak kenal.....aku tanya juga benda nie tadi......

last last Brader Firr tendang perut aku sampai muntah darah....damn.....aku cuba nak pastikan auntie tersebut bukan dari kerabat aku.....aku tumbuk Brader Firr sampai mulut berbuih pulak....lepas tu baru sambung borak.......

apa?....gambaran auntie naik kereta waja pun nak?....damn la....korang bayangkan la macam mana seorang auntie vogue naik kereta waja.....tapi aku tau.....korang manja sangat.....sini aku sediakan gambaran seorang auntie yang dah keluar dari kereta waja...ngada ngada.....



macam ni lah lebih kurang....clear tak?...ini foto google

auntie tersebut ingin membeli popia.....maka dipesan oleh beliau beberapa gulung popia.....Brader Firr dengan cermat dan tangkas memulakan proses menggulung popia....beliau memang begitu cermat dalam memastikan tempat kerja beliau telah menepati piawaian sirim ISO:9002.....

soal disiplin memang tak payah tanya....semua terjaga.....tiba tiba auntie vogue dengan kebijaksanaan dan penuh bergaya sambil tanggal cermin mata bertanya...

"adik.....nie tak ada habuk masuk ke dalam makanan nie ke?....debu debu banyak nie orang lalu lalang?....."....

Brother Firr tanpa membalas pertanyaan itu terus kemas kemas tutup gerai on the spot......peniaga peniaga yang lain turut berbuat demikian.....mereka kelam kabut tutup gerai.....bazar ramadhan petang itu dibatalkan serta merta.....melimpah ruah makanan yang didermakan di masjid

dan menurut informasi yang Brother Firr dapat....auntie vogue telah berpindah ke daerah lain.....akibat tertekan dan auntie vogue begitu menyesal kerana menanyakan soalan yang telah secara langung merendahkan tahap IQ beliau.....

dengar cerita juga....beliau kini sedang berusaha keras turun naik mahkamah untuk kelulusan permohonan mendapatkan tempat belajar di salah sebuah tadika swasta di ibu negara.......

for the record :
jangan tanya soalan bodoh dekat orang....ia sama juga seperti suarakan kebodohan pada orang....buruk padahnya kepada agama bangsa dan negara..... sometimes...things better left unsaid..... curiosity kill cat and....modern humanity too... 

TELEFONICA MOVIESTAR



STYLO KAN??..haha


aku saja bubuh sini display telepon aku.....selain itu aku saja nak test software print screen telepon.....sebab aku rasa aku dah nak jual dah telepon nie....nanti bila bila aku boleh tengok balik dekat sini bila rindu....jadi mana mana pak arab atau perancis yang berkenan nak beli boleh contact aku......kita berurusan dalam matawang euro.....orang melayu juga turut berpeluang

selain arab aku juga kadang kadang guna bahasa perancis....itu antara faedah membuat benda benda pelik....selain menambahkan ilmu.....ia juga mengaktifkan otak.....lagi lagi bila nak isi nombor top up....otak kena aktif....kena peka selain tercungap cungap memastikan nombor yang diisi itu tepat....

telefon nie berkahsiat...kaya dengan zat....selain rare....ia juga limited edition....kalau kesempitan wang ia juga boleh dijadikan barang berharga untuk dijual.....itu antara faedahnya.....

sekian

BABI

assalamualaikum...

hi...this is the right time to do this and that...everything went out upside down...banyak yang perlu diselesaikan....aku macam telah jual hidup untuk wang...walaupun jual hidup adalah kebencian mutlak dari dalam sanubari...cilaka...aku malas tulis emosi di sini....bila tulis emosi...aku rasa aku sedang membina lagi emosi yang buat orang ramai mati bunuh diri....letih...semua orang letih dan akhirnya mati...

aku ingat lagi bekas jiran aku yang baru baru ini didiagnose oleh doktor sebagai mati mengejut....tapi orang banyak kata arwah kerja kuat....letih...di tambah usia yang sudah tua....banyak orang yang pertikaikan bila aku kata aku tidur 8 jam satu hari.....aku tidur....bukan aku kacau sesiapa....bukan aku tumpang makan nasi di rumah sesiapa....

aku cuma buat apa yang orang normal buat....tidur...cuma lebih 2 jam....itu pun ada yang nak kecoh....aku perlukan rehat....diwaktu berhadapan dengan si fulan ini...aku ketawa sambil sinis mempertahankan diri....konon konon aku yang bersalah sebab tidur 8 jam....mereka bilang orang dewasa cuma tidur  6 jam....

well...i cant help...sue me!...i just love to spend 1/3 from my daily life to sleep....cilaka lagi....aku buka facebook....minta maaf pada yang terasa....aku sebagai aku dan bukan sesiapa...secara peribadinya.....amat benci bila orang menaip sekejap guna capslock sekejap tanpa capslock....

MaCaM INi MacAm GaMPanG BukAn?.... 


mungkin ia akan buat aku dan secara peribadinya aku jadi macam lambat untuk baca kenyataan yang ditulis sedemikian.....dan aku benci....aku cakap aku benci ya....bukan aku ajak orang untuk benci......nanti secara tak pasal pasal....ada pula yang kata aku cerewet..dan kecoh....maka dalam hati yang terpacul dulu adalah babi....tak tahu kenapa....mungkin kerana sudah biasa.....tapi bila di rumah...bila bersama ayah mama.... babi jarang keluar....ditambat kemas....atau telah pulang ke kandang.....atau aku hipokrit agaknya bila di rumah......

maaf lah....tapi bagi aku tidak salah kerana mungkin ideologi orang melayu yang telah pandang babi sebegitu hina....walhal....babi cuma haiwan yang kotor....kalau dibanding pada kekotoran...ada juga manusia yang kotor...dari segi akhlak...moral...dan hati....lebih kotor dari babi....

paling tidak babi tidak akan membunuh anak dan buang dalam tong sampah....babi masih lagi bernaluri....owh....lupa nak bagitahu....dalam entry nie....dekat bahagian perenggan yang ada banyak tulis babi....sila baca dalam hati....nanti parents korang dengar kang tak pasal pasal kena rotan dengan hanger dari belakang.....terutamanya kanak kanak bawah umur....jangan biasakan cakap babi....sebab bila dah melekat nanti susah nak buang.....

cuba korang suruh budak kelantan buang telor diorang....bukan telur ye....telor....telur dan telor adalah berbeza dari sifat dan karekteristik.....telor = dialek.....telur = hahaha...takkan korang tak tahu.....

berbalik kepada topik babi.....babi adalah haram dimakan samada secara begitu sahaja...its fingger licking good....atau dimasak delam menu apa pun....makanan berasaskan daging babi...atau sebarang suapan ke mulut yang melibatkan babi adalah haram dan tidak halal...juga berdosa ya bila dilakukan dengan akal sedar dan waras......

tapi...hukum memegang badan babi tidak lah pula sebegitu ya puan puan dan tuan tuan....babi dan apa apa yang berasaskan babi jika dipegang adalah tidak elok sahaja...sebab itu kita perlu bersuci.....bukannya haram....bukannya dapat dosa.....jadi apa yang perlu dilakukan oleh si pemegang babi adalah....menyertu....[rootword : sertu..]

sertu dan samak adalah berbeza ya tuan tuan dan puan puan....boleh google...atau cari buku fiqh...malas nak tulis sini....

jadi rupanya ramai juga yang marah bila ada gambar seorang awek study vet. yang pegang babi tu ya....haha...awek pun buat hal....banyak banyak binatang...babi juga yang dipilih untuk diajak bergambar.....

tapi kalau ikutkan aku....yang cetek ilmu ini....aku rasa perbuatan awek tersebut tidak salah....sebab bukannya beliau makan atau gigit telinga babi itu...beliau cuma pegang...and then beliau sertu lah....macam biasa....lepas tu...masuk waktu...beliau solatlah....apa nak kecoh kecoh kan?...

korang tahu apa punca kontroversi?....ya...sudah pasti apabila narrow minded mendapat kekunci komputer dan tetikus dan ada akaun facebook....semua dipandang salah...isu yang tak sensitif pun boleh jadi sismonastik.....

jadi....para narrow minded sekalian....silalah membaca...dan banyakkan ilmu untuk setiap topik yang ingin dibincangkan.....kerana apa?....kerana korang boleh bikin pincang kefahaman orang lain....

yang jenis dah faham pula....jangan nak belagak macam babi ba.alif.ba.ya. pula.....bahasa yang digunakan untuk sesi paku memaku hendaklah berhikmah dan menunjukkan taraf ilmu anda......

apa?....cakap tak serupa bikin?....oh...ok..ok....aku tulis babi kat sini erk?....inikan ruangan blog aku....bukan aku tengah berbincang.....kalau aku tengah berbincang atau dalam urusan rasmi....aku dah lama tambat babi kemas lah....

aku tahu apa erti kurang ajar....jadi maaflah kalau definisi kurang ajar aku dengan kau kau yang terasa itu tak sama.....sebab kau mungkin melayu yang sangat pandang babi itu sesuatu yang sensitif......so...all you have to do....bentang sejadah....angkat tangan ke hadhrat Ilahi....bersyukur....

sebab Dia lahirkan kita sebagai kita....sebagai manusia....bukan sebagai syaitan.....malah kalau ada yang islam....up  lagi level syukur....sebab lahir sebagai islam....bukan manusia yang terkeluar dari senarai yang terdedah dengan hidayatullah......

cuba bayangkan....korang atau aku dicipta untuk menjadi syaitan....sesatkan orang...siap confirm akhirat masuk neraka.....

terima kasih Allah jadikan aku manusia....umat Muhammad [pbuh] lagi....

cuba bayangkan kita dicipta untuk jadi babi....asyik kena caci....sensitif lagi....hidup tak tenteram....anak babi pun jalan tunduk sebab malu mak dia babi.....

terima kasih Allah jadikan aku manusia....umat Muhammad [pbuh] lagi....

jadi yang dah ada nikmat nie....jangan nak sombong sangat lah....buat sederhana...buat macam biasa....ok....yeah...


ps : gua sepatutnya lepak maple malam nie....tapi hujan....jadi sebab tu gua bebel banyak kat sini....trimas kalau lu orang sanggup baca sampai tahap nie.....lu orang memang steady....haha

MEDIA MALAYSIA

assalamualaikum...
aku baru lepas tengok berita tengahari dekat NTV7....isu korek pasir memang tengah hangat di selangor...tahniah NTV7...kerana mendedahkan aktiviti ini....dan juga media media pengampu kerajaan yang lain....

"nisbah keberangkalian pengundi BN kepada pengundi PKR untuk muncul ditemuramah di kaca TV ketika siaran berita adalah..... 26 juta++ : 0.....seolah olah semua rakyat Malaysia majmuk telah padu dan bersatu sebulat suara memilih satu kerajaan tanpa prejudis....oh bahagianya....."

isu korek pasir ini juga dikategorikan sebagai kegiatan mencuri pasir di Selangor....sebagai anak jati selangor....aku memang sayang tanah tumpah darah negeri sendiri ini....jadi ingin aku ceritakan di sini....bahawa....sebelum parti PKR memerintah Selangor....berita salahgunakuasa macam ini jarang sekali didengari.....

malah NTV7, TV3, dan macam macam saluran yang lain jarang membangkitkan permasalahan yang berlaku di negeri selangor..... akan tetapi fenomena membangkitkan isu masalah di Selangor kian rancak....selepas MB khalid memegang teraju pemerintahan di Selangor....

selaku orang yang malas ambil kisah isu politik....aku cuma berani menulis di sini tentang paparan sedia ada dan apa yang aku tidak terlepas lihat....dan aku tidak mahu menuding jari pada mana mana pihak...

sebagai orang yang tidak minat pada politik dan berhasrat untuk menjadi spectator sahaja...aku turut merasakan bahawa media sedang dikawal dan dipaksa untuk menyiarkan propaganda yang menjatuhkan kerajaan sedia ada.....ini adalah taktik paling gampang dan tidak lari jauh dari imperialisme yang dipelopori oleh count camillo benso de cavour dan otto edward von bismarc dalam buku sejarah tingkatan 5....

sedar atau tidak....jika dilihat dari keputusan pilihan raya umum yang lepas....PKR telah menang banyak kerusi....kemenangan ini telah mewakili jutaan suara rakyat di Selangor....dan boleh diyakini bahawa rakyat selangor sudah tawar hati dengan pemerintahan yang lama.....maka mereka nekad beralih kepada pucuk pimpinan yang baru......

tapi ironinya apabila wartawan wartawan dari sesuatu saluran telvisyen di Malaysia menemu ramah mereka......tiada pula suara yang mewakili kepersetujuan dan kesenangan rakyat di Selangor.....adakah media di Malaysia cuba untuk memaparkan kekesalan rakyat selangor kerana tersalah memilih pemimpin......

dan paling celaka dapat disaksikan dewasa kini adalah kelemahan kelemahan biasa yang ada pada setiap jenis pemerintahan diungkit ungkit ungkit dan terus ungkit sehingga menjadi isu hangat.....
sebagai contoh jika kita mengungkit membakar dan ungkit lagi kes perkahwinan Bong dengan zizi ezet maka isu itu akan menjadi serius.....sama juga ibarat ibu ayam yang bertelur sebiji riuh sekampung.....

juga dapat disaksikan dan dikira oleh budak form 3 yang baru masuk belajar sub-topik pertama dalam topik probability adalah....nisbah keberangkalian pengundi BN kepada pengundi PKR untuk muncul ditemuramah di kaca TV ketika siaran berita adalah..... 26 juta++ : 0.....seolah olah semua rakyat Malaysia majmuk telah padu dan bersatu sebulat suara memilih satu kerajaan tanpa prejudis....oh bahagianya.....

mana pergi si pemangkah pemangkah PKR?.....kenapa mereka jarang atau tidak pernah keluar di kaca TV?....mereka juga ada suara....jadi kenapa suara mereka ditutup?....nampak jelas persamaan israel dengan "you-know-who"....yang cuba mengalihkan perhatian orang awam dari sesuatu topik untuk menutup sesuatu topik....

maka selaku seorang rakyat yang punyai otak dan akal....kita tidak harus lari dari mempertikaikan tindak tanduk media yang secara jelas memihak kepada "you-know-who"....

sekian...

AKU JUJUR #1 : DOMPET LIPAT 3

assalamualaikum..

suatu masa dahulu...sewaktu aku masih di bangku sekolah lagi...kalau tak silap...darjah 6...zaman jahilliyah sekolah rendah...zaman di mana aku terpaksa membawa sapu tangan ke sekolah untuk mengelap hingus yang meleleh...ah!...korang pun sama juga...tak payah nak menafikan...

zaman itu rumah aku masih belum dilengkapi dengan pemanas air macam sekarang....jadi bila waktu sekolah bermula pukul 0730...aku terpaksa bangkit dari tidur jam 0600++....korang mesti pernah mandi pagi kan?...maksud aku subuh...waktu matahari belum naik untuk memanaskan suhu bumi....mesti sejuk kan?....jadi aku seorang yang memang tidak tahan sejuk....kalau pergi sungai pun aku mandi 5 minit je....lepas tu tak tahan...

bila aku mandi pagi aku kerap selsema maka meleleh lah hingus....maka aku langsung tak selesa nak fokus belajar....sebab itu aku cuma skor 2 A je dalam UPSR....hingus adalah faktor yang memundurkan pencapaian aku di peringkat sekolah rendah....

sebenarnya ini bukan cerita hingus....ini adalah gambaran betapa hingusannya status aku ketika itu....
DOMPET LIPAT 3...LEBIH KURANG MACAM INI

dipendekkan cerita...pada tahun yang sama...di era itu...trend memakai dompet lipat 3 adalah trend yang paling meletup.....dompet lipat tiga berharga rm10 seunit....mana mampu untuk membeli dompet sedemikian....jadi aku meminta kepada mama untuk membelikan.....tapi beliau enggan menurut dengan alasan common jangan membazir....

tapi aku bertegas untuk menggunakan duit simpanan membeli dompet lipat 3....tapi sebenarnya itu adalah gertakkan saja....aku tak ada niat pun nak melawan cakap beliau.....dan untuk pendekkan cerita lagi....

suatu tengahari yang panas terik....aku pulang dari sekolah dengan berbasikal...tiba tiba aku ternampak dompet lipat 3 siapa entah tercicir di jalanan....aku lihat kiri kanan tak ada makhluk lain....pucuk dicita dompet lipat 3 diduga.....aku terus sambar dan menyimpan dalam beg sekolah aku....

sesampai di rumah aku bersorak kegirangan sambil menceritakan kepada mak bapak aku perihal perjumpaan aku dengan dompet lipat 3....dompet lipat tiga tersebut nampak baru....dan terisi dengan not beberapa ringgit yang aku tak ingat....tapi tidak terdapat sebarang dokumen pengenalan tuan punya dompet lipat 3 itu...

mereka tuduh aku rembat dompet lipat 3 tersebut di sekolah....kalau dituduh aku masih tak kisah....tapi yang malangnya aku turut menerima bekas tangan dan macam macam bekas lagi....waktu itu aku memang down gila....aku dituduh untuk sesuatu yang aku tak buat...malah dipaksa mengaku....aku pasrah dan menerima serta memaafkan kedua orang tua...

apa kan daya...yang tahu kebenarannya cuma malaikat dan Tuhan....jadi aku berserah untuk menggalas ujian sedemikian.....aku ingatkan itu adalah kali terakhir aku dituduh untuk perkara yang aku tak buat....

tapi rupanya banyak lagi yang telah menyusul selepas itu....rupanya Tuhan jadikan itu sebagai tarbiyah muqaddimah untuk perkara yang bakal berlaku.....

banyak lagi perkara yang aku tak buat orang tuduh aku buat....tapi untuk AKU JUJUR #1 ini aku habiskan di sini dulu.....

bersambung.......

STYLE

salam


gaya adalah merupakan sesuatu yang amat dititikberatkan oleh manusia...terutamanya wanita...


kerana kali ini aku nak taip entry khas untuk gadis gadis...yang upload gambar di facebook dan di mana mana...


01)Tudung


gaya ini di pelopori oleh gadis yang mementingkan penjagaan aurat...alhamdulillah...wujud lagi golongan yang sebegini....dewasa kini trend tudung yuna dan lycra atau tudung yang lilit lilit sampai lebam adalah menjadi pilihan dan biasa dilihat di mana mana...di facebook atau ketika mencuci mata di maple....


siap ada gadis yang sibuk mempelajari cara nak lilit tudung....demi bergaya...mereka sanggup untuk bersusah payah belajar melilit tudung....harap harap mereka juga akan tertarik untuk mempelajari cara cara melilit kain kapan....kerana ia bakal memudahkan mereka jika dipanggil untuk menyertai krew pengurusan jenazah nanti...


ada juga jenis yang pakai tudung lepas itu ada bonggol menjengking dekat belakang dia....menurut google...gaya itu boleh menampakkan rupa si pemakai nampak bujur...gaya itu tidak bagus ya....wahai awek awek....jangan tiru gaya itu....selain selebet dan selekeh....nabi s.a.w. juga ada bersabda



Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :
“2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.”




jadi kepada awek awek yang sedang meracang untuk menjengkingkan tudung kalian....sila fikir dua kali untuk buat sedemikian....kerana apa?....kerana ia nampak selebet dan bangang sebenarnya....harus ingat harus bersederhana dalam bergaya....


02)Mata


banyak daripada foto foto yang di upload...memaparkan cubaan untuk membesarkan mata macam lady gaga dalam video klip bad romance.....konon nampak comel lah kalau mata besar ....nampak macam segar...tidak kuyu dan menarik perhatian....berkarisma.....bersinar macam tak pernah tertinggal solat tahajud.....tapi hakikatnya ia mengundang musibah kerana ia nampak macam daging segar yang sedia dibaham nyum nyum nyum....


dan kepada awek awek di luar sana....cuba beringat sedikit....betapa jauhnya keupayaan imaginasi yang dianugerahkan kepada lelaki.....dari mata turun ke hati dan akhirnya turun ke bawah lagi...tahu tak dekat mana?....kalau tak tahu baca balik dari atas....hahaha


ada juga yang sanggup guna adobe photoshop untuk besarkan gambar mata...atau adjust darkness dekat biji mata untuk nampakkan mata mereka besar....padahal bila jumpa...sepet kaw kaw liaw....jadi moralnya di sini tak payah hipokrit lah....mudah....


dan lagi satu...tak perlu perasan "hot"....kerana menurut ending drama drama melayu yang selalu keluar di kaca TV....gadis gadis sombong yang perasan cun ini akhirnya akan disimbah dengan asid.....korang nak ke?....haha....


03)Seluar cili dan carrot


menampakkan curve curve terlarang....lagi mudah imaginasi lelaki merangkak....jadi tak ada beza dengan tak pakai seluar.....haha....aku malas nak komen panjang panjang....


****


jadi kepada gadis gadis manis....maniskan lah penampilan korang dengan sederhana.... sebelum keluar rumah....baca bismillah dan isti'azah....supaya pengaruh negatif tak masuk dalam minda....tak ada lah rasa nak beli tudung itu baju ini...berfesyen dibenarkan....tapi jangan macam jahanam sudah lah.....orite!...

MIMPI MALAM TADI

sudah tiga kali beliau ke mari...
aku akui rindu itu ada...
pertemuan pertama beliau membawa mashaf...
dialunkan surah depan aku...
tapi sayang deria aku yang kurang berfungsi...
aku tak ingat apa bunyinya...
aku tak ingat apa tajwid dan surahnya..
aku cuma ingat suasana di situ indah...

kali ke dua beliau datang lagi..
raut wajahnya indah..
bersih...
kami berjabat tangan...
tapi tanpa suara...
pertemuan itu singkat
dan rindu itu masih ada..

kali ke tiga malam tadi...
beliau hadir...
duduk di birai katil...
kami sempat berbicara..
beliau berkata...
mati itu macam disentak...
maut itu tak dapat dielak..
dan rindu itu masih ada...

tapi itu semua mimpi..
aku mahu jumpa dia lagi...
banyak kali...
sampai lali...
sampai akrab walau mimpi yang temukan kami...
dan rindu itu ada lagi..

ps: dia sudah lama R.I.P

FUYYOH!


tadi hujan....tahu tak kenapa aku upload gambar atas ni?...ya...sebab tadi hujan....petang...senja secara tepatnya....tapi aku masih dekat maple...sebab apa?...sebab hujan....gambar atas ini jadi saksi kehujanan tadi....nampak kan ada lopak air sikit depan kereta merah tersebut....oleh kerana kamera handphone aku tidak secanggih DSLR....jadi rintik rintik hujan tak dapat turut serta menjadi bukti...

jadi apa kaitan hujan tadi dengan gambar dan entry ini?....mari aku cerita sikit...tadi aku kagum astaghfirullah dengan kereta atas ini....tapi bukan aku seorang....ramai....40% dari isi maple tersebut.....turut kagum....sampai ada yang guna DSLR untuk tangkap gambar kereta ini....

ada juga driver Van company apa entah....berhenti sekejap...tengok tengok kereta ini dari dalam Van....ada juga macha yang kerja kat maple berborak dalam bahasa mereka tentang kereta ni.....yang aku faham bila dia sebut ferrari dengan mata bersinar....

jadi aku pun curi curi tangkap guna kamera handphone....tak ada siapa yang sedar....sebab aku tak nak tunjuk batak takjub yang melampau....aku sekadar seluk poket....letak phone atas peha....dan snap...lepas tu simpan telefon...haha....

jadi dalam hujan petang tadi....di kala senja jumaat....yang aku rasakan afdhal untuk berdoa....aku telah memanfaatkan peluang dengan memanjatkan beberapa potong doa agar suatu hari nanti....aku akan ke perlis....membeli  kereta ini dengan plat pendaftaran.... RAD 21... 

sekarang plat perlis yang paling terkini apa erk?....tak apa...itu boleh cerita belakang...




ADAB MENILAI ORANG

"orang selalu kata dunia kejam...padahal kita sendiri yang buat dunia kejam"...keluh farez....

farez berusia 19 tahun pada hari tersebut....tidak mengenali ibu dan siapa bapanya....adik beradik bertaburan di seluruh dunia....entah ke mana suadara maranya...sedang tercungap cungap mencari sesuap nasi....hutang sudah meninggi....kelayakkan dalam pendidikan memang tak mengizinkan beliau hidup macam remaja lain.....masakan tidak... yuran pengajian di peringkat sekolah menengah ditanggung sendiri seratus peratus....keputusan SPM...barai...maka keluar lah beliau menikmati dunia kejam ciptaan kita....mempunyai pakcik yang tidak perlu dipertikaikan perangai nya....

***
farez terus mengeluh dan menceritakan kisah hidupnya...ada juga beliau bertanyakan perihal aku.....aku jawab mana yang aku rasa perlu....kami baru kenal....tapi kami borak macam kawan lama....hinggalah azan zohor berkumandang.....aku ajak beliau ke surau berhampiran.....

farez "tak pe lah...ko pergi dulu..."

aku bingkas bangun sambil bermonolog dalaman
"hidup memang rumit....tapi pintu keluar dari masalah bukan cuma satu"


##########


"saya nak cari suami yang mampu bimbing saya...mampu menjaga saya...layak jadi imam saya.."...angan aida

aku juga baru kenal aida.....aida berusia 22 tahun pada hari kenyataan ini dikeluarkan...gadis manis ini tinggal bersama keluarganya....berambut ikal....berbaju sendat dan singkat....menampakkan ropol ropol seluar dalam wanita yang dipakainya..... ketika duduk di kedai makan...ropol ropol itu makin jelas dan mampu menarik lirikan ekor mata jantan.....sambil menggigit gigit straw akibat kehabisan air minuman dalam gelas beliau terus berangan angan andai dapat berkahwin dengan seorang mukmin....beliau akan menutup aurat....azam beliau terus meninggi...dan berterbangan di atmosfera restoran itu.....

***
maghrib hampir menjengah...aku minta diri sebentar ke surau AEON bukit tinggi....aida tunggu di bangku pengunjung yang disediakan....dalam hati bermonolog lagi...."minah nie cerita lebih...pandai cakap dan bercita cita macam ustazah....tapi tak ada usaha nak berubah....cheh.....biarlah.."

usai solat kami menuju ke char kuey teaw mantap dataran shah alam...siaran perlawanan bola sepak yang sibuk diceritakan aida sedang berlangsung di kaca TV stadium astro....sedang beliau asyik menonton....tiba tiba dahi beliau berkerut...dan merengek mahu pulang....jam baru menunjuk ke angka 9....awal lagi.....sambil berjalan ke kereta....beliau memegang perutnya.....oh....beliau senggugut....dan aku telah berprejudis pada aida sebentar tadi...malu....nasib baik dalam hati...tak terluah lagi...
jadi lepas ini jangan berburuk sangka pada orang lagi.....lagi lagi gadis period....

*watak watak yang aku baru kenal ini bukan nama sebenar....kalau benar pun korang bukan tahu tahap kebenarannya....bawah ni ada video kelakar....korang boleh gelak....sebab aku tak ada foto nak upload....aku share video nie